Langkau ke kandungan utama

Puasa internet

~sejak bulan puasa haritu, aku mula puasa internet. Kenapa?

1. Terlalu banyak gangguan dan  terlalu banyak tempahan baju raya. Sebab aku susah nak kawal diri dari internet, makanya aku tak beli data internet. Jadi aku memang tak boleh  online. Alhamdulillah, semua baju raya siap! Walaupun, aku buat merangkak perlahan. Hadehhhh 😂

2. Aku menyeksa diri dengan membandingkan hidup aku dengan hidup orang lain. Otak memang dah tahu, fasa hidup orang memang lain-lain. Ada yang lebih bahagian sini, tapi bergelut di bahagian hidup lain. Tapi tulah, seketul Jannah. Nak juga bandingkan hidup, makanya aku tutup data terusss. Sebelum aku kemurungan. Haihhhh 😩

4. Sebab awak. Iyeee, sebab awak tak cakap "Saya rejek awak". Dan aku pun mencari 1001 perkara yang mungkin ada kemungkinan "awak suka saya". Tapi realitinya, diam kau aku tafsirkan sebagai takmau. Jadi aku nak gerak dulu, tapi kau selalu ada di alam maya. Sakit tahu tak nampak awak kat alam maya. Jadinya, tutup internet lah jawabnya. Out of sight, out of mind. Mana tahu esok2 dah tak sakit bila aku jumpa kau lagi. Jadinyaaa, bagi aku gerak dulu yeee 😞

~ hidup di alam maya terlalu laju. Dan aku perasan itu bukan hidup yang aku nak. Terlalu banyak untuk di kemaskini, terlalu banyak hati nak dijaga, terlalu banyak yang nak dibanding-bandingkan hidup, terlalu toksik untuk jiwa aku.

~ Iyaaaa, aku tahu jiwa aku yang rapuh untuk dunia ini. jadi aku cipta dunia sendiri. Dunia yang tak mungkin orang lain faham. Setelah sekian lama aku paksakan diri dalam dunia definisi orang, aku kalah  dengan jayanya. Termakan jiwa, koyak. Jadilah apa pun, terkoyak dijahit begitu juga

~bersendirian boleh menjadi ketagihan. Seronok bila tiada apa yang dibandingkan, lega bila hati yang terpenting saja perlu dijaga, tiada keresahan terkejarkan. Seperti dunia yang aku nak. Tapi realiti aku sekarang  tak begitu. Aku perlu kerja keras supaya aku punya dunia yang aku mahu

~ini bukan yang pertama aku begini. kawan yang sanggup tunggu dalam hidup aku hingga kini, sangat faham. Kadang-kadang aku tak faham kenapa nak kawan dengan aku lagi. Kalau dulu masih boleh hidup tanpa data, tapi sekarang lagi susah.

~Dunia pantas belari, tapi aku lelah~

Ulasan