Langkau ke kandungan utama

age and maturity


~macam mana puasa anda semuaaaa?. InsyaAllah baik-baik saja kan. huhuhu. before that, aku nak korang sedekahkan Al-Fatihah for my papa aka ayah angkat aku. Just meninggal on first Ramadhan. Ya Allah!, hati punya rasa nak terbang balik on the spot. Tapi ayah cakap tak payah. Beruntung papa pergi masa bulan Ramadhan kan. Papa dah lama kena strok, walaupun  papa macam dah nyanyuk tak ingat kat aku sangat tapi papa selalu tanya....

"Angah, dah solat?"

~Allah, teringat2 setiap kali aku balik rumah papa. Kadang2 dia tanya aku siapa. aku pun jawab je soalan papa buat sejuta kali . Tapi setiap kali azan bunyi kat TV, dia ingat kat aku pulak. directly tanya, angah dah solat?. Aku nak menagis lebih2 tak jugak. sebab kita tahu semua akan mati kan. tapi yg aku tahu, insyaAllah papa bahagia kat sana kan.

~indeed~

~lately, bila dah jadi senior kat universiti ni rasa macam tak berapa nak best sangat. sebab apa?. sebab junior dok panggil aku KAKAK. bukan nak cakap perasan muda ke apa tapi rasa tak best. for those yang pernah tinggal asrama mesti pernah ada session brainwash kan. semua senior mesti panggil kakak. kalau tak panggil kakak mesti confirm kena cop budak kurang ajar kan. aku tak la heran sangat nak suruh orang panggil aku kakak. tapi layankan je lah. bagi aku it's not a big deal....

~pangkat KAKAK or KAK bagi aku macam pangkat datuk or datin2. bezanya datuk or datin dapat sebab berjasa etc.... pangkat kakak dapat sebab umur. kalau tanya aku lah apa makna umur tu bagi aku. aku jawab MATI. tak kira lah umur satu digit ke, 20an ke, 30an atau 100an....kalau dah masa berjalan seiring dengan umur.....semua akan mati kan *too pessimist*


~bila orang panggil aku kakak rasa macam tak layak pulak rasa. first because i don't think i reflecting characteristic as a good sister. am i deserve it?. duhhhhh ==". second because respect me because of my age is not reasonable. ayat commmon

 "ikut je la, dia kan senior". bagi aku tak valid. age doesn't show any reasonable reason.
lain la kalau macam ni...
"ikut la nasihat dia, dia kan banyak ilmu dan pengalaman". yang ni sangat valid sebab berilmu

.....contoh situasi....

*pak lebai dan mak lebai pergi naik haji. bukan dam haji okeh. lepas balik mekah mostly orang akan panggil haji lebai dan hajjah lebai. pangkat haji dan hajjah dapat sebab perfom haji kan. tak pak lebai dan mak lebai tak mahu dipanggil haji dan hajjah sebab gelaran itu boleh buat orang lain rasa inferior, timbul rasa bongkak etc....

*encik taktahunama sambung master dalam bidang pertanian. bila dah habis master semestinya dapat gelaran Doktor atau Profesor. tapi bila encik taktahunama mengajar di universiti, beliau tak mahu dipanggil dengan gelaran Prof atau Doc. mungkin beliau tak mahu pelajarnya rasa takut bila jumpa beliau atau beliau memang sudah sifatnya merendah diri sejak azali

*cik puan comellotte sambung belajar agama dan berjaya dengan cemerlang. Kalau ikut standard prosedur biasa, orang ramai dah boleh panggil beliau dengan gelaran ustazah comellotte dah pun. tapi beliau  berpewatakan seperti biasa dan tidak terlalu agresif. mungkin ini cara cik puan comellotte berdakwah dengan orang2 biasa.

~banyak sungguh contoh2 yang aku bagi ye. but my point is, i don't really like being called as kakak or kak jannah or kak jenny or what so ever because
*jadi akward nak berbual...tak rasa macam kawan
*timbul rasa superior dalam pihak aku
*to avoid too much expectation just because we're senior
*bila nak salam orang dok cium tangan, i really don't like it okeh. aku lebih prefer salam laga2 pipi. lagi mesra bukan lagi superior bila cium tangan bagai.

Respect
~some people might say, "penting kot panggil kakak or abang, one way untuk tunjuk respect pada elder kot". ye, respect itu perlu. it boundless. hormat itu perlu aplikasi pada semua peringkat umur, di mana jua anda berada.  tak semestinya anda respect seseorang tu kerana dia lagi tua. dia tak tua dari anda, jadi tak perlu respect?. macam tu?. pffftttt.... *kesedaran keduniaan*. 

disclaimer
~ini pendapat aku je la. tak payah nak pakai sangat kalau korang ada pendapat sendiri. but yet, i still calling other person as KAKAK, sebab a few jenis org yang cepat meradang  kalau tak panggil kakak kan. it's show my respect to others too.

what Ramadhan means to me


#Have a Blessed Ramadhan :)

Ulasan