aku ditinggalkan....

"arg, tidak!!!" tu je mampu aku ucapkan bila melihat bas sri jengka berlalu dengan laju nyer depan mata aku. mmg mase tu nak menagis je. ak dari rumah macam biasa pukul 7.30 pagi. mcm biasa ak baca buku yg bru dipinjam. ak pon set la alarm kat enset. ok, 30 minit je bace. tgh syok2 bace berlalu lah bas itu. ak melihat dengan perasaan bercampur segala macam rasa. hilang je bas tu dari pandangan mata. alarm pon berbunyi. makne nyer masa membaca da abis. mase tu wse nak nagis cam bdk kecik je. tibe2 mulut nie cam nak mencarut, tp ak x jadi. ingat balik mulut aku ialah amanah Allah.ak selawat banyak dalam aty. bila kite wse kecewa kita lupa Allah sentiasa ada. tu yg selalu bertindak di luar kawalan bila frust



"Ya Allah tunjukkanlah aku hikmahnya. Aku tak nak menyesal bila ini berlaku. aku dah merancang tapi Kau tentukan." mase tu ak bermonolog dalam hati. aku dah merancang apa yang akan aku lakukan pada hari ni. naik bas pada jam sekian2. blajar jahit n so on tapi tak tahu lah tiba2 je bas awal sangat pada hari itu. masa tu aku tetapkan dalam hati "pasti ada hikmahnya. cuma aku je yg x nmpak lg" .aku nk naik bas seterusnya tapi da x berbaloi nak gi da lambat. aku pon gi la umah mak sedara aku yang dekat situ. mase tu hujan, sejuk giler. cam nak beku je.


masa berlalu berganti pantas. kat situ boleh kata kelompok sedara mara la. dari umah mak cik ke umah mak long. berborak kosong. lagi pun sudah agak lama aku tidak berjumpa mereka. seribu satu cerita dikongsi. dari hal artis, masakan, rancangan tv smpailah ke bab agama dan juga perihal anak. bila menyentuh bab agama dan islam aku sedar setiap orang ada pendapat yang tersendiri. aku juga sedar yang orang anggap aku ni baik tetapi hanya aku saja yang tahu diri ini. perbualan ini mengajar aku seribu erti bila berborak dengan orang yang lebih tua dari aku dan lebih memahami tipu daya manusia.

sekarang aku tersenyum kembali mengingati bas sri jengka. aku sedar mmg aku ditinggalkan oleh bas tapi Allah tidak meniggalkan aku tanpa sebarang petunjuk. mungkin kita akan suka sesuatu padahal kita tidak tahu lebih banyak buruknya dan mungkin juga kita lebih suka perkara keburukan sedangkan ianya merosakkan kita.

*Menjadi hambaNya membuatkan aku manusia yang tahu bersyukur dengan hidup ini seadanya :)

Ulasan

  1. pinjam lah angah..N rase buku tu N tak bawak sini..ade kot dalam bilik N tu..Kalau tak de, Una bawak kat sekolah dia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment

Catatan popular daripada blog ini

hidup mesti kreatif!

ayat sentap, cinta & makan dalam

self-destruction