kekasih hati


~sekali lagi bertemu kita di blog saya yang serba marhein. muahahahaha. mulakan dengan bismillah, dengan harapan siap menulis hingga boleh dipublishkan. aku dah tak percaya dah nak tulis blog sekerat lepas tu nak sambung balik. memanggggg tak lah aku nak sambung balik tulis idea tergantung tadi. idea dah lari. baiklahh, taip lelaju sebab kejap lagi ada kelas *menyempat eh kau nak membebel kat blog* =="

*kembali kepada topik*
update Goodreads
~menyempatkan diri update Goodreads. so that aku boleh track in berapa banyak buku yang aku dah baca dan berapa banyak isi buku yang aku dah buat. wohaaaaaa. ayat berwawasan habis. 

buku kategori santai yang banyak sekali baca. terutamanya buku fixi dan indie book. buku yang boleh sekali harung dalam sehari dua atau sejam dua. bagi aku buku santai is not worth to buy and keep tapi kena baca. sebab ada juga ilmu sosial boleh dihadam. jadi, kita pinjam je la dari kawan. muahahahahaha. ayat berjimat-cermat. jadi terima kasih kepada peminjam2 buku seperti erika, beela dan ika dan ramai lagi. jasamu dikenang beb!

buku kategori ilmiah yang payohhhh sekali nak baca. bukan sebab payoh sebab malas tapi isi kandungan buku yang engkau takkan boleh hadam dalam sejam dua atau sehari dua. quality over reading is far more important. kena baca satu satu sub bahagian lepas tu tutup buku. fikir dan dan termenung. tanya pada diri sendiri lepas tu tanya pendapat orang. but yet, isinya sangat bagus for reflection and life guidence. buku-buku camni la aku nak tanak jual dan nak simpan buat harta karun. satu hal lagi nak usung bawak balik semenajung. tapi demi buku terchentaaa ku gagahkan juaa...perghhhh ayat



tahniah dan takziah atas jawatan :)

~owh yee, isu dah lama. tapi nak jugak tulis. tahniah pada perwakilan PSS 2014/2015. Pilihanraya pSS 2013/2014 sebelum ni pun aku ada tulis kat blog. baca disini . ada few student TMX aku menang and i think they deserve it because i know them. sebab aku ni sangatlah pengikut setia pilihanraya fakulti. dari tahun satu sampai lah tahun tiga. setiap tahun aku mendengar janji manis mereka ini. secara keseluruhan aku melihat...

tahun satu: isu berkisar kebajikan pelajar. isu yang tak pernah basi untuk manifesto. tapi itulah matlamat utama PSS kannn. isu merapatkan jurang pihak pentadbiran dan pelajar, buat ayat manifesto "Dimana pihak pentadbir bila kita bermenifesto?". sengih je aku dengar, padahal sebelah aku je staff pentadbir tu duduk dengar menifesto dia.

tahun dua: calon yang lebih berilmiah. isu yang diketengahkan lebih intelektual tetapi masih dalam konteks yang "dibenarkan". owh yeeee, aku suka semangat mereka. walaupun ada few janji yang aku tggu tak dapat tapi takpe lah. halal berhalal je la. aku cuba faham situasi mereka yang dah mencuba sedaya-upaya kan.

tahun tiga: semangat yang tersangat lah berkobar-kobar. aku rasa progress yang tersangat bagus. lebih intelektual dan agak "liar" sedikit ideanya. tapi aku suka. cabaran la katakan. tapi kali ini aku menuntut janji mereka yang berkaitan dengan buku. yang ni aku kira taknak halal-berhalal dah. sebab berkaitan dengan kekasih hatiku iaitu BUKU!. mana boleh buat main2 beb. sampai lubang kubur aku tuntut *over gila*. ada dua calon cakap pasal buku...pertama pasal buku jalanan dan kedua pasal sudut bacaan yang boleh meminjam dan pulangkan buku secara terbuka.

tahun empat: sedar diri kena extend. kita tengoklah nanti macam mana ye. haahaha. k bai :D

Nak masuk kelas OSHA yang owsem gila,
Assalamualikum :) 

p/s: akhirnyaaaa siap menaip. Alhamdulillah :)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

hidup mesti kreatif!

ayat sentap, cinta & makan dalam

self-destruction