Langkau ke kandungan utama

baru VS lama


~been surfing for a while, looking for inspiration to type something on this blog. BUT, already 4 hours but still not moving. So, i decide to type few simple things as introduction. Maybe the inspiration will pop ups :)


~bila dah tinggal di sarawak, selalu tertukar nak eja kucing jadi kuching. Penangan rindu sarawak mungkin. Minggu lepas ada kucing lalu depan rumah, usap bulu sebab nampak comel, Sekali lekat tinggal kat rumah. Dan nama dia adalah Leman, Leman, I LOVE YOUUUUU!

Apa Rasanya Disalah Erti - Ustaz Hasrizal 

~Catatan terbaru oleh ustas Hasrizal yang di ulang dari tahun 2010. Kerana aku percaya setiap manusia itu berbeza, makanya sedaya upaya jugalah memahami sesuatu perkara dari sudut pandang mereka. Bukan dari sudut pandang aku. Adil apabila berpendapat dan berfikir. Memahami dahulu sebelum meminta untuk difahami.




~blog kedua yang mula dibina sekitar bulan jun tahun 2012. Berkisarkan puisi, anekdot dan cerpen yang ditulis. Penukisan ketika masa kreatif, gembira tetapi kebanyakannya adalah semasa sedih. Apabila kesedihan mampu dibicara dengan puisi. Kerana itu juga namanya Secubit Kopi. Pahitnya kopi yang menjadi ketagihan ibarat secebis kisah duka dalam hidup tetapi tetap optimis dengan kehidupan.



~blog pertama dan juga medium sosial pertama yang dibuka sejurus selepas mempunyai alamat email. Dibuka sekitar januari 2010 yang kini genap 5 tahun. Bermula dengan tagline "Hikayat Manusia Yang Kuat Menagis", berkisar mengenai aku dan hidup aku. Bila dibaca kembali tulisan lama, sememangnya itulah aku. Bagaimana berubahnya aku. Dan tidak akan pernah padam cerita lalu yang membina sekarang.'

Lama @ Baru

Situasi 1
~Anda mempunyai telefon bimbit yang disayangi, dan satu hari pembesar suaranya rosak. Adakah anda akan beli baru?

Pilihan A: Tidak mungkin akan diganti baru, pembesar suara rosak boleh juga pembesar suara lantang atau menggunakan alat pendengar telinga

Pilihan B: Perlu dibeli baru kerana akan menyusahkan penggunaannya. 


Situasi 2
~Anda mempunyai konflik dengan pasangan hidup anda. Apa yang anda akan lakukan?

Pilihan A: Menyelesaikan konflik dan meneruskan hubungan.

Pilihan B: Tiada jalan keluar dari konflik dan memutuskan untuk mencari pengganti yang lain


Situasi 3
~sebuah negara yang bermasaalah dengan kepimpinan politik. Apakah yang anda lakukan sebagai rakyat?

Pilihan A: Berpendapat masalah itu masih boleh diperbaiki tanpa perlu menukar kepimpinan politik.

Pilihan B: Menukar kepimpinan untuk selesai masalah.

Kesimpulan

~Pernyataan masalah itu tidak mudah. Pasti ada konflik demi konflik yang memerlukan pertimbangan yang berbeza.

~Tiada skema jawapan yang betul atau salah dalam hidup

~Tidak diketahui jika keputusan yang dibuat akan membuah hasil yang baik kerana hanya Tuhan jua yang maha menentukan takdir. Yang penting usaha manusia.

~Fikir 




Ulasan