~blog kedua yang mula dibina sekitar bulan jun tahun 2012. Berkisarkan puisi, anekdot dan cerpen yang ditulis. Penukisan ketika masa kreatif, gembira tetapi kebanyakannya adalah semasa sedih. Apabila kesedihan mampu dibicara dengan puisi. Kerana itu juga namanya Secubit Kopi. Pahitnya kopi yang menjadi ketagihan ibarat secebis kisah duka dalam hidup tetapi tetap optimis dengan kehidupan.
~blog pertama dan juga medium sosial pertama yang dibuka sejurus selepas mempunyai alamat email. Dibuka sekitar januari 2010 yang kini genap 5 tahun. Bermula dengan tagline "Hikayat Manusia Yang Kuat Menagis", berkisar mengenai aku dan hidup aku. Bila dibaca kembali tulisan lama, sememangnya itulah aku. Bagaimana berubahnya aku. Dan tidak akan pernah padam cerita lalu yang membina sekarang.'
Lama @ Baru
Situasi 1
~Anda mempunyai telefon bimbit yang disayangi, dan satu hari pembesar suaranya rosak. Adakah anda akan beli baru?
Pilihan A: Tidak mungkin akan diganti baru, pembesar suara rosak boleh juga pembesar suara lantang atau menggunakan alat pendengar telinga
Pilihan B: Perlu dibeli baru kerana akan menyusahkan penggunaannya.
Situasi 2
~Anda mempunyai konflik dengan pasangan hidup anda. Apa yang anda akan lakukan?
Pilihan A: Menyelesaikan konflik dan meneruskan hubungan.
Pilihan B: Tiada jalan keluar dari konflik dan memutuskan untuk mencari pengganti yang lain
Situasi 3
~sebuah negara yang bermasaalah dengan kepimpinan politik. Apakah yang anda lakukan sebagai rakyat?
Pilihan A: Berpendapat masalah itu masih boleh diperbaiki tanpa perlu menukar kepimpinan politik.
Pilihan B: Menukar kepimpinan untuk selesai masalah.
Kesimpulan
~Pernyataan masalah itu tidak mudah. Pasti ada konflik demi konflik yang memerlukan pertimbangan yang berbeza.
~Tiada skema jawapan yang betul atau salah dalam hidup
~Tidak diketahui jika keputusan yang dibuat akan membuah hasil yang baik kerana hanya Tuhan jua yang maha menentukan takdir. Yang penting usaha manusia.
~Fikir
Ulasan
Catat Ulasan
Leave Your Comment