Langkau ke kandungan utama

Mengetahui dan Berpandangan


sejauh mana kita berhak untuk berkata mengenai sesuatu topik atau isu?

~kita belajar
belajar bukan sekadar menuntut ilmu secara formal di universiti atau kolej. habis belajar dan mendapat pengiktirafan mengenai sesuatu perkara. bolej jadi kita belajar secara tidak fornal. belajar dari orang lain yang lebih arif atau belajar sendiri melalui pengalaman atau melalui bacaan sendiri. pokoknya, jujur sumber ilmu yang diperoleh. bukan sekadar "saya rasa" atau "teori tiada asas kukuh"

~kita rasa
mendalami dengan merasai sendiri. mengaplikasi perkara yang dipelajari, lebih membawa kefahaman. jadi, jika mahu berkata mengenai politik maka perlu boleh mengundi dahulu. atau jika mahu berkata mengenai perihal mendidik anak maka perlu mempunyai anak dahulu. adakah begitu? tidak salah untuk berkata mengenai sesuatu yang kita tidak pernah buat tetapi mempunyai ilmu. perlu ingat, ada perbezaan ilmu antara si pelaku dan si pemerhati. tidak sesiapa yang lebih baik tetapi kefahaman jurang antara teori dan realiti adalah perbezaannya.

~kita fikir
setiap manusia mempunyai asas pendirian yang berbeza. bagaimana seseorang mentafsirkan sesuatu perkara samada betul atau tidak. ada yang mempunyai asa pendirian agama kuat, maka setiap perkara adalah disandarkan pada agama. ada juga yang asas pendirian menurut norma masyarakat atau menurut pernyataan undang-undang. maka, setiap yang kita fikir betul tidak semestinya betul.pada pemikiran orang lain. tidaklah dikatakan terdapat hanua satu asa pendirian yang paling betul antara semua tetapi pokoknya, kita berfikir.

~kita berlapang dada
kerana manusia berbeza. terima pendapat orang lain sepertimana kita mahu pemdapat kita mahu diterima. 

nota kaki
~maaf atas kesilapan dalam penulisan kerana menulis blog melalui telefon adalah sangat mencabar.

~idea penulisan datang bila termenung berfikir sendiri. maka setiap idea datang dari pembacaan sendiri dan pemerhatian sendiri.

~ini adalah catatan pagi2 buta. 


terima kasih :)

Ulasan