Langkau ke kandungan utama

4A, 3B, 3C....




ha.....itulah keputusan spm aku....macam mana nak cakap ye. ok, pagi2 lagi aku ke hospital kuantan. adik aku yang baru menjalani pembedahan jantung pada tahun lepas ada temujanji di klinik pedriatik. jadi, aku dan ayahku perlu kesana dahulu. melihat suasana di hospital. jenuh aku menunggu jadi aku membawa buku untuk dibaca. tajuknya " Quranic Law of Attraction "




"Benda yang sama tertarik pada satu sama lain,
Saudara peroleh apa yang saudara fikirkan,
Pemikiran saudara menentukan pengalaman saudara"
( Hukum Tarikan)




buku yang mengetengahkan kehebatan minda sedar dan separa sedar. jika kita berfikiran positif maka yang positif akan muncul dan begitulah sebaliknya. aku melihat jam. pukul 10.30 pagi. baru pemeriksaan berlaku dan memakan masa sehingga 11.15 pagi. lebih kurang begitulah.

pada masa yang sama aku menetapkan dalam pemikiran aku. aku redha dengan segala keputusan spm aku.ya aku meletakkan semuanya pada takdir yang Allah telah tentukan setelah usaha aku yang seberapa. jika dilihat pada percubaan spm aku mendapat 6A,2B,1C,1G... aku memang tidak terlalu memikirkannya.

selepas itu aku pun bersedia ke sekolah. rindu pula rasnya. itulah bila bersekolah rasa malas sangat. bila dah berhenti sekolah mulalah nak bersekolah semula. rindu sekolah, cikgu, asrama, budak bilik, katil...semuanya lah. aku berjalan dengan adikku. rakan-raka berkata "hey jannah, cepat betol dapat anak" kurang asam betul la. "da ka bile plak?? " aku melayan pulak...gurauan yang melahirkan keabraban sesama kami..

semua berkumpul. pengetua berucap. laporan spm tahunanan tahun 2009 adalah tahun terbaik sepanjang penubuhan sekolahku yang masih baru lagi. satu persatu nama pelajat dipanggil kehadapan pentas bagi yang cemerlang. pada masa itu aku berharap dalam senarai. "jannah, ka mesty dapat punye. ka paling pandai skali" kata ros smabil menggengam tanganku. mengharapkan sedikat kekuatan. sejuk...gementar la tu. aku hanya tersenyum.

tetapi hampa juga, aku tidak tersenarai. agak kecewa. tak sanggup rasa nak pandang wajah ayahku. aku cuba kuatkan hati. bukan rezeki aku. lagi pun usaha aku tak seberapa. melihat wajah ibubapa yang anaknya cemerlang. ada yang menagis kegembiraan. ada juga ibubapa yang aku lihat tak nak masuk ke dewan kerana keputusanan anaknya yang tidak seberapa baik. maafkan angah ayah ibu, angah tak mampu nak bahagiakan ayah dan ibu dengan keputusan yang tidak seberapa.

melihat kawan-kawan ku yang lain aku lihat keputusan yang memeranjatkan. kebanyakan di luar jangkaan. kebnyakan yang pelajar target tidak mencapai sasaran termasuklah aku. aku dapati terdapat pelbagai sebab mengapa jadi begitu. selepas menerima slip keputusan aku cuba senyum. menerima ini semua sebagai dugaan yang terkandung hikmah yang mungkin aku tak nampak dek mata kasar.

#inilah hasilnya dengan usahaku yang tidak seberapa......aku perlu sedar realiti hidup ini...aku perlu belajar dari kesilapan aku yang lalu....




Ulasan

  1. SALAM angah,
    Tahniah tahniah tahniah..lebih baik dari N pun...tahniah,,tak de hadiah tapi tahniah sesungguhnya, Yang pneting jalan angah dapatkan apa yang angah dapat apa hari ini..bukan hasilnya,,em, angah cuba ke blog ni http://ms.langitilahi.com/istimewa-buat-kamu-yang-mengambil-keputusan-esok/
    saudara hilal asyraf ni bagus penulisannya. sangat sesuai untuk kita..para syabab..
    insya-allah ada pengisian baik untuk kita..
    masih ada peluang tuk teruskan berjuang..perjuangan bukan pada helaian akademik tapi pada akhlak juga..cemerlang akhlak dan akademik..insya-allah..amin>_<

    BalasPadam
  2. terima kasih kak n...
    angah terima semua ini...tetapi orag lain plak yang x terima bg pihak angah...
    mungkin yg lain expect angah dapat lagi tinggi kot...
    hari yang akn ku lalui akan diwarnai dengan keredhaan Allah....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment