Langkau ke kandungan utama

menjadi bijak dikalangan manusia yang semakin "bijak"


Hai ladies,
Lama dah kan tak mengemaskini blog. Sebelum mula nak menaip panjang-panjang. Aku ada soalan nak tanya. Kenapa kalau nak menulis sebuah entri blog yang santai terasa sangat pelik jika menggunakan bahasa melayu baku?

Cara penulisan kita dipengaruhi oleh cara percakapan kita. Sebab dah dibiasakan bercakap dengan bahasa yang kurang betul dan bahasa rojak, makanya penulisan jadi tidak betul. Sebab aku sedar juga, rosak jati diri bangsa jika bahasanya tiada integriti. Tapi, aku sendiri yang menaip pun rasa janggal.

SARI BERITA UTAMA

~soalan tadi hanya pemanas badan supaya otak mampu mengeluarkan idea bernas semacam mentol menyala di atas kepala. Bila dah tiada rakan untuk mendengar, berdiskusi dan bertanya soalan gila sepertimana di alam universiti, kadang-kadang tumpul juga pemikiran kritis. Segila-gila soalan turut dirai atas dasar belajar dari kesilapan dan berani menerima kesilapan untuk pembaikan diri. 

~Isu nya ialah menjadi bijak dikalangan masyarakat yang semakin “bijak". 

KETAHUI ILMU ANDA
~kadang-kadang rasa tercabar bila melihat orang lain mampu membicarakan sesuatu isu yang timbul dengan baik. Kadang-kadang terlalu bagus sehinggakan kita terfikir “yang dia bijak sangat ni kenapa?.  manusia ke jelmaan sheikh professor google kacukan yahoo?” sebab kita tahu kita tak mampu memetik kata-kata tokoh tertentu, merujuk pada kitab atau artikel tertentu dan lebih sukar kita tak membaca dengan kritis isu tersebut seperti orang lain.

~makanya, atas dasar kita tahu lah makanya buat-buat lah tak tahu. Janganlah pula kita mem”bijak”kan diri dengan segala teori kosnpirasi iluminati yang sengaja dibuat-buat hanya kerana mahu menyertai perbincangan isu tersebut dan mahu dilihat gah.

“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam”
(Hadis Riwayat Bukhari – Muslim)

 ~Tetapi jangan kerana kita tak tahu isu tersebut , kita tak mahu tahu isu tersebut. Itu namanya menjahilkan diri. Dan janganlah takut untuk berfikir dan meluahkan pendapat mengenai isu tersebut yang didasarkan dengan akal dan pertimbangan yang sihat.


NIAT
~ perihal hati orang bukan urusan kita. Tapi perihal hati kita adalah urusan kita. Jagalah kain sendiri dan bukan nya menyelak kain orang lain. Memang bukan mudah nak berbaik sangka. Jika katanya mahu menegakkan yang benar, benarkan dahulu tindakan yang baik. Jika mahu memberi maklumat, pastikan kebenarannya sedaya-upaya. Jika mahu menyantuni, ikhlas kan ukhwahnya. 

~tetapi jangan beralasan tidak mahu membenarkan yang baik, dan menidakkan yang mungkar atas sebab diri sendiri masih lagi jahil dan cela. perbaiki diri sambil menyeru kebaikan. macam kopi 2 in 1. 

BAHASA
~kata pujangga mata pena lebih tajam dari mata pedang. Itu zaman dahulu. Tapi dengan dunia di hujung jari bak kata orang Bandar, jari lebih membunuh dari pedang. 


AMBIL MASA & FIKIR
~lagaknya seperti mampu menekan butang PAUSE sebentar dalam kitaran hidup. Macam menonton filem. Sudah tentu tidak. Tetapi sebelum menekan butang ENTER untuk membenarkan segala yang ditaip masuk ke alam maya. Ada baiknya ambil masa dan fikir perkara yang dinyatakan di atas. Adakah layak tahap ilmu kita untuk memberi pandangan, bersihkan niat kita dan molekkah bahasa kita. Dan aku pun berhenti menaip sebentar.

PELAJARAN HIDUP
~bila mana semakin tua, semakin kurang menaip. Kurang rasa nak bercerita mahupun berkongsi. Tak seperti zaman muda, pasal orang pun nak tulis blog. Kadang kala malu juga bila baca semula entri lama yang ditulis. Mungkin baru sedar akan bahaya alam maya bila sekecil-kecil perkara disalah anggap, kemudian di “print screen” dan diperdebatkan atas nama menegakkan yang benar . tetapi ada yang lupa akhlak di tong sampahkan, maruah dicarik-carik dan seribu satu macam ragam.

~kelelahan melihat manusia yang bijaknya hanya pada akademik, bukan pada sahsiah. dan mungkin kerana itu mengambil pendekatan pemerhatian, fikir dan diam itu adalah yang terbaik kerana mahu menjadi manusia yang mempunyai kesedaran. berkata bila perlu, diam bila mahu.

p/s: selamat mengundi warga UNIMAS. aku suka suasana mengundi sebab gelagat manusia :)

Ulasan

  1. makin tua makin banyak berfikir. dah tak nyempat nak tulis pasal orang lain :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment