Metafora

Metafora nya begini....

Kau sedang sedap seronok mandi sungai yang sejuk dan menyegarkan. Sedang aman bermain air, kaki kau kejang. Terasa bagai ada yang menarik-narik urat. Sakitnya kepalang.

Terasa kaki ditarik. Kau menggapai-gapai tangan. Mengharapkan ada yang menyelamatkan kau. Kau cuba menjerit tetapi mulut dipenuhi air. Kerongkong lemas dek air.

Kau melihat sahabat kau di tepi sungai. Jerit jiwa kau "tolong selamatkan aku. Tolong!". Tapi tak terluah dan sahabat kau hanya memandang dan gelak. Lukanya hati kau.

Disaat sukar barulah ingat tuhan. Lantas hati kau berkata "selamatkan aku ya tuhan. Kau lah berkuasa atas segala-galanya"

Tetapi...kaki kau makin menyeksa. Dan kau putus asa. Jika mati, matilah tanpa sakit. Dan kau pasrah.

Dan tika itu, berlegar segala memori indah, suka dan duka dalam hidup kau. Terbit segala rasa mahu hidup kerana terasa bernilainya harga nyawa. Terlalu banyak lagi perkara yang kau mahu lakukan.

Tiba-tiba, satu semagat luar biasa muncul. Aku mahu hidup!. Kaki mula lega. Dan kau mampu bergerak. Diupayakan segala kudrat. Dan kau ke pinggir.

Keletihan di pinggiran dan kau menagis. Kerana tuhan masih lagi memandang kau. Masih lagi mendengar hajat kau. Dan kau yakin yang tuhan tak akan mengubah nasib kau jika kau tak cuba mengubahnya dahulu.

Dan sahabat kau tadi datang menghampiri kau. "Pandai eh ko main-main kan tadi. Tu yang aku gelak je". Sahabat kau pergi sambil menyambung tawanya.

Kau bertambah kecewa. Dan kau dah tak perlukan sesiapa

silent is an option






~hey yaaaaa...girlprennnnnnn :)

~how your weekend???. mesti owsemmmm kan. aku???. ohsemmmm gilaaaaa. weekend aku kot. padahal dok memerap je kat rumah. hadap skrin laptop. hehhhh. sound boring kann. but.....it learnt somethinggg

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


CLICK HERE
~ today is silent day. not really a day. maybe about 10 hours silent moment. aku terbaca post aiman azlan ni kul 2 petang tadi....dan aku terus rasa inspired untuk buat. at that moment i give i shot to be "tikus makmal" untuk cuba eksperiment ini. sebagai sepesis manusia yang selalu men"joyah"....this experiment is little bit hard for me. seriously, this experiment takes more courage than i expected. and this is my today silent journey in hectic...

2 petang
~ the experiment start!!!. at first it not that hard because three of my housemate is at campus. group discussion at weekend. hehhhh. and only another three at home. sarah with it own world at her room. meroyan sensorang kat bilik buat kerja. sayup2 kedengaran dari luar dok menghapal segala bagai spesis pokok. nisha dan ika kat dalam bilik jugak. aku kalau jenis bosan men"dewa" memang aku dah meroyan dan men"joyah" kat bilik nisha dan ika kot. but....i must refrain myself from going to their room. i must NOT enter that room. kalau jumpa bebudak ni memang mulut aku macam kereta api *buruk sungguh perangai engko eh*

~jadi....trying another alternative. dengar ceramah ostadd pahrol kesayangannnnn.....*jerit over*. hahaha. at least ianya menjadi. sambil mensibukkan diri kemaskini nota, online memanjang, mem"bersih"kan laptop tongkakng pecah ni....dan having conversation with myself...and i noted this when listening to ustaz pahrol...

"orang yang ambil sijil kawen belum tentu kawen, orang ambil sijil SPM belum tentu dapat masuk universiti.....tapi orang yang ambil sijil pengurusan jenazah konfem mati....yang tak ambil sijil pengurusan jenazah pon konfem mati...sebab apa???. sebab kita manusia"
~ustaz pahrol mohd juoi~
nampak tak ikon "sleepy" dalam jadual kursus tu...haha =="

~hoyeahhhhh....aku dah ambil sijil kawen hoi. padahal bayang-bayang incik lelaki tak nampak pon. tapi persediaan itu perlu *over*. hahahaha. yeeee...ada org cakap gatal sangat aku dah nak kahwin. tapi....fikir panjang. sijil kawen bukan semata nak senang proses kawen je...tapi yang penting ILMU. semua dah matang kan nak fikir. yang buat aku stress akak dan adik aku dah nampak bayang2 the other half..sampai tahap wajib dah....tapi main2 lagi taknak gi kursus kawen...bnyk pulak alasan...pppfffttttt.... ==". dannnn....aku teringat status facebook ika...

"tengok orang kawen, nak ikut kawen
tapi tengok orang mati, takde pulak yang nak ikot mati"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SENTAP MAK NOKSSSSS.....!!!

6 petang
~masa ni kak aisyah dah balik. takde masalah sangat sebab laju je kak aisyah masuk bilik tengok running man. setel. tak banyak cakap. just few important things. tapi yang masalahnya, aku dah boring, mulut dah gatal nak meroyan men"joyah" dah ni. thinkkk jannah!!! do something...!!!!. hoyeaaaa....aku MAKAN. is that good decisison??. hehhh ==". then aku lipat baju....sapu lantai....rajin tetiba kan. hahaha. 

~SENYUM.... :)...that another things i tried. senyum sampi kenyal lemak pipi aku. LOLssss. sebab, bila kita senyum mulut akan tertutup....paling2 senyum punya nampak gigi kan. tapi still tutup mulut kan. that how you avoid talking useless thing. senyum sampi sengih dan nisha keluar ayat....

"dah kau kenapa perempuan???"
*ayat aku, nisha curi*

8 malam
~masa ni kak ema dan kak zati dah balik. i was like...HABISSSLAAAA. sebab kalau dah balik semua isi rumah ni memang ketawa macam setan dah sesekor...cakap pulak macam pakai microfon. dugaan sebenar dah datang *tepuk dahi*. still trying to hold that discipline. masa masak kak ema dok meroyan sebab kawan dia sama umur dah kawen degan mat salleh. laju je aku nak men"joyah' sekali woi...sabar jannah woi...sabarrrr =="

~tengok cerekarama reramai masa ni. aku dok stress dengan jalan cerita DEMI neh. kalau ikot mulut aku...memang aku dah membebel panjang dah dengan kak ema. again, i was trying to SMILE everytime aku sakit hati dengan cerita ni. sampai kak zati pelik tengok aku diam tak cakap banyak. al maklum lah tengok cerita melayu kannn. tak sah tak sakit hati macam cerita CINTA JANNAH tuhhhh....

konflik angah

konflik along


~gara-gara drama Cinta Jannah tuh....sebab cerita tu kencing manis tahap kena diabetes potong kaki punya....tu yang semua dok layan kan. terlampau "sweet".....hehhh. bukan jenis cerita aku woi...dan jannah tuh lembik sangat....aku katanggg kot!!!. aku nak buat cerita Cinta Jannah versi muslimah ikut syariat punya...dan pelakonnyaaaa....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

kuasa kamera 360.....puihhhhh *fake*

Sila muntah beramai - ramai...wakakaka :O

12 tengah malam
~dan silent day aku berakhir pada jam 12 malam tadi. legaaaa woi. 

i'm flying without wing.... *overreaction*
Konklusi....
~ Alhamdulillah......i learnt so many things today....

first....
i take this experiment as a exercise for myself to istiqamah. berterusan dalam berkata yang baik-baik saja. refrain myself from talk bad things. especially...men"joyah" dan meroyan yang berlebihan. i hate quite and awkward environment. it is my nature to talk so much. and i love to talk. but... i must know the limit

second...
i need to listen more.observe more. less talk. Walillahi....so much things i noticed when i keep on silent. Even it just 10 hour it though me so much things. i learnt to question every time i need to talk. why i need to talk? to impress, to boost myself, to express, to inform...or what??. 

third....
i really need to practice more. changing my mouth is not easy as click OFF button. aku tak perlu diam sepanjang hari, tapi aku kena belajar to talk wisely.  i need to practice once a week. then.... practice it daily until it become my habit...InsyaAllah. so.....my housemate, please help me :)




at the end....
i'm just a normal person that always tried to be the best version of myself :)

dendang perantauan...*ini bukan cerita sedih okay*


~ hai gurls! how raya?? dah raya ke-5 dah kan. sronok dak? mestila kan. aku? seronok! beraya kat rumah kawan. kat mana? kat pusa, sarawak. nape tak balik rumah?. sebab aku buat short sem. kenapa buat short sem. sebab kongkonon tanak extend seba few subjek tak ambik lagi tapi gaya macam kne extend dah woi, gashakkk je lah. ehhhh, macam sesi soal jawab je...

tanya inchik google maps
~seperti yang di bagi tahu oleh inchik google, dari unimas ke pusa ambil masa 3 jam lebih. nan hadooooo kau 3 jam. masa pergi naik kereta incik askar which is balak kawan aku tuh dari jam 9 pagi lebih kurang sampai lebih kurang pukul 4 petang. ada lah dalam 6 jam. yang best nya kereta pack macam sardin. layannn je la. asal sampai. 

budak ni ambil gambar aku, aku ambil gambar dia ~shuwetttt~

~ aku takde la ambil banyak sngat gambar. even gambar pagi raya tu pun kena paksa. kalau tak paksa, takde nya nak bergambor weh. takde. owh ye, gambar tu kat kawan aku. aku tak sempat ambil. esok2 la aku tepek kalau rajin. kehkehkeh *ok tak rajin sbnrnya*, ni sepupu kawan aku. baru 3 tahun. nasib la budak ni paham cakap semenajung sebab dia duduk kat johor. kalau tak aku cakap bahasa isyarat kot dengan dia. *gigih gilaaaa*

rombongan mak kiah beraya
~ raya kat sini lain taw. kalau kat semenanjung malam raya tu dah sibuk nak masak bagai. tapi kat pusa neh lain. malam raya kau rilek je tak masak sebab ada sistem open house. kampung pusa ada 3 bahagian. kampung pusa hulu, kampung pusa tengah dan kampung pusa hilir. raya pertama kampung hilir buat open house, raya kedua kampung tengah dan rumah kawan aku kat kampung hulu so dia orang hanya akan masak masa raya ketiga. jadi raya pertama dan kedua ke hulu ke hilir lah kau berjalan. sekali jalan 2 3 rumah. best lah perut kau kena sumbat...


cuci mata
~ yang best nya masa pagi raya, kau boleh cuci mata. kehkehkeh. gambar ni aku snap masa beraya kat kampung hilir. sekali tengok macam orang nak pergi kenduri kawen. gila meriah jalan dengan manusia. kereta takde okeh. bukan takde tapi jarang sebab jalan sekangkang kera pehal nak bawak kereta. rempit moto baru best. eh!. ni rombongan keluarga hijau lumut nak beraya kat mana aku tak tahu. hahahaha


macam ada kenduri kawen kan
~kampung pusa neh macam kampung nelayan. sebab memang cantik je kat tepi sungai. rumah pulak tuh dekat2. nak raya pon senang woih. apetah lagi kalau nak mintak kunyit kat jiran sebelah. eh!. LOLssss.


kelupis ~ihsan google~

~kalau kat semenajung wajib ada ketupat, lemang dan rendang.  tapi kat sini ada makanan baru iaitu....kelupis *tepuk tangan*. ok besttt gilaaaaaa!!!. dibuat dari pulut iban. cara masak aku tak tahu. hahahaha. yang aku tahu mentekedaroh je. you know what, makanan ni mengeratkan silaturrahim taw. aku nak cakap seghawak memang idokkk la wei. dengar dan pepandai translate kan sediri boleh. tapi nak join the conversation tuh harammmmm. jadi bila nak get to know each other adalah dengan menjemput makan. dan aku redhooo je makan sebab dah takde modal lain nak berborak *memang dasar perut tong sampah*

tips: kalau duduk rumah orang kena pandai bawa diri terutamanya bila dijemput makan. bila makan mesti tuan rumah akan suruh tambah. jadi, masa first cedok nasi tuh ambil sikit je. bila tuan rumah suruh tambah kali kedua tuh kau cedok lagi. biar banyak kali cedok nasi sampai berpuluh kali walaupun sedikit. biar tuan rumah senang hati tengok kita makan bertambah......hebat kan idea aku >,<


menyakai di rumah orang
~time beraya memang best, lagi best bila dapat duit raya. tapi tak sedor diri umur dah tua tak layak dapat duit raya lagi nak terhegeh-hegeh. puihhhhh. masa pergi open house tak macam kat semenanjung. makan dah berhidang kau. tinggal duduk dan makan. pastu blahhh. tuan rumah akan setel. sungguh macam princesss kau. takde nya nak layan diri ke apa. hebat kan. menu takde  nasi minyak or beryani bagai. menunya  nasi putih lauk kari ayam atau daging. kari dia kurang kaw sikit bagi tekak aku. tapi romate aku cakap sedap. ehhhh, tekak lenlain okeh. haha. ada lauk telur dan sejenis sayur yang marbhelessssss. tapi aku tak tahu nama. yang aku sedap dan telan. hehhhh =="


sungai apa aku tak tahu nama...hehhh =="

~ aku duduk sampai raya ke 4 je. pastu nak balik dahhhh T.T kalau kat semenanjung balik raya kejap je. balik malam raya. sampai kampung dah dekat2 pagi raya. pastu nak berkejar balik kerja semula raya kedua. kat sana balik kampung beraya mahu seminggu kau. takde istilah balik beraya 3 hari. takde. yang bebudak yang nak sambung sekolah buat cuti sendiri. kawan aku dok goda aku duduk lama lagi sebab bnyk lagi plan nak meronggeng tapi apakan daya...exam woi. exam =="



kejakunan naik sampan nak balik
~ ada dua jalan nak gi kampung pusa neh. satu jalan darat yang jauhhhh gilaaaa. second jalan air which is naik sampan. masa pergi guna jalan darat. bila balik guna jalan air. sampai seberang baru naik van balik unimas. tambang 35 hengget kau. tapi van uh hantar cantik sampi depan rumah kau. van neh kira macam bas kat semenanjung la kan. ok festime punyaaa pengalaman...harusss lah kejakunan >,<

enjoice the trip
~around 5 to 6 jam perjalanan bukan mudah kau dgn condition jalan nya. yang penting kena enjoy. macam mana?? kau cas henset kau sampai bateri penuh. earphone atau headphone gedabak mesti ada. kau letak lagu best2 yang layan punyaaa. kau dengar lagu all the way trip dan kau lembut kan badan dan muscle serta bontot anda. kehkehkeh.  jangan keraskan bdn nanti kejang.hahahah. turn up the volume to the max. dan enjoy. aku layan lagu Gerhana Ska Cinta kauuuu...lejen kan aku. diselang seli dengan Altimate. tak2, dr muhaya dan selawat tak lupa okeh..... XD

yang baju itam tuhhhh XD
~ tu haaa mak kawan aku. buat muka seposen nak makcik ni ikut aku hantar balik. kehkehkeh. terima kasih makcik kite dok uma makcik. heee~~ kepada kakak2 yang gojes kat rumah tu. terima kasih jugak. InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi. tak kat sarawak kat johor pon boleh kan...hehehehe. rase macam princess dok uma dia org ni. aku tak buat kerja apa pun. maluuuu itewww. kalau raya sebelum neh aku macam kuli je, tapi raya kali ni aku macam princess kau. kalau mak mentua tengok perangai aku memang failed weh. failed gilaaa,......FAILED *penegasan* =="

jangan kacau...ni incik askar punyaaa okeh :P
~ni kawan aku. sila baca caption gambar okeh. hahahaha. housemate aku masa first year kat unimas. nanti kau datang pahang gtaw eh. kita beronggeng kat pahang pulakss. hekhekhek. dok marah2 aku sebab snap gambo dia tak pakai mekap. puihhhhh. kesah kan aku. hahahaha. yeeee!!, aku tak tepek kat facebook tpi kat blogg itu harusss okeh. eh, bukan harus. tapi dah sampai tahap wajib dah....*ke laut sudah*





someone tanya aku soalan ni kat ask.fm


dan aku tanya balik soalan tu kat dia

~ kalau nak tanya pape kat aku boleh tanya kat ask.fm aku. promote jap eh. aku tak makan org. so jangan takut. tanya je. kalau takut aku bash balik being anonymous is the best choice. kehkehkeh. http://ask.fm/AnaJannah (tekan sini).




 ~ so,dah faham kan kenapa aku tak perlu pun nak sedih2 bagai beraya di perantauan. emo sikit post aku kat facebook sblm neh....hahahah =="


motip
~aku tak tahu nape beria sngat aku nak ambik gambo neh dan tepek kat sini. hahahha. kang org cakap aku rumah biru kannn. kehkehkeh. tapi aku tak jumpa bendera lain dan itu buatkan aku tertanya-tanya *wondering*

Have a blessed Syawal ^^,

iqra' @ bacalah

~ hai gegurls. hikhik >,<. 15 Ramadhan left. sobsobs. actually, tengah bosan tahap super saiyaaaa. i think all chores is done. what left??? boringggg. owh ye, teringat request beela minta ku review few book yang aku baru beli dan baca. hereeee we go!!!!
*gulung lengan baju*
~bajet nak perang...puihhh~
Genre
~setiap orang yang suka baca buku mesti ada genre bacaan masing2 kan. macam orang dengar lagu lah. ada suka dengar rap la, rock la, apa la. tapi kan tak tahu kenapa lately ni aku punya telinga selalu request lagu Gerhana Ska Cinta dan lagu etnik kreatif Dato' Siti Nurhaliza *lagu Badarsila kedengaran*. dan rumate dah pelik. Jannah ke ni? ataupun jelmaan jannah. hewhew :D

Buku Orang Tua
~aku jenis memilih sikit kalau baca buku. tak main la novel melayu cerekarama cinta-cintun lagho tak mencambah fikiran. aku selalu baca buku yang di definasikan sebagai "buku yang akan dibaca oleh orang tua". hewhew. aku tak tahu macam mana nak describe kan, tapi inilah genre yang diberi oleh kawan2 aku bila tengok koleksi buku aku yang tak seberapa. kehkeh. tapi generally, aku baca buku self motivation or self improvement *ceh, apdahal kau sendir tak termotivasikan*. LOLsss. few about politics, psychology, biografi or sort of life travelog and maybe buku menjahit. hikhik. aku baca novel gak. tapi hanya novel Ramli Awang Murshid je aku sentuh. tak pun novel thriller. memilih gila kan aku..well....

~You Are What You Read~

Influence
~tapi bila jumpa housemate yang suka membaca. sikit sebanyak genre bacaan aku bercambah. Housemate aku yang sorang tu suka baca novel english yang super gila english. no wonder la assignment psychology dia superb dengan vocabulary yang impresive. masa dia minta tolong aku check assigment  dia, aku dah pening dengan vocabulary dia. rumate aku pulak suka baca novel melayu. tapi bukan sebarang novel tipikal okeh. jenis novel tulisan Fatimah Syarha, Hlovate, Hilal Asyraf, Pingu Toha *dari dulu dia seduce aku suruh baca novel ni, tak berjaya mengoda aku sampai sekarang...kehkeh*. Basiclly, novel yang membina. dan ada beberapa buku kesusateraan melayu. Al Hasilnya, aku dah pandai baca buku english sikit2 dan few novel yang bukan genre thriller. *nages...bangga dengan improvement sendiri*....wuwuwuu T,T. 

Kiri atau Kanan?
~mostly buku aku baca adalah berhaluan kanan. apakah itu?. buku2 yang common. tapi masa matrik aku dah di brainwash oleh sorang member aku dari sekolah agama. tapi corak pemikiran dia lain sikit...most likely berhaluan  kiri. at that moment aku baru nampak the other dark side of the world...puihhhh *ayat skema*. dia yang suruh aku dengar lagu Avanged Sevenfold, Dutch...bla..bla...bla. dia suka baca blog Teh Tarik Gelas Besar. mula2 tu aku persentankan je minat dia. sekali dia seduce aku sekali. sekali aku terjebak. best juga layan jiwa kacau dan ideologi mereka2 ini....huhu~ btw, teh tarik gelas besar ada kat tumblr je okeh.

New 
~since then, aku start explore the new world. quiet interesting actually. bila idea kita totally bertentangan dgn mereka kita cenderung untuk reflect. whether, kita akan cari titik persamaan dan cuba memahami mereka atau kita terus cop mereka2 ini tak belajar agama la...etc.kebetulan masa matrik aku nak sangat buku Awek Chuck Taylor tu. tapi end-up kempunan saje je sebab karya indie susah gila nak dapat masa tu. bila last week aku cari barang tapi tak jumpa aku dah meroyan kat mall. lastly, aku ajak member masuk kedai buku. nak menjerit pula bila nak banyak gila karya indie dah jadi mainstream. rasa nak borong je semua. seeeee, bertapa mudahnya aku dipujuk dengan buku. LOLsss. kepada yang nak pujuk aku sila gunakan buku sebagai senjata. kuikui :P
Kopi-ah & Awek Chuck Taylor
Kopi-ah
~bila dibaca sound like Kopiah kan. sesuai dengan nama lah, karya dalamnya sangat islamic. dan penggunaan bahasa yang sangat tertib. short stories yang inspiring. aku suka satu cerpen yang cerita sekawan yang belajar luar negara dan balik malaysia buat reunion semula. sekor2 dok cerita bestnya belajar oversea. end up dengan seorang kawan yang belajar kat malaysia dengan statement yang menyentap mak nooksss...nak tahu?. bacalah sendiri....hewhew :D

Awek  Chuck Taylor
~based on real story. buku ni punya aura lain sikit. kejap2 rasa takleh lepas, nak baca. kejap2 rasa nak baling pun ada, stress dengan cerita, end up aku nagis jugak baca buku ni. LULssss. put too much emotion okeh. bagi golongan yang ekstrimis agama dan suci terlebih buku ini tak bagus untuk anda. few persoalan agama yang nampak macam remah diutarakan dengan jawapan yang tergantung like solat and tudung. however, buku ini ajar aku fahami society very much

p/s: beela, reading this book macam duduk dalam kuliah gender....faham kan perasaan ketika itu...LULsss

Syahadah Gadis Ateis
~buku ni aku nampak kat rumah. aku baca lah. cerita macam mana seorang gadis ateis jumpa dengan mamat rambut panjang tak rupa ustaz dalam train, seriously, buku ni agak "berat" sikit nak hadam. sepanjang perjalanan tu dua orang ni dok bahas pasal agama. bagai sesiapa nak jawapan persoalan agama boleh baca novel ni. rasa macam baca kitab okeh. siap hujah, dalil yang mantop. tapi bagi aku la kan, novel ni agak kering sikit.....sakit tekak nak hadam =="

kena gigih banyakkan membaca pelbagai genre nampknya =="
~aku jarang nak update kat blog apa yang aku baca. tapi aku jumpa site Goodreads yang super gila interesting. kalau tengok kat sidebar aku ada BookShelf. aku selalu update kat situ sebab kita kne keep track berapa banyk buku dah baca...kira boleh analisis jenis pembacaan kita sendiri. check it out guysssss!

Kempen Membaca yang cool... (tekan sini)

(: Happy Fasting :)

Segmen Mak Jenny : Pengurusan Kewangan Rumah Takde Tangga


~hai gegurlsss. :) aku bajet perempuan je baca blog aku. so, pihak lelaki yang "terbaca" blog aku mintak maap dari hujung tudung sampai hujung stokin eh. diskriminasi sungguh. hahaha. how your puasa?. InsyaAllah, baik-baik je kan. *senyum sensorang*. Because we know Allah is watching and rewarding our deeds right :)

rumah laki i kasi....puihhhh *berangan*

~cannot go kan tajuk entri kali ini. tujuan aku gigih menghentam keyboard kali ni sebab nak inform kat housemate aku pasal isu semasa di House of Tarbiyyah (H.O.T)....semua dah kat semenanjung. aku ngan rumate je yang kandas kat bumi kenyalang. jadah plak aku nak telepon sekor2, jadi kita gunakan lah kemudahan teknologi sekarang. aku taip panjang siap explanation lagi. dah alang2 aku terlajak menaip meh aku nak share cara aku urusan duit aku. mana tahu berfaedah untuk korang kan...haha :P

in case of "gatal nak kawen" break the glass

Here We Go!!
*stretching muscle coz this gonna be a long entry*

Fasal Pertama : Bil Eletrik Rumah *SESCO*

memasak????
~owh ye, di sarawak tak pakai TNB. pakai SESCO je. sila belajar ye macam mana nak baca penyata bil. baru make sense kenapa dapat jumlah yang tak masuk akal. kadar takrif pun berbeza. rujuk sini untuk TNB dan rujuk sini untuk SESCO. mahal lagi bil kat sarawak hoihhhh *muka redho*

Oct 2012             : RM88.90
Nov - Dec 2012  : RM183.50
Jan 2013             : RM 266.80
Feb 2013            : RM154.70
Mac 2013           : RM29.50
April 2013          : RM59.50
Mei 2013           : RM116.10
Jun 2013            : RM187.80*
*tak dibayar lagi

Purata penggunaan setiap bulan : RM120.76.....ambil kiraan selamat :RM 140/per month

~sila nages dan guling macam orang gila bila tengok nombor2 diatas. aku tak tahu lah pengunaan rumah kawan2 aku macam ni jugak ke. ataupun memang penghuni rumah aku makan eletrik secara senyap2 hingga menyebabkan bil elektrik sebegini tinggi. wakakakaka. tapi bila borak-borak ngan uncle van yang selalu aku naik, dia cakap tu normal la. duduk serumah tujuh orang, siap berpeti ais, tv bagai lagi. sekor2 jenis hadap laptop pastu sorang nak henset dua tiga bijik *terasaa*. tambah lagi eletrik kat sarawak lagi mahal dari semenanjung. adakah anda rasa ini LOGIK???

Fasal Kedua : Bil Air

PUASA woi!!! *istigfar smbil telan air liur*


~sebab rumah aku jenis apartment yang diuruskan under Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).takrif bill air kira reasonable lagi lah. kat rumah takde mesin basuh. jadi kami men"solehah"kan diri membasuh dengan tangan la. muahahahaha :P

Sept 2012 : RM17.83
Oct 2012 : RM 25.75
Nov 2012 : Tiada dalam rekod  (stress sunggoh hilang data)
Dec 2012 : RM32.95
Jan 2013 : RM108.95
Feb 2013 : RM175.07
Mac 2013 : RM27.91
April 2013 : RM27.91
Mei & Jun 2013 : Tak dapat bil lagi

Purata penggunaan sebulan : RM 52.04...ambil kiraan selamat : RM 55/per month

~nampak tak bulan feb tu?. gila kan. masa tu cuti. tapi rumah masuk pencuri. tapi bijak sungguh pencuri tu. boleh gi bukak paip air pastu tinggal. nak maroh sunggoh. jadi boleh bayag dak paip air terbuka selama sebulan. tapi dah nama rumah student, takde makna nya simpan barang kemas berharga bagai. so, x de rezeki pencuri lah. tapi rezeki kita org ada. bil air beratus tapi reasonable lagi la water consumption kite orang kan. LOGIK la kan?

Fasal Ketiga : Barang-Barang Rumah 

memasing sila terasa okeh *gelak jahat*

~part neh aku takde pula simpan kiranya. sebab yang bukan aku yang in charge part neh. kalau aku yang in charge pastinya setiap sen itu penting. wakakakaka. kiteorg just beli barang basic kat dapur je macam gas, minyak masak, bawang2 etc. yang barang basah ikut sedap tekak masing2 nak beli. dah macam2 jenis perut memasing kan. dah tu rumah kteorg jenis bangsa2 jenis suka memasak dan megtekedaroh sesekor. memang cepatlah habis stok...

Bajet barang2 dapur : RM80/per month

Fasal Keempat : Overal Monthly Spend.

keturunan org kaye bley arh buat stail gini


Sewa Rumah   : RM750
Bil Eletrik        : RM140
Bil Air             : RM 55
Barang Rumah : RM80

Total : RM 1025

Per Individu : RM 146.42....kiraan selamat RM150.00
p/s: consider balik RM130 sebulan....

Fasal Kelima : Isu Berbangkit

~kerosakan
nak baiki pintu memang guna pisau dan gunting je...luls
~seperti sedia maklum. pintu rumah rosak sehingga memaksa ponteng kuliah. cuak bila x leh buka pintu dari dalam mahu pun dari luar. nasib baik kita ada incik seorang yang tolong baiki kan. terima kasih ye incik. duit pon melayang lah. 

beli tombol, skru dan selak rumah : rm 92
bahagi kos uh 7 org, sorang kne bayo : rm 13 
upah pasang : rm50
yg neh pakai duit rumah yg dah ada

~owh bnyk barang rosak. puihhhh. macam harem plok rase. takpe2, korang tggu je balik rumah semula. tgk ada rupa rumah lagi ke or dah dah macam istana. whoaaaaa :P

~Penjahanaman Rumah




~nak juga mood feeling2 raya. nak tuka langsir macam melampau pulak kan. so kita buat je la cekak langsir. ponnn boleh. terlebih masa lapang pon satu hal. gashak je la dengan menjahit. hekhek. oeh ye, sejak dapat inspirasi dari mak rumate. aku dah amalkan polisi "setiap makanan dalam peti ais WAJIB bertutup". whoaaaa. rasa dah macam polis je nak amalkan polisi bagai. wakakakaka. :P

~Bayaran Tertunggak

zoom in sendirik....analisis sendiri okeh


~sedia maklum first bayaran tombol : RM13
~Bil eletrik JUN : RM27
~Total : RM40 

~rumah berhutang dengan....
jannah : RM48
izzati : RM51

~ade pape soklan sila PM saya. puihhhh. bajet2 org bisnes nak ber PM bagai. owh ye, bagi yg len takyah bayar bulan julai n ogos punya yuran rumah. sebab korang tak stay kan. tapi memandangkan ada krisis kewangan rumah sekarang. korang bayor gak arh tapi consider bayor untuk bulan sept n seterusnya. naik cuti neh bincang semula for the next-next-next month

Fasal Kelima : Kesimpulan

~hoi, nages sunggoh taip panjang2. aku taip assigmnent tak panjang gini. entry neh untuk makluman dan penjelasan pada yang menternak lemak di semenjung nuh. kang cakap aku makan duit rumoh plok. duit dah sengkek bagai arh. sila fahami okeh. tapi puasa eh, jimat gilo bila masak sendirik...cooking skill level up!


Few things i found about faith....cekidout

What I Learned About Ramadan – By Not Fasting




Assalamualaikum :)

age and maturity


~macam mana puasa anda semuaaaa?. InsyaAllah baik-baik saja kan. huhuhu. before that, aku nak korang sedekahkan Al-Fatihah for my papa aka ayah angkat aku. Just meninggal on first Ramadhan. Ya Allah!, hati punya rasa nak terbang balik on the spot. Tapi ayah cakap tak payah. Beruntung papa pergi masa bulan Ramadhan kan. Papa dah lama kena strok, walaupun  papa macam dah nyanyuk tak ingat kat aku sangat tapi papa selalu tanya....

"Angah, dah solat?"

~Allah, teringat2 setiap kali aku balik rumah papa. Kadang2 dia tanya aku siapa. aku pun jawab je soalan papa buat sejuta kali . Tapi setiap kali azan bunyi kat TV, dia ingat kat aku pulak. directly tanya, angah dah solat?. Aku nak menagis lebih2 tak jugak. sebab kita tahu semua akan mati kan. tapi yg aku tahu, insyaAllah papa bahagia kat sana kan.

~indeed~

~lately, bila dah jadi senior kat universiti ni rasa macam tak berapa nak best sangat. sebab apa?. sebab junior dok panggil aku KAKAK. bukan nak cakap perasan muda ke apa tapi rasa tak best. for those yang pernah tinggal asrama mesti pernah ada session brainwash kan. semua senior mesti panggil kakak. kalau tak panggil kakak mesti confirm kena cop budak kurang ajar kan. aku tak la heran sangat nak suruh orang panggil aku kakak. tapi layankan je lah. bagi aku it's not a big deal....

~pangkat KAKAK or KAK bagi aku macam pangkat datuk or datin2. bezanya datuk or datin dapat sebab berjasa etc.... pangkat kakak dapat sebab umur. kalau tanya aku lah apa makna umur tu bagi aku. aku jawab MATI. tak kira lah umur satu digit ke, 20an ke, 30an atau 100an....kalau dah masa berjalan seiring dengan umur.....semua akan mati kan *too pessimist*


~bila orang panggil aku kakak rasa macam tak layak pulak rasa. first because i don't think i reflecting characteristic as a good sister. am i deserve it?. duhhhhh ==". second because respect me because of my age is not reasonable. ayat commmon

 "ikut je la, dia kan senior". bagi aku tak valid. age doesn't show any reasonable reason.
lain la kalau macam ni...
"ikut la nasihat dia, dia kan banyak ilmu dan pengalaman". yang ni sangat valid sebab berilmu

.....contoh situasi....

*pak lebai dan mak lebai pergi naik haji. bukan dam haji okeh. lepas balik mekah mostly orang akan panggil haji lebai dan hajjah lebai. pangkat haji dan hajjah dapat sebab perfom haji kan. tak pak lebai dan mak lebai tak mahu dipanggil haji dan hajjah sebab gelaran itu boleh buat orang lain rasa inferior, timbul rasa bongkak etc....

*encik taktahunama sambung master dalam bidang pertanian. bila dah habis master semestinya dapat gelaran Doktor atau Profesor. tapi bila encik taktahunama mengajar di universiti, beliau tak mahu dipanggil dengan gelaran Prof atau Doc. mungkin beliau tak mahu pelajarnya rasa takut bila jumpa beliau atau beliau memang sudah sifatnya merendah diri sejak azali

*cik puan comellotte sambung belajar agama dan berjaya dengan cemerlang. Kalau ikut standard prosedur biasa, orang ramai dah boleh panggil beliau dengan gelaran ustazah comellotte dah pun. tapi beliau  berpewatakan seperti biasa dan tidak terlalu agresif. mungkin ini cara cik puan comellotte berdakwah dengan orang2 biasa.

~banyak sungguh contoh2 yang aku bagi ye. but my point is, i don't really like being called as kakak or kak jannah or kak jenny or what so ever because
*jadi akward nak berbual...tak rasa macam kawan
*timbul rasa superior dalam pihak aku
*to avoid too much expectation just because we're senior
*bila nak salam orang dok cium tangan, i really don't like it okeh. aku lebih prefer salam laga2 pipi. lagi mesra bukan lagi superior bila cium tangan bagai.

Respect
~some people might say, "penting kot panggil kakak or abang, one way untuk tunjuk respect pada elder kot". ye, respect itu perlu. it boundless. hormat itu perlu aplikasi pada semua peringkat umur, di mana jua anda berada.  tak semestinya anda respect seseorang tu kerana dia lagi tua. dia tak tua dari anda, jadi tak perlu respect?. macam tu?. pffftttt.... *kesedaran keduniaan*. 

disclaimer
~ini pendapat aku je la. tak payah nak pakai sangat kalau korang ada pendapat sendiri. but yet, i still calling other person as KAKAK, sebab a few jenis org yang cepat meradang  kalau tak panggil kakak kan. it's show my respect to others too.

what Ramadhan means to me


#Have a Blessed Ramadhan :)

hidup mesti kreatif!

~ lawak tak design blog aku. aku sendiri tgk pun nak muntah. masih takde kekuatan untuk hadap coding bagai. esok2 aku tukar la balik yeeeee. kesabaran anda membaca entri ini amatlah dihargai...mueheheheh :D
it's happend againnnnn!
~aku jenis bangsa manusia yang kalau rajin, memang rajin macam mesin. dengan mulut aku pun rajin sekali. tapi kalau dah malas, takde tempat nak bertapak pun kisah pulak aku kan. buruk sungguh perangai. tadi mood rajin aku di aktifkan secara tak sengaja. rajin pulak aku nak kemas dapur tetiba. aku pun cuci kain buruk yang tak berapa nak buruk yang buat lap2 meja tu.
~rumah sewa memang takde mesin basuh, solehah sungguh rasa cuci pakai tangan. tengah cuci, tetiba air tak turun. bertakung je. aku agak dah paip tersumbat. aku expect air akan turun gak tapi lambat sikit. so, aku gi basuh kat bilik air lagi satu. bertakung jugakkkk!. maroh sunggoh ambe. check kat paip luar. ok air dah melimpah bagai. nasib la kat bahagian luar kan. tgk dekat dapur. sikit je lagi nak melimpah. jenis rumah flat 4 tingkat, sistem paip macam rumah flat doploh tingkat je....haihhhh
INI TAK BOLEH JADI!
~semalam aku beli soda bikarbonat. orang guna untuk hilangkan paip tersumbat, bukan yang buat masak okeh.. letak soda tu kat paip tersumbat lepas tu siram dgn air panas, biarkan bertindak balas dan letak bnyak air bagi bilas. bau soda kuat sangat. so, berhati-hati kalau guna. harga dalam 6 ringgit. ada jenis serbuk ade jenis cecair. aku pakai jenis serbuk. Nampaknya tak jalan, lagi teruk ade lah..... =="
yang ini google je. okeh
~aku guna alternatif kedua iaitu korek. yeee, korek balik lubang paip tu dengan TANGAN. ini dah masuk 3 kali aku jadi plumber tak bertauliah. first tersumbat sebab bengap sikit tak reti jaga toilet. boleh biar rambut masuk. kau lah terima akibatnya. korek la sendiri. kali kedua sebab termasuk stokin dalam tu. semnagt bagai membasuh. lupa nak tutup trap tuh. sekali lagi kena korek. dan kali ketiga aku tak tahu kenapa. dah la effect kat semua lubang air. hasil usaha mengorek takde la memuaskan kan sangat. aku dah penat korek sume lubang air. PUTUS ASA. air tak jalan jugak. kan aku dah start wondering punca kejadian ini.......hrmmmm
kebaikan google kepada dunia sejagat
~yeeeee, kita tanya uncle google. then terjumpa tips ini... tekan sini
We Did It!!!
*lompat2, joget2*
~ikuti langkah-langkah ini ye tuan2 dan cik puan semuaaaa....

1. Kumpulkan semua mop yang ada dalam rumah anda. rumah aku ada dua tapi saiz lain2.


2. test mana satu mop yang muat lubang air tu. mesti masuk semua. aku pakai mop yang kurus  tu. sebab satu lagi tu terlalu besar. tak muat masuk. lepas tu pam macam anda gunakan pelocok. sebab rumah aku takde pelocok. mop pun jadi lahhhh. kita akhiri upacara mencuci tandas ini dengan simbahan air dettol yang dibaca jampi...kehkeh *air dettol tu betul, jampi tu kurafat*

~3 kali je aku pam. air mencurah masuk lubang. berlari aku gi tandas satu lagi. pun dah keringggg. keluar tgk lubang kat luar, punnnn keringggg. kat dapur, keringggg jugakkkk. *joget-joget*. dah cantik nak kemas dapur  jadi cuci toilet pulakkk. gashakkkk la. aku jenis ikut baka bapak aku kot. semua benda kalau boleh buat sendiri, baik buat. tak payah bagai nak upah orang okeh. membazir duit je. kalau setakat tukar mentol, x reti sila terjun bangunan okeh...kehkeh

~aku rasalah tersumbat ni sebab sisa2 yang terkumpul kat saluran utama. tu yang effect kat semua lubang air.    minyak2 yang terkumpul jadi gumpalan. nak2 kalau ada bangsa2 yang main tuang je minyak kat singki, takpun bangsa yang main buang je sisa makanan kat singki dan biar. itu dah satu hal. lepas ini tindakan susulan perlu dibuat which is tips penjagaan sistem paip rumah. ayat kemain kauuuuu mak jenny...

1. jangan buang sisa makanan, minyak atau apa saja dalam singki
2. pastikan hanya air sahaja yang masuk dalam saluran air...dah nama paip air bukan paip sampah 
3. selalu kutip rambut yang luruh kat dalam bilik mandi
4. selalu tutup penutup trap bilik air
5. maintaince berterusan...siram air panas kat lubang air sekurang2 nya sekali sebulan. nak hilangkan sebarang gumpalan. ada yg bagi petua letak garam kasar sekali.


(TAMAT)
Segmen Mak Jenny
*segmen ini disediakan untuk tips pengurusan rumah takde tangga*
key epp cey...2 large drinks, 2 cheesy wedges, 1 burger




mamak pavilion....air bawa sendiri, sayur , nasi, ayam
~takde motip sungguh gambar. hahaha. tengah buat antarasesi sensorang is like crazy. semua buat sendiri. makan pun sendiri. meroyan sendiri. buat assigment sendiri. tidur sendiri. jalan-jalan pun sendiri. *forever alone*. kat KFC boleh duduk sensorang pastu berjam2, buat kerja macam rumah sendiri. tak maluuu sungguh. masa kat mamak pavilion boleh pasang lagu raya. puasa tak lagi dah feeling nak raya...puihhhhh *emo*


comel tak kak tonnn? :P

 ~ak nak tayang baju sebenarnya, bukan tayang body aku okeh. baju tu mak angkat kita buatttt *yeayyyy*. cantikkk kan. terima kasih mak!. tahu pulak mak kita saiz badan kita, dah la cantik muat dengan badan. entah macam mana emak scan badan anak2 mak ni?. masa kat uma mak aritu takde pulak nak ukur bagai. yang lain dapat cantik2 dengan badan. kain dia pun cantikkk kau. officially, ni baju raya aku tahun ni...hahahaha :D

k bai....
Assalamualaikum :)