Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Metafora

Metafora nya begini.... Kau sedang sedap seronok mandi sungai yang sejuk dan menyegarkan. Sedang aman bermain air, kaki kau kejang. Terasa bagai ada yang menarik-narik urat. Sakitnya kepalang. Terasa kaki ditarik. Kau menggapai-gapai tangan. Mengharapkan ada yang menyelamatkan kau. Kau cuba menjerit tetapi mulut dipenuhi air. Kerongkong lemas dek air. Kau melihat sahabat kau di tepi sungai. Jerit jiwa kau "tolong selamatkan aku. Tolong!". Tapi tak terluah dan sahabat kau hanya memandang dan gelak. Lukanya hati kau. Disaat sukar barul ah ingat tuhan. Lantas hati kau berkata "selamatkan aku ya tuhan. Kau lah berkuasa atas segala-galanya" Tetapi ...kaki kau makin menyeksa. Dan kau putus asa. Jika mati, matilah tanpa sakit. Dan kau pasrah. Dan tika itu, berlegar segala memori indah, suka dan duka dalam hidup kau. Terbit segala rasa mahu hidup kerana terasa bernilainya harga nyawa. Terlalu banyak lagi perkara yang kau mahu lakukan. Tiba-tiba, satu semagat luar bia