Langkau ke kandungan utama

show time

~last week internship. leisurely taking own time and preparing last report while watching few favorite documentary . jenis manusia tak boleh senyap buat kerja, kalau tak memang lentok la kejap lagi. Untung internet laju boleh layan cerita, kalau tak mati katak aku jugak kebosanan.
19 Kids and Counting....

~pertama kali tengok dokumntari ni kat saluran TLC (707). Boleh bayang tak sebuah keluarga dengan 19 orang anak. Ya Allah! Gila besar keluarga dia. Besar mana belanja rumah setiap bulan? Macam mana kalau anak buat perangai?. Bukan ke kualiti anak lebih penting dari kuantiti anak. Kadang-kadang soalan macam yang buat orang muda *macam aku* takut nak berkahwin tahu tak. Bila fikirkan hal belanja, parenting skill, komitmen. Biasalah....fikiran orang muda *muda la sangat* =="

Rahsia
~Duggar Family tersangat PENTING kan kualiti setiap anak. Jim Bob (ayah) dan Michelle (Ibu) tahu apa yang mereka mahu dari anak mereka dan mereka membentuknya dari kecil. pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau hadis "anak ibarat kain putih, ibubapa yang mencorakkan nya" adalah cara paling bagus untuk menjelaskannya. 

*Pendidikan spiritual antara yang sangat diberatkan tetapi dalam cara yang sangat berhemah dan bukan dalam bentuk pemaksaan ideologi. 

*Kebijaksanan Jim Bob dan Michelle menangani anak-anak bermasalah dari kecil dan mereka akan tangani sebaiknya supaya tidak masalah tak akan merosakkan masa depan anak mereka. Parenting skill mereka sangat superb!. They really know how to "mendidik" anak, bukan sekadar "ternak" anak.

*Menyedari dan meraikan keunikan setiap anak. Anak ramai, boleh ada masa untuk menumpukan perhatian setiap anak?. Semuanya adalah komitmen. Sedar tanggungjawab mereka dan mereka tahu anak adalah anak dari tuhan.

*They do HOMESCHOLL!. Bukan kerana belajar di sekolah tak bagus, tapi mereka sangat prihatin dengan apa yang dimasukkan ke dalam pemikiran anak-anak mereka. Tapi bukan bermaksud untuk menghalang pemikiran dan kebebasan anak. *ada perbahasan panjang mengenai homescholl, tapi lain cerita lah*

Kesimpulan
~KAGUM! Boleh belajar beberapa parenting skill dari mereka. Lepas tu tak payah nak keluar stement "Tapi mereka kapirrrr! Mana boleh didik anak islam dengan cara kapir!" Ade karang aku rejam dengan batu. Ambil mana yang baik, yang tak baik dan tak kena dengan cara kita tak payah ambil. 
A-D-A-P-T-A-T-I-O-N = ADAPTATION



The World Strictest Parents



~pertama kali tengok cerita ni dari BLOG SERIUS. Dokumentari mengisahkan anak-anak yang bermasalah akan tinggal bersama sebuah keluarga angkat yang sangat garang dan disiplin. Anak-anak bermasalah dengan perangai, kurang ajar, alcohol addiction, drug dan basiclly budak yang patut mati sebab menyusahkan orang lain. Keluarga angkat pula datang dari serata dunia seperti India, Turki, Argentina dan South Afrika. Dan sangat tradisional dan garang pada anak mereka.

Rahsia
~ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi itulah peribahasa yang sesuai. bila tengok balik siri ni,kebanyakan anak yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah atau ibubapa yang tiada parenting skill.  There i said it. Ibubapa yang sekadar ternak anak. Takkan ada anak yang lahir terus bermasalah dengan perangai mereka. Mesti ada punca.

*Tapi ada juga berpunca dari pengaruh kawan. Parents doing their best but environment are sometimes are influenced the kids stronger. Menangani anak-anak yang terlalu jauh hanyut are tough. 

* Keluarga angkat pula tidaklah garang sangat pada pandangan aku and they do have parenting skill. Garang yang bertempat bukan garang yang mendera, pukul tak tentu pasal. Pukul dengan sebab dan pastikan akan anak faham akibat kesalahan yang mereka buat. 

*Mula2 memanglah sukar buat anak terima keluarga angkat baru dan juga orang asing. Tapi bagaimana adopted parents mendapatkan kepercayaan anak yang bermasalah. Supaya anak itu mampu teima perubahan demi kebaikan mereka sendiri

*we can see, how both side are willing to change. Bila si anak mendapat "hidayah" dengan keluarga angkat, it the best time for the real parents to reflecting their own action. "apa salah aku sampai anak aku jadi begini?". komunikasi antara keluarga begitu penting.

*at the end, the kind are getting better. aku tak tahulah kalau format ending cerita ni mesti ada happy ending sebab pengarah yang suruh tapi they do realize how their attitude affecting their future.

Kesimpulan
~everything can be FIXED!. kadang-kadang kita sendiri tak tahu struggle yang dihadapi oleh parents. tapi sentiasa ada jalan kembali after silly mistake. Being parents are tough, tapi pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.

Nanny 911 @ Supernanny
   


~owh ada penambahan siri yang aku suka tengok. Baru teringat sebab aku rajin pulak throwback entri blog yang lama. Siri pertama sekali aku tengok sebelum siri2 yang lain, basically my first eye opener. Masa tu aku zaman matrik lagi kot because i really had a hard time with my little brother. And i do want find help and tips. Nanny 911 dan Supernanny adalah dua siri berbeza tapi konsep dia tak jauh beza. Bagaimana menangani anak2 yang bermasalah dengan bantuan orang ketiga iaitu nanny. 

Rahsia
*kadang-kadang parents are not ready to be a parents. it was like "owhhh, tiba2 mengandung dan kena jadi parents" ataupun "just go with the flow". here one thing when you married, do EXPECT you will have child. so get ready with family life and learn to be parents. even nak merancang keluarga, do learn.

*Ingat, kita didik anak bukan ternak anak. Kalau nak jadi dokter kena belajar, nak jadi polis pun kena latihan so do being parents. That what nanny do, untuk bantu parents yang tiada parenting skill to manage their kids. i just love with the practical tips given. Nanny is trained to understand child behavior and psychology and she really know how to deal with that.

*nanny juga bagi tips bagaimana menangai anak2 yang memberontak, cara untuk bina hubugan baik dengan anak, cara membuat anak faham akan kesalahan mereka tanpa menjatuhkan maruah anak dan banyak lagi tips berguna. i do like it dan sangat praktikal sebab aku pernah buat kat adik sendiri. hakhakhak :D

*motivasi. kadang2 orang luar tak faham sukarnya jadi parents. macam waktu aku bermasalah dengan adik aku. aku cerita kat kawan and they just like "alahhhhh, biasa la weh. kalau aku bagi penampar je dah beres". i knew that wrong. siri ni memang bagi motivasi bagi ibubapa yang dah tersangat putus asa dengan perangai anak. rupanya ada lagi anak orang lain lagi teruk tapi boleh jadi baik semula.

*fixing husband and wife. anak boleh jadi pengikat kasih sayang tapi bila anak tak jadi seperti yang diharap dan lama-lama hubungan ibubapa pun akan renggang. nanny pastikan kedua2 ibu bapa bersama menjaga anak dan bukan hanya lepas tangan pada si ibu atau si bapa sahaja. tiada istilah menjaga anak kerja orang perempuan. dah buat sama2, jaga anak pun sama.

KESIMPULAN
~cara handle setiap anak berbeza. tak boleh guna approach yang sama untuk setiap anak. sebab tu kne banyak tengok espisode yang lain dalam siri ini untuk adapt to that child. so that parents will get the best approach to settle down with the kids. aku tak boleh cakap, proses aku dengan adik aku berjaya sepenuhnya  seperti yang aku nak sebab waktu tu aku pun masih lagi try and error, experiment segala lagi. tapi bagai aku separuh berjaya sebab ada beberapa yang aku tak dapat buat. and the learning process continues for me. 

#JourneyToBecomeAFutureWifeAndMother
~ hashtag gila panjang kan. trademark kawan aku selalu guna. at first i found it quiet funny because i feel "woiii...kita muda lagi kot. apehal nak fikir jadi bini dan mak orang". hahahaha. but at the end of the day, we realize how life works. dan aku faham kenapa kawan aku beria nak belajar dan lebih belajar ilmu dunia da akhirat sebab she do really want to have better world starting from himself and her family.

~yang aku pula taip je kencang, kalau sembang lagi la ribut. keluar segala bagai parenting tips. hahaha. hidup muda, darah panas, semangat mengila tapi who knows this could a great turning point to be better person. May Allah ease...InsyaAllah :) 

Ulasan