boleh join disini...sang penyair senja
genap aku bernafas di bumi nian,
suka aku tertawa di awan,
menangis aku dalam kesepian,
menongkah aku kelemasan
aku hanya insan kerdil,
hanya berjuang untuk seketul daging di dada,
hati yang tercalit sedikit iman,
dipanahi gelombang dugaaan.
menjerit perit aku meronta,
jeritan bisu dan kosong,
sepi angin lalu menghembus,
hanya aku dan diriku yang mengerti
dalam tangisku terhadap Mu,
mencari hikmah di sebalik luka,
melakar kembali lukisan iman,
dihimpunkan sejuta harapan
pasrah aku semai,
cinta padaMu aku bajai,
Andai itu yang terbaik buat hamba Mu,
Redhai lah ujian ini buat aku...
cebisan rasa
22 jun 2011
rumahku syurgaku
2.31 am
terbaek w0k ! haha
BalasPadamdari kelukaan aku bangkit
BalasPadambersama benih-benih harapan
yang bersiramkan belasNYA
mencuba untuk membaja impian
bersama siraman doa-doa
agar tunas hati kembali berputik
tumbuhkan rasa bersinarkan berkahNYA
*terima kasih join awak,en3 yang sarat keredhaan,terima kasih sekali lagi ya :)*
kem....terima kasih kerana mengundi saya...huahuahua :P
BalasPadampenyair senja~ titipan rasa dari pengalam...
BalasPadamterima kasih..:)
wah... memang sangat mendalam kata2 dari puisi nih... hurm...
BalasPadamsalam sgah dr segmen Penyair Senja :)
BalasPadamSinggah Dari Blog PenYair SeNYa
BalasPadamterus bertabah ya... hati itu selalu kuat mahunya... :)
BalasPadampermata biru~ nukilan rasa sendiri yang terdalam../huhuhu
BalasPadamsuaraheaRty~singgaj balik untuk anda..:)
syaf~singgah kembali jua..:)
~Kisah hati~ hanya doa jadi penguat..:)