personal use only: anajannah.muhamad{at}{gmail}{com}
businnes and official use only: jannah_muhamad{at}{hotmail}{com}
Google talk: ana jannah
Skype: ana_jannah
Yahoo Messenger: ana_jannah
Windows Live Messenger: nur saidatul jannah muhamad
Adakala terasa FB menyebabkan saya semakin tahu, adakala terasa FB menjadikan saya semakin dungu. Saya semakin tahu apabila melihat perbincangan-perbincangan kritikal daripada sahabat-sahabat ilmuwan yang jauh lebih memahami bidang-bidang mereka dan perselisihan daripada mereka menjadikan perkembangan ilmu semakin bercambah. Tetapi seringkali yang naik di dinding FB saya ialah dalam kalangan pseudo-ilmuwan yang merasakan bahawa diri mereka sudah bijak dan saling bertelingkah; saling jatuh-menjatuhkan; saling kafir-mengkafirkan; saling label-melabelkan; walaupun perbincangan itu sebenarnya boleh diurus secara toleran sehingga akhirnya yang berlaku adalah sumpah seranah dan maki-makian.
Sampai saya mula merasakan bahawa mereka tidak benar-benar ikhlas membincangkan ilmu, tetapi mereka sekadar menunjuk-nunjuk ilmu yang ada pada mereka agar orang dapat melihat betapa tingginya ilmu yang ada pada mereka dan mereka disanjung-sanjung kerananya.
Semakin meningkat umur dan semakin bergaul dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih faqeh menyebabkan saya mula memikirkan bahawa orang yang benar-benar berilmu akan sentiasa tawadduk dan hanya berbicara apabila perlu. Mereka tidak akan terlibat dalam perselisihan faham yang tidak berkesudahan dan tidak diurus dengan hikmah. Ketidaksetujuan mereka terhadap orang lain tidak akan sampai kepada tahap menghukum dan melabel orang lain. Mereka mampu mengesan siapa yang paling faham terhadap apa yang diucapkan, dan siapa yang sekadar mengambil maklumat atas angin sahaja. Tetapi apabila mereka bersuara, akan terlahir butiran-butiran hikmah yang meresap ke dalam jiwa.
Saya mula memikirkan bahawa saya sudah perlu fokus kepada pembacaan dan perbincangan serta gerak kerja membumikan idea daripada melihat golongan-golongan yang tidak habis-habis berdebat menegakkan benang yang basah ini. Tetapi dalam masa yang sama FB tetap adalah medium saya untuk mengetahui perkembangan semasa dan membaca wacana rakan-rakan.
Saya perlu bermuhasabah kembali akan diri saya untuk mencari jalan yang terbaik buat diri saya.
Ya Rabb, tunjukkan kepadaku jalan kebenaran.Sampai saya mula merasakan bahawa mereka tidak benar-benar ikhlas membincangkan ilmu, tetapi mereka sekadar menunjuk-nunjuk ilmu yang ada pada mereka agar orang dapat melihat betapa tingginya ilmu yang ada pada mereka dan mereka disanjung-sanjung kerananya. Semakin meningkat umur dan semakin bergaul dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih faqeh menyebabkan saya mula memikirkan bahawa orang yang benar-benar berilmu akan sentiasa tawadduk dan hanya berbicara apabila perlu. Mereka tidak akan terlibat dalam perselisihan faham yang tidak berkesudahan dan tidak diurus dengan hikmah. Ketidaksetujuan mereka terhadap orang lain tidak akan sampai kepada tahap menghukum dan melabel orang lain. Mereka mampu mengesan siapa yang paling faham terhadap apa yang diucapkan, dan siapa yang sekadar mengambil maklumat atas angin sahaja. Tetapi apabila mereka bersuara, akan terlahir butiran-butiran hikmah yang meresap ke dalam jiwa. Saya mula memikirkan bahawa saya sudah perlu fokus kepada pembacaan dan perbincangan serta gerak kerja membumikan idea daripada melihat golongan-golongan yang tidak habis-habis berdebat menegakkan benang yang basah ini. Tetapi dalam masa yang sama FB tetap adalah medium saya untuk mengetahui perkembangan semasa dan membaca wacana rakan-rakan. Saya perlu bermuhasabah kembali akan diri saya untuk mencari jalan yang terbaik buat diri saya. Ya Rabb, tunjukkan kepadaku jalan kebenaran.
Moga kita sama menjumpai kebenaran dan ditingkatkan iman. ^_^
BalasPadamInsyaAllah....mudah2han....btw, terima kasih untuk buah fikiran di atas...sarat dgn pengajaran.... :)
BalasPadam