Langkau ke kandungan utama

hidup mesti kreatif!

~ lawak tak design blog aku. aku sendiri tgk pun nak muntah. masih takde kekuatan untuk hadap coding bagai. esok2 aku tukar la balik yeeeee. kesabaran anda membaca entri ini amatlah dihargai...mueheheheh :D
it's happend againnnnn!
~aku jenis bangsa manusia yang kalau rajin, memang rajin macam mesin. dengan mulut aku pun rajin sekali. tapi kalau dah malas, takde tempat nak bertapak pun kisah pulak aku kan. buruk sungguh perangai. tadi mood rajin aku di aktifkan secara tak sengaja. rajin pulak aku nak kemas dapur tetiba. aku pun cuci kain buruk yang tak berapa nak buruk yang buat lap2 meja tu.
~rumah sewa memang takde mesin basuh, solehah sungguh rasa cuci pakai tangan. tengah cuci, tetiba air tak turun. bertakung je. aku agak dah paip tersumbat. aku expect air akan turun gak tapi lambat sikit. so, aku gi basuh kat bilik air lagi satu. bertakung jugakkkk!. maroh sunggoh ambe. check kat paip luar. ok air dah melimpah bagai. nasib la kat bahagian luar kan. tgk dekat dapur. sikit je lagi nak melimpah. jenis rumah flat 4 tingkat, sistem paip macam rumah flat doploh tingkat je....haihhhh
INI TAK BOLEH JADI!
~semalam aku beli soda bikarbonat. orang guna untuk hilangkan paip tersumbat, bukan yang buat masak okeh.. letak soda tu kat paip tersumbat lepas tu siram dgn air panas, biarkan bertindak balas dan letak bnyak air bagi bilas. bau soda kuat sangat. so, berhati-hati kalau guna. harga dalam 6 ringgit. ada jenis serbuk ade jenis cecair. aku pakai jenis serbuk. Nampaknya tak jalan, lagi teruk ade lah..... =="
yang ini google je. okeh
~aku guna alternatif kedua iaitu korek. yeee, korek balik lubang paip tu dengan TANGAN. ini dah masuk 3 kali aku jadi plumber tak bertauliah. first tersumbat sebab bengap sikit tak reti jaga toilet. boleh biar rambut masuk. kau lah terima akibatnya. korek la sendiri. kali kedua sebab termasuk stokin dalam tu. semnagt bagai membasuh. lupa nak tutup trap tuh. sekali lagi kena korek. dan kali ketiga aku tak tahu kenapa. dah la effect kat semua lubang air. hasil usaha mengorek takde la memuaskan kan sangat. aku dah penat korek sume lubang air. PUTUS ASA. air tak jalan jugak. kan aku dah start wondering punca kejadian ini.......hrmmmm
kebaikan google kepada dunia sejagat
~yeeeee, kita tanya uncle google. then terjumpa tips ini... tekan sini
We Did It!!!
*lompat2, joget2*
~ikuti langkah-langkah ini ye tuan2 dan cik puan semuaaaa....

1. Kumpulkan semua mop yang ada dalam rumah anda. rumah aku ada dua tapi saiz lain2.


2. test mana satu mop yang muat lubang air tu. mesti masuk semua. aku pakai mop yang kurus  tu. sebab satu lagi tu terlalu besar. tak muat masuk. lepas tu pam macam anda gunakan pelocok. sebab rumah aku takde pelocok. mop pun jadi lahhhh. kita akhiri upacara mencuci tandas ini dengan simbahan air dettol yang dibaca jampi...kehkeh *air dettol tu betul, jampi tu kurafat*

~3 kali je aku pam. air mencurah masuk lubang. berlari aku gi tandas satu lagi. pun dah keringggg. keluar tgk lubang kat luar, punnnn keringggg. kat dapur, keringggg jugakkkk. *joget-joget*. dah cantik nak kemas dapur  jadi cuci toilet pulakkk. gashakkkk la. aku jenis ikut baka bapak aku kot. semua benda kalau boleh buat sendiri, baik buat. tak payah bagai nak upah orang okeh. membazir duit je. kalau setakat tukar mentol, x reti sila terjun bangunan okeh...kehkeh

~aku rasalah tersumbat ni sebab sisa2 yang terkumpul kat saluran utama. tu yang effect kat semua lubang air.    minyak2 yang terkumpul jadi gumpalan. nak2 kalau ada bangsa2 yang main tuang je minyak kat singki, takpun bangsa yang main buang je sisa makanan kat singki dan biar. itu dah satu hal. lepas ini tindakan susulan perlu dibuat which is tips penjagaan sistem paip rumah. ayat kemain kauuuuu mak jenny...

1. jangan buang sisa makanan, minyak atau apa saja dalam singki
2. pastikan hanya air sahaja yang masuk dalam saluran air...dah nama paip air bukan paip sampah 
3. selalu kutip rambut yang luruh kat dalam bilik mandi
4. selalu tutup penutup trap bilik air
5. maintaince berterusan...siram air panas kat lubang air sekurang2 nya sekali sebulan. nak hilangkan sebarang gumpalan. ada yg bagi petua letak garam kasar sekali.


(TAMAT)
Segmen Mak Jenny
*segmen ini disediakan untuk tips pengurusan rumah takde tangga*
key epp cey...2 large drinks, 2 cheesy wedges, 1 burger




mamak pavilion....air bawa sendiri, sayur , nasi, ayam
~takde motip sungguh gambar. hahaha. tengah buat antarasesi sensorang is like crazy. semua buat sendiri. makan pun sendiri. meroyan sendiri. buat assigment sendiri. tidur sendiri. jalan-jalan pun sendiri. *forever alone*. kat KFC boleh duduk sensorang pastu berjam2, buat kerja macam rumah sendiri. tak maluuu sungguh. masa kat mamak pavilion boleh pasang lagu raya. puasa tak lagi dah feeling nak raya...puihhhhh *emo*


comel tak kak tonnn? :P

 ~ak nak tayang baju sebenarnya, bukan tayang body aku okeh. baju tu mak angkat kita buatttt *yeayyyy*. cantikkk kan. terima kasih mak!. tahu pulak mak kita saiz badan kita, dah la cantik muat dengan badan. entah macam mana emak scan badan anak2 mak ni?. masa kat uma mak aritu takde pulak nak ukur bagai. yang lain dapat cantik2 dengan badan. kain dia pun cantikkk kau. officially, ni baju raya aku tahun ni...hahahaha :D

k bai....
Assalamualaikum :)

Ulasan

  1. sink sumbat teruk...mcm mcm buat . total hours buat almost 3-4 jam kot. last last buat dua cara ni. pertama,tutup satu lubang sink dgn lesung batu..then pum lubang satu lg. kedua letak garam sida n cuka mkn. then bubuh air panas gelegak. baru dengar air dlm corong jalan. yg mn satu yg berjaya tak sure pulak. ibu2 dirumah cube le...tak perlu tgn kasar somi pun.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment