Langkau ke kandungan utama

Metafora

Metafora nya begini....

Kau sedang sedap seronok mandi sungai yang sejuk dan menyegarkan. Sedang aman bermain air, kaki kau kejang. Terasa bagai ada yang menarik-narik urat. Sakitnya kepalang.

Terasa kaki ditarik. Kau menggapai-gapai tangan. Mengharapkan ada yang menyelamatkan kau. Kau cuba menjerit tetapi mulut dipenuhi air. Kerongkong lemas dek air.

Kau melihat sahabat kau di tepi sungai. Jerit jiwa kau "tolong selamatkan aku. Tolong!". Tapi tak terluah dan sahabat kau hanya memandang dan gelak. Lukanya hati kau.

Disaat sukar barulah ingat tuhan. Lantas hati kau berkata "selamatkan aku ya tuhan. Kau lah berkuasa atas segala-galanya"

Tetapi...kaki kau makin menyeksa. Dan kau putus asa. Jika mati, matilah tanpa sakit. Dan kau pasrah.

Dan tika itu, berlegar segala memori indah, suka dan duka dalam hidup kau. Terbit segala rasa mahu hidup kerana terasa bernilainya harga nyawa. Terlalu banyak lagi perkara yang kau mahu lakukan.

Tiba-tiba, satu semagat luar biasa muncul. Aku mahu hidup!. Kaki mula lega. Dan kau mampu bergerak. Diupayakan segala kudrat. Dan kau ke pinggir.

Keletihan di pinggiran dan kau menagis. Kerana tuhan masih lagi memandang kau. Masih lagi mendengar hajat kau. Dan kau yakin yang tuhan tak akan mengubah nasib kau jika kau tak cuba mengubahnya dahulu.

Dan sahabat kau tadi datang menghampiri kau. "Pandai eh ko main-main kan tadi. Tu yang aku gelak je". Sahabat kau pergi sambil menyambung tawanya.

Kau bertambah kecewa. Dan kau dah tak perlukan sesiapa

Ulasan