Langkau ke kandungan utama

i'ts been along time


~Aaaauuuu Caaakkkk!!! terkejut tak? terkejut tak? sila buat2 terkejut. hahahaha :P lamaaaaaaaaa (baca dengan 10 harakat) dah tak merapu kan. bnyk buat tulisan puisi yang tergantung je kan. kat blog Secubit Kopi. 

Kenak kamek sik klaka apa2??

~sebab nya ada banyak perkara berlaku. bila banyak masalah. kita jauhkan diri dari internet segala. sebab nanti kemungkinan kita nak tulis masalah kat internet yang maha terbuka luas adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak...jadi kadang2 kita hanya mampu bina ayat tergantung yg kita sendiri faham dalam bentuk puisi...terseksa jiwa orang yang baca puisi aku...huehue :P

Kamek ok jak la

~entah sekarang aku rasa nak pusing belakang semula dan terfikir. bagaimana aku boleh lalui itu semua. aku nak menangis pun. aku hanya menagis bila dah sakitkan orang. bila aku sakitkan diri sendiri ok je pulak kan. aku belajar dari sakitnya hidup agar aku tahu erti syukur. percaya tak aku pernah doa begini...

"Ya Allah, aku minta tariklah nikmat dalam hidup aku supaya aku tahu erti syukur yang berterusan. Kalau dunia ini buat aku lupa pada Kau. Kau tariklah semua sebab aku tahu aku ada Engkau bila aku hilang semuanya"


Kepak arhhh...

~ini bukan kepak ayam, kepak dalam bahasa sarawak ialah penat. nak cerita sekarang aku dok lua U dah. boleh la tahan kan setiap pagi jalan maratahon pergi kuliah. sampai ke bas main tolak2 pula. rasanya boleh jadi body builder bila dah grad aku nanti. hahaha. jalan dalam 20 minit, tggu bas dalam 15 minit, dalam bas dalam 10 minit. lamaaaaaaaaa (10 harakat) kot masa macam tu je kan. jom isi masa dengan pengisian dari ikim.fm.....(gigih download dgn internet siput)

Musim mengundi....

~nak cakap tahniah pada barisan baru MPP UNIMAS. terasa macam dah besar pula bila boleh mengundi. padahal pilihanraya kampus je kan. nak betul2 pilihanraya tak cukup umur lagi la kan. huhuhu. yeahhhh! abang "hilal asyraf" menang jugak. mohon dia jadi pengerusi boleh..hehehe


Tahniah kepada bariasan MPP UNIMAS 2012 yang baru dilantik

Abdur Rahman Bin Abdul Rahim (FK)
Hafizan Bin Ahmad (FSGK)
Farah Adibah binti Ramlee (FSKPM)
Muhammad Zul Syafiq Bin Abdul Wahab (FSS)
Muhammad Norhelmi Bin Ahmda (FSTS)
Awang Khairul Abid Bin Awang Rohan (FPSK)
Yusop Bin Abdul Aziz (FSS)
Carol Lieu Rze Woon (FEP)
Abdussalam Khan Bin Mustafa Khan (FK)
Rudihartono Bin Ngatmin (FSKTM)
Mohd Azrar Bin Pauwi (FSGK)
Lim Tien Ping (FSKPM)
Khairunnabihah Zainal Abidin (PASCASISWAZAH)

sumber : Pilihanraya Kampus UNIMAS



~biarpun aku hilang segalanya, aku tetap ada DIA~
koranggg ada??? :))


....Mutiara kata Dr Muhaya....

ada 3 jenis manusia dalam dunia...

pertama : baseline nya sentiasa melenting...tiada masalah melenting...ada masalah lagilah melenting...manusia jenis baran...

kedua : baseline nya tak menentu...tiada masalah tenang...ada masalah melenting...itu manusia yang mencari...

ketiga : baseline nya tenang sentiasa....ada masalah tenang..ada masalah pun tenang..itu manusia yang hatinya dekat dengan Allah...

p/s: beware!!! i had split personality...kehkeh :P


Ulasan