debaran spm.....

lama tidak menyinggah di blog kawan. ini lah masanya. erm....hari ini, hari selasa. lagi dua hari dapat keputusan spm. semua ucap selamat berjaya, jangan "nervouse", doa banyak2 dan sebagainya. mencurah2 sms, emel dan sindiran diterima. wahai kalian semua, terima kasih kerana ingatan kalian pada saya :) aku agak "nervous" juga sekarang ini tetapi tak mahu dilayan sangat. cuba positifkan diri. tetapi sebenarnya aku rasa sangt sedih..kenapa? aku juga tak tahu. seringkali aku begini. mengingati Allah menjadikan aku tenang. mungkin jiwa aku kosong mengharapkan kasih-syang dan kekuatan dalam hidup ini dari Allah....


aku menyingkap memori semalam.

semasa UPSR :
~pada malamnya aku buat biasa saja, sedikit pertelingkahan aku dengan insan istimewa itu. seuntai ayat yang terkeluar dari bibirnya menjadi kenyataan. itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada insan istimewa itu yang perlu kita hormati tiga kali ganda daripada si ayah. biasalah jiwa muda aku sewaktu itu....Alhamdulillah aku meperoleh keputusan....4A 1B....ini membolehkan aku untuk diterima masuk ke SMK Seri Kuantan yang sekarang sudah bertukar nama menjadi SMK Sultanah Hajjah Kalsom.

semasa PMR....
~aku menduduki pmr semasa bulan Ramdhan. bermakna kami calon pmr 2008 sedang berpuasa...semasa pmr...sekolah kami sangat sibuk. sultan pahang nak datang melawat sekolah sebab nak tukarkan nama sekolah. kesian aku tegok cikgu, sampai tak masuk kelas. kadang-kala terasa seperti diabaikan. tetapi kami cuba memahami cikgu. tak boleh juga nak salahkan cikgu. bengkel persediaan pmr diadakan 2 minggu sebelum peperiksan sebenar. Alhamdulillah sekali lagi kerana rezeki yang Allah kurniakan...aku mendapat 7A 1B.

semasa SPM...
~tahun terakhir aku di sekolah. semasa tingkatan 4, langsung tak serius. main2 lebih. tambah lagi masalah tidur dalam kelas. apabila masuk tingkatan 5, kesedaran mula timbul. tetapi aku masih lagi dengan tabiat tidur dalam kelas. cikgu pun dah lali sebab aku dari tingkatan 1 lagi memang selalu tidur dalam kelas, aku cuba lawan tapi.....yang buat aku tergelak sebab kakak aku, adik aku yang dua orang semua pernah tinggal di asrama. semua pernah kene panggil dengan cikgu sebab kes tidur dalam kelas. dah genetik kot. aku sendiri pernah kene panggil dengan pengetua sebab kes ni la. smpi pengetua sebut nama aku kat perhimpunan....ego aku tinggi. walaupun aku dilabel budak kuat tidur, aku tidak pernah mengalah dalam peperiksaan. aku pernah berbisik pada diri sendiri..."aku nak tunjukkan budak yang selalu tidur dalam kelas ni boleh berjaya juga "....tetapi aku mahu lihat sejauh mana usaha aku membuahkan hasil....


*jika keputusan aku baik...aku bersyukur....jika keputusan aku tidak sebaik disangka aku redha....kerana aku yakin ada hikmah....mungkin sukar tetapi aku perlu teruskan hidup....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

hidup mesti kreatif!

ayat sentap, cinta & makan dalam

self-destruction