Langkau ke kandungan utama

laman bersawang

~hai girls. it's been a while. kalau blog aku ni divisualkan sebagai rumah, mesti dah bersawang hampir nak roboh. entah tak tahu kenapa dah hilang minat nak menulis blog. mungkin kerana dah ada instagram nak meroyan. mungkin kerana aku buat alasan tiada masa. mungkin kerana aku terlalu banyak difikirkan dan disampaikan tetapi tak tahu how to deliver it right. arghhhhhhh.....apa-apa pun, harini ini aku dah menulis kembali. sekarang tengah update dari fakulti. tadi baru habis tutor komputer. sejam je pun. tapi kalau dah sejam ko dok menjerit macam nak meletup anak tekak memang sakit la ye. seminggu mengajar 6 jam. hectic.
~i take social media seriously. because it represent who you are. sebab tu aku tak berapa minat nak up status pelik2. lagi-lagi kalau dekat facebook. and i a pretty defensive person. i won't let emotional and feeling over social media. TAPIIIIII....kalau tgk stegram aku memang panjang gila caption dia...haha.kalau dah perempuan tu membebel tak lari wei...tak lari...HAHA = ,="

here i few things social account i had.....dan kata kan lah aku mati esok2...mohon report aku punya akaun okeh...memang la once ko dah post kat internet, memang takkan hilang data kita. tapi at least cuba la yg termampu kan...mohonn yeeee ;D

personal use only: anajannah.muhamad{at}{gmail}{com}
businnes and official use only: jannah_muhamad{at}{hotmail}{com}

Google talk: ana jannah
Skype: ana_jannah
Yahoo Messenger: ana_jannah

Windows Live Messenger: nur saidatul jannah muhamad

~bila aku tengok balik...gila banyak social media aku ada. buat apa? up to date la beb. hahaha. poyo ayat. last week ada kawan suruh aku padam satu entry dalam blog ni yg aku tulis pasal dia. aku ok je. setel. bila guna media sosial ni aku ada few rules for myself. sebab aku tahu, aku ni manusia jenis kuat meroyan dan menjoyah dari sebelum taufan berlaku baik bersedia...kengkonon precaution step la...wakakakak :D

1.Think...fikir dulu sebelum post. penting ke? betul ke? perlu ke? tujuan post? 
2. alam maya ini kena taip bukan cakap. biarlah guna ayat yang baik. tak yah nak sindir, marah atau nganjeng org. tapi bagi aku nak guna ayat fully bahasa melayu atau bahasa inggeris is still a struggle for me.haihhhh = ="
3.berpijak di dunia realiti bukan alam maya. bilamana nak post fikir kesan akan dibawa ke dunia realiti. marah kat org dunia realiti, lepas tu marah di alam maya. bila suruh setel depan2 dunia realiti lari pulakkk. 
4. NO keyboard warrior. do what you say, do not bashing other. pleaseee, jadikan alam maya aman. 
5. sensitive on other...yesss, kita boleh nak luahkan opinion kita tetapi berpada2. isu on agama, politik, ideologi selalu jadi tajuk.
6. berlapang dada....selalu bila berbeza pendapat cuba fahami. tak perlu pun terima pendapat dia tetapi kita sendiri kena "agree to disagree". tak perlu nak bash org.
7. BASIC nya ialah....kita sendiri. kita jenis bagai mana. facebook anda adalah diri anda. takde istilah "facebook lain, aku lain". but yet, we behave according to surrounding kannn.

a good things to reflect from my friend

Adakala terasa FB menyebabkan saya semakin tahu, adakala terasa FB menjadikan saya semakin dungu. 

Saya semakin tahu apabila melihat perbincangan-perbincangan kritikal daripada sahabat-sahabat ilmuwan yang jauh lebih memahami bidang-bidang mereka dan perselisihan daripada mereka menjadikan perkembangan ilmu semakin bercambah. Tetapi seringkali yang naik di dinding FB saya ialah dalam kalangan pseudo-ilmuwan yang merasakan bahawa diri mereka sudah bijak dan saling bertelingkah; saling jatuh-menjatuhkan; saling kafir-mengkafirkan; saling label-melabelkan; walaupun perbincangan itu sebenarnya boleh diurus secara toleran sehingga akhirnya yang berlaku adalah sumpah seranah dan maki-makian.

Sampai saya mula merasakan bahawa mereka tidak benar-benar ikhlas membincangkan ilmu, tetapi mereka sekadar menunjuk-nunjuk ilmu yang ada pada mereka agar orang dapat melihat betapa tingginya ilmu yang ada pada mereka dan mereka disanjung-sanjung kerananya.

Semakin meningkat umur dan semakin bergaul dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih faqeh menyebabkan saya mula memikirkan bahawa orang yang benar-benar berilmu akan sentiasa tawadduk dan hanya berbicara apabila perlu. Mereka tidak akan terlibat dalam perselisihan faham yang tidak berkesudahan dan tidak diurus dengan hikmah. Ketidaksetujuan mereka terhadap orang lain tidak akan sampai kepada tahap menghukum dan melabel orang lain. Mereka mampu mengesan siapa yang paling faham terhadap apa yang diucapkan, dan siapa yang sekadar mengambil maklumat atas angin sahaja. Tetapi apabila mereka bersuara, akan terlahir butiran-butiran hikmah yang meresap ke dalam jiwa.

Saya mula memikirkan bahawa saya sudah perlu fokus kepada pembacaan dan perbincangan serta gerak kerja membumikan idea daripada melihat golongan-golongan yang tidak habis-habis berdebat menegakkan benang yang basah ini. Tetapi dalam masa yang sama FB tetap adalah medium saya untuk mengetahui perkembangan semasa dan membaca wacana rakan-rakan.

Saya perlu bermuhasabah kembali akan diri saya untuk mencari jalan yang terbaik buat diri saya.

Ya Rabb, tunjukkan kepadaku jalan kebenaran.

taken from facebook : source
k bai...nak masuk kelas OSHA yang ohsem gilaaaaa.... :)
Assalamualikum

Ulasan

  1. Moga kita sama menjumpai kebenaran dan ditingkatkan iman. ^_^

    BalasPadam
  2. InsyaAllah....mudah2han....btw, terima kasih untuk buah fikiran di atas...sarat dgn pengajaran.... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Leave Your Comment