kembara mencari tuhan


Every day is a struggle, struggle to please Allah. Kata-kata yang aku pegang selama ini. Kerana aku percaya, kerana manisya sebuah kerinduan terhadap Allah maka usaha untuk meletakkan Allah di hati aku pasti akan sukar.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut , Ayat 2-3)

Nilai kecintaan aku terhadap Allah juga diuji. Bermula semuanya bila aku menyertai kem kepimpinan pengawas semasa tingkatan 3. Aku sedari akan tingkah laku seorang  kakak tingkatan 4. Kiranya sesuatu yang menarik perhatian aku, dia sentiasa memakai sarung kaki kemana jua dia pergi. Hatta mahu ke tandas, dewan makan ataupun masuk hutan. Bagi aku ketika itu adalah sangat merismaskan dengan tanah hutan yang lembab dan kotor dengan lumpur.

Pemahaman aku mengenai aurat bermula dengan buku-buku di perpustakan. Dengan kefahamn yang sedikit aku mulakan dengan sarung kaki dan beransur-ansur memakai sarung lengan. Sukar pada mulanya bila rakan selalu bertanya, ibubapa tidak mengerti. Alhamdulillah, Allah mengirimkan penguat semangat apabila ustazah Faezahanum sentiasa mendoakan. Ringkas saja ingatan Ustazah Faezahanum pada aku:

“Katakanlah (olehmu wahai Muhammad) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jangan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali yang jelas  daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke paras dada dan jangan memperlihatkan perhiasannya… (Surah An-Nur, Ayat 13)

Apabila Aidilfitri menjelang, aku turut bertekad untuk memelihara aurat di hadapan mahram terdekat yakni apabila disamping sepupu dan saudara-mara. Tumpah juga air mata lemah pada Aidilfitri tersebut kerana tidak kuat dengan dugaaan. Apabila dituduh terpengaruh dengan kumpulan sesat, berfikiran kolot bahkan ditanya jika berkepala botak. SubhanAllah, hanya Allah sahaja penguat aku dikala sendri menghadapi ujian dari manusia. Namun, syukur jua apabila mengenagkan semua ini kerana kesemua pengalaman inilah yang meneguhkan keyakinan aku sehingga kini.

Alhamdulillah, semua berjalan mengikut perancangan Allah. Tidak mudah, tetapi Allah yang memudahkan semuanya. Apabila aku membeli-belah untuk mendaftar kolej matrikulasi, mata aku tertancap pada sebidang tudung labuh  berjahit tengah yang digantung di luar kedai. Terus dibeli tanpa banyak soal dan terus dipakai. Dan bermulalah kisah cinta aku pada tudung labuh. Seringkali juga aku tergoda dengan pelbagai jenis fesyen tudung terkini, tetapi bermuhasabah diri banyak membantu mengingati kembali niat diri.

Kasih-sayang Allah itu terlalu besar kepada aku sehingga Allah memberi aku kesempatan belajar di Bumi Tarbiyyah iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. Sungguh ironi apabila, sebuah negeri yang berbilang bangsa, budaya dan agama membawa aku lebih dekat dekat Allah. Kerana kepelbagaian dan saling menghormati itulah yang membawa aku mengenali Allah tuhan ku dan tuhan mereka.

Pada ketika itulah cinta aku berputik dengan sehelai kain yang menutup wajah. Sungguh menakjubkan apabila satu perasaan yang terbit apabila mula memakai niqab di khalayak ramai. Merendahkan hati dan pandangan yang selama ini sukar dikawal. Alhamdulillah juga apabila rakan yang belum beragama islam turut menyokong. Sungguh terasa kasih-sayang Allah apabaila dipermudahkan  olehNya untuk menyatakan hajat pada ibubapa. Jawapannya hanyalah senyuman. Sebuah senyuman yang menyenagkan hati.

Ya Allah, Kau jagalah ibubapa ku sebaik-baiknya sepertimana kau limpahkan cintaMu pada aku . Amin Ya Rabb.

“Apabila dihijab seluruh fizikal adakah hati dan akhlak sudah dihijab terlebih dahulu?”.  Memahami  hakikat menutup aurat yang sebenar-benarnya bukan hanya pada pakaian sahaja. Aku sedar aurat fizikal adalah penting, tetapi penting juga menjaga akhlak dan peribadi yang mulia. Catatan kembara ini adalah untuk mencari cinta Allah oleh aku yang biasa-biasa sahaja.  Keimanan manusia adalah dinamik dan sentiasa dibolak-balikkan. Semoga Allah sentiasa ada di dalam hati kita dan Allah akan sentiasa menjaga kita. InsyaAllah J

“Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepadaMu!”
 (HR Muslim)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

hidup mesti kreatif!

ayat sentap, cinta & makan dalam

self-destruction