pernah tak???


~heyyy peepssss :) morning!!! 3.12pagi.......=="

BAYANGKAN

30 minit sebelum...
~rasa nak marah2 je. orang usik sikit dah nak melenting. orang buat sikit semua tak kena. merasakan orang sekeliling saja nak cari gaduh dengan kita. rasa macam nak tweet semua perkara yang tak perlu. nak bermalas-malasan.

30 minit selepas...
~merasakan jiwa tenang. orang yang nak cari gaduh, kita boleh senyum dan balas dengan kebaikan lagi. terasa nak share perkara yang baik2 je. x perlu nak lagha2. macam2 plan nak buat sebab rasa nak memberi tak harap balas.

---------------------------------------

pagi....
~memulakan pagi dengan indah sekali. bangun awal. solat dan tadarus n tadabur al-quran lagi. siap boleh baca mathurat dan solat dhuha. siap buat jadual, hari ini aku nak buat apa. rajin terlebih pula buat sarapan untuk housemate lagi.

petang...
~serasa berat mahu laksanakan perkara2 yang di senaraikan pagi tadi. nak suap nasi ke mulut pun serasa berat. nak solat pun siap bersuruh kawan baru gerak. nak layan movie je rasa tanpa buat apa2. al-quran pun tak tak baca walau satu ayat.

--------------------------------------

semalam...
~berkobar2 pergi syurga dunia. dengar talk, ceramah, forum yang membina. siap catat cantik2 pengisian ilmu. kadang kala menagis juga tersentuh dengan pengisian rohani. siap berjanji dalam diri aku memang nak berubah sangt2. tak nak futur dalam jalan dakwah.

hari ini...
~ nak marathon layan movie. tak pergi mana2 walaupun rumah terbakar.  nota2 pengisian semalam tak tahu campak mana dah. semacam lupa janji yang dibuat pada diri sendiri. 


----------------------------------

bulan lepas...
~rasa bulan yang paling berserabut. kerja bertimbun. segala lepas geram laju masuk laman sosial. tulis main lepas je. rasa dah bagus jadi keyboard warrior.

bulan ini...
~rasa nak padam balik je post bulan lepas dalam laman sosial. terasa kebodohan diri menulis dgn perasaan bukan dengan akal. serasa diri sangat menyesal dengan sikap sendiri.


Definasikan Baik : Segala2 yang baik disisi Allah...adalah yang terbaik



Dear Allah...Bless my journey to YOU

^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD