Langkau ke kandungan utama

kaki novel, tangan novel, mata novel...semua novel kah??


~pagiiii semua!!! paksa mata pejam tanak. tensen jugak dengan insomnia neh. bila masuk kuliah nak pejam pulakk. fineee lah, meh aku nak cerita. novel2 aku baru baca. wuwuwuwwu~~~ sonok beb!!! ^^,

Denyut Kasih Medik.....



~novel di pinjam dari member. aku bace satu hari je. dalam 4 jam je. huahua. laju je aku bacakan. dalam erti kata lain. jalan cerita senang difahami. direct. x payah nak fikir bagai. baca dan aplikasikan. kisah seorang doktor pelatih yang berusaha menyebarkan dakwah dalam dunia perubatan. hanya buat kita berfikir sahaja. jika kita diberi dugaan sakit adakah mampu kita tunaikan solat, jaga aurat di hospital?? tepuk dada tanya iman.

Hero...


~yang novel neh tebal sikit. aku baca dalam dua hari jugak lah. sebab apa?? jalan cerita dia agak complicated sikit. bnyk twist2 sikit. kena berfikir. apa yang aku mampu katakan IMPRESSED!!. tersangat menarik. aku bnayk berimaginasi dalam novel ini. membayangkan sut HERO yang aku fikir macam IRON MAN. kota angsana di malaysia?? maksud aku cuaca. entah kena aku bayangkan luar negara. wahhh!! kalau ada kota angsana aku nak duduk awal2 kat situ. menara keimanan, takwa mall...ya allah seronoknya. semua berdasarkan islam. x de campur2. semacam eksaited pulak aku kan. muehehe. 

~dalam bnyk2 part aku snagt tersentuh dengan part Akuma di peluk Mr Umayer. siyesss aku menangis masa tuh. entah rasa besarnya nilai sebuah kemaafan. sedangkan Akuma yang aku fikir saikoo gila tersangat kejam. Mr Umayer mampu memberi sebuah kemaafan. Ya Allah, akhlak ini yang diajar Rasulullah. Siapalah aku??

Kutemu Cinta-Nya


~novel ini juga agak nipis. dalam 4 jam juga baca. ceritanya agak santai. menarik sngat. ending yang aku suka. pengalaman seorang lelaki yang mencari penawar untuk penyakitnya. membawanya bertemu guru silat, bomoh dan sebaginya. pemikiran orang melayu yang berkitan saka, badi dan sebaginya. akhirnya membawa lelaki tersebut mengenali cinta Allah. mengutarakan fikah perubatan yang santai. seronok. bila baca bukan sekadar baca. dapat ilmu juga. buat aku berfikir cerita2 hantu zaman asrama. aku percaya kewujudan mahkluk lain tetapi aku juga percaya semua berlaku atas kehendakNya. 


Novel cinta...
~secara jujur aku bukan kaki novel. bukan jenis baca novel dan kumpul novel. hanya satu novel cinta aku pernah baca. Carl Zafran dan Nurul Iman. itu sahaja. konon2 nak cuba membaca. tapi ternyata bukan jenis aku. langsung aku berhenti.  tapi sedar x, banyak novel yang ada semuanya pasal cinta. cinta dunia yang menipu. bahawa cinta dunia yang manis sahaja. aku bila bercakap pasal cinta aku lebih kepada rasinonal. BE ON EARTH!! sedar realiti dunia, bukan hanya manis sahaja. hakikat bercinta denga manusia kan ada pahit juga. cintai manusia kerana ingin memimpin tangan nya ke syurga bersama kita.

*pause*------> emosional sebentar bersama kit kat =,='

Buku...
~aku memilih dalam membaca. YOU ARE WHAT YOU READ. apa yang aku baca itulah aku. aku baca novel juga. aku baca novel thriller. Ramlie Awang Mursyid. hanya itu kot novel aku mampu terima. kadang kala aku baca juga bacaan yang berat. bacaan yang berat kadang kala sukar terima. tapi aku fikir sampi bila aku nak berada takuk lama dan mengatakan pada diri sendiri yang aku masih mentah untuh terima hakikat dunia yang mencabar. sungguh aku sukakan buku. kalau aku nak kawin boleh x aku nak minta hantaran 10 dulang hantaran dan semua dulang itu dalah buku?? hahaha. agak melampau ye.

Rindu...
~zaman sekola aku ada habit. aku selalu baca buku sebelum tidur. lampu bilik wajib tutup pukul 11 malam. tapi mata x nak tutup. hanya dengan lampu dari luar aku membaca. aku tidur dengan buku. tapi bukan buku teks. siyess buku tekss bosan. aku x bnyk beli buku. aku banyak pinjam buku darp library. muka neh yang tercegat kat library, muka neh jugak selalu kena denda lambat pulangkan buku. aku bawa habit smpi form 5. hasilnya aku bercermin mata. rasakann!!!. baca sngat dalam gelap. aku rindu time2 begitu. ada masa. masuk matrik dah hilang. dengan tidur lambat. keja melambak. stress memanjang. habit aku hilang. masuk u lagi hilang habit...aku rindu aku dulu yang selalu membaca =,="

Novel dan Ilmu...
~aku x menolak novel 100%. yang aku cari novel yang berilmu. bukan sekadar mainan perasaan indah cinta sahaja. aku sangat suka hasil novel Fatimah Syarha, Dr Farhan, Hilal Asraf, Ramlie Awang Mursyid. dalam membaca tetap ada ilmu. ilmu yang dibawa santai. dalam aku membaca aku nilai dahulu siapa penulisnya. manusia kalau nak tipu orang senag je. yang penting baca dengan akal dan iman. dan aku sangt x faham kenapa manusia perlu disamakan dengan beruk.....*mood x puas hati dengan antropologi* tahulah secara DNA 97% sama tapi akal tu sama x??

p/s:kalau nak bagi hadiah kat saya, x kira lah besday ke, kawin ke, atau sesaje ke...sila hadiahkan buku boley?? wakakaka...x salah kan meminta hadiahkan?? wakakaka =,="

Ulasan

  1. fira layan novel mr.cupcakes.. malas nk baca yg tebal2.. kecuali buku study. huehue

    BalasPadam
  2. Ramlee awang murshid is de best bro..huhu..love mandatori so much!!

    BalasPadam
  3. Salm..Nak menyemak sini...Mcm lama tak jenguk2..krik pun 'terbaca' denyut kasih medik...best..hahahha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment