MATI

koleksi terbiar
~dimulakan dengan Bismillah dengan niat mampu menghabiskan tulisan blog kali ini dengan jayanya. dah sebulan tak taip blog kan. bila tengok balik draft blog, banyak yang terbengkalai. ada dalam 15 post draft yag tak habis taip, idea tak jalan, digantung dari dipublish atas sebab berkait dengan orang lain ataupun  terlalu sensititif isu yang ditulis. 

Fiqh ‘Rebel’: Anak Muda Mesti Berdiri
~ baru baca blog ustaz hasrizal tadi, tu pasal rasa tergerak nak mencoretkan sesuatu. kalau aku online ada beberapa individu yang akan di stalk sesungguhnya....because they are simply amazing and inspiring :)
1. kak fynn jamal
2. benz ali
3. nazali noor
4. ustaz hasrizal - instagram sahaja
5. abang lepat
6. kak diana
~berbalik pada tajuk kita iaitu M.A.T.I atau mampuihhhh dalam bahasa kasarnya. sebab aku rasakan terlalu banyak kematian yang berlaku di seliling aku. dari orang yang begitu dekat dengan aku sehingga orang yang jauh tetapi tiada kaitan dengan aku. aku pun tak tahu nak rasa apa. tapi yang pasti dia dah kembali pada yang maha pencipta. tempat yang lebih baik dari dunia. dah aku pun terfkir bila aku pula nak mati. 
 “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” 
(Surah Ali ‘Imran ayat 185).

~ayat macam minta mati cepat je kan. siapa pernah dengar lagu Muhasabah Cinta oleh EdCoustic. alaaaa....lagu ni haaaa

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.


~satu-satunya lagu yang aku tak pernah bosan dengar. lagu yang tak pernah gagal buat aku menagis dan lagu mengembali semangat aku kerana ianya pasal KEMATIAN. bagaimana satu lagu berkisarkan kematian boleh mengembalikan semangat aku. sebab kita yakin adanya sebuah penghidupan lain selepas kematian. bila ada hari yang rasa bengang sangat dengan orang lain atau ada hari rasa jiwa kacau sangat, mulalah nak pusing lagu ni sebanyak 150 juta kali. refleksi diri. aku pun manusia biasa yang ssngat pesimis orangnya. bila aku dengar eden meninggal, aku terduduk. tak menagis tapi terkesima. 

~bila melihat kematian banyak berlaku, aku perhatikan orang lain punya reaksi. banyak. kelakar pun ada. lawak pun ada. kecewa pun tak kurangnya. manusia. bila tak bersandarkan tuhan hatinya, banyak perkara tak tercapai di akal mu *menyayi lagu elyana* boleh jadi seperti...

1. menjadi "tuhan"
selalu dengar kan ayat macam "konfem neraka budak ni, mengucap tak pernah apa lagi solat. macam mana la nak hadap tuhan" ---> CONTOH. sedarkan kita ni siapa? manusia yang satu hari akan dinilai juga oleh tuhan bukan oleh majoriti manusia. adakah kita tuhan nak me"neraka"kan atau men"syurga"kan manusia?. seburuk mana pun dia di dunia, pengakhirnya tuhan saja yang tahu. sebaik mana pun dia di mata manusia lain, akhirnya tuhan juga tahu. dosa pahala dia, tuhan yang tahu. jadi yang masih bernyawa kerana tuhan masih berikan peluang, doa yang baik-baik. aib dia kita simpan, baik dia kita ingat-ingatkan. 

2. detektif "konon-konon"
apa rasa ya menjadi detektif tak bertauliah?. apa rasa ya menjadi orang pertama mengetahui segala cerita gosip?. mungkin rasa diterima oleh orang lain. bila berita kematian diterima mula dia mencari segala bukti2 untuk dibuat teori iluminati dan konSpirasi.  tak salah nak tahu punca kematian atau cerita kematan tetapi biarlah berpada-pada. ada perbezaan fakta dan "orang kata".  habis punggah semua laman sosial si mati dan mula membina pelbagai ayat yang bermula dengan "orang kata" atau "aku rasaaa la kan" atau pun "patut la dia macam (isikan tempat kosong), sebab dia macam (isikan tempat kosong). otak manusia bijak, gunakan sebaiknya ye sayang-sayang semua :)

3. mata hati VS bebola mata 
bila ada kematian, ada yang mengambil pengajaran dan ada yang ambil sekejap lepas tu lupa. ada yang lagi "bagus" terus tak rasa apa-apa. mohon jauh la dari gelap hati.yang melihat dengan mata hati, tercuit rasa cinta pada Tuhannya. yang hanya melihat dengan bebola mata sekadar memandang zahirnya. bila si mati post perkara yang tak berapa nak baik di alam maya, dibuat konklusi "ini azab tuhan". bila si mati post perkara yang baik, dibuat konklusi "nampak sangat dia dah tahu masanya akan mati". kalau lah aku mati lepas publish entry ni, apa yang korang akan buat konklusi?. adakah korang akan men"neraka"kan atau men"syurga"kan aku?. demi tuhan, kita hanya manusia biasa saja!

~siapa ada impian?. aku ada banyak. salah satunya aku nak mandikan dan menguruskan jenazah. pergi kursus pengurusan jenazah, kita kena la praktikkan pula segala teori tu kan. sebab? supaya aku ingat mati. tapi ayah tak bagi, takut anaknya lemah semangat kot. tak apa lah bapak hoi, esok2 ada lah rezeki anaknya ini kannn. insyaAllah :)



Pssstttt: Alhamdulillah!. akhirnya berjaya juga aku habiskan tulis blog ni. wehuuuuu. semua dengan izin tuhan juga kan :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

hidup mesti kreatif!

ayat sentap, cinta & makan dalam

self-destruction