Langkau ke kandungan utama

endless love


~kenapa ya?? bila kat rumah tak rasa pun nak update blog bagai. tapi bila dah masuk semester belajar. gatal la pulak nak berceloteh bagai. mungkin kerana faktor kelapangan waktu kot. haaaaaa, kantoi sudah di situ kerana anda tidak belajar ye...ekekekek :P

~tahu tak anda bahawa, perjalanan ke kuliah berjalan kaki selama 20 minit tambah lagi bergasak2 naik bas adalah sangat BORINGGG!!!. jadi untuk isi masa, aku selalu dengar ceramah....tak kan pula nak baca buku sambil berjalan kan. tak pasal2 selamat aku masuk hospital kannnn...huehue
My Living Idol.....
Prof. Dr. Muhaya

~kalau aku diberi pilihan, aku nak jumpa beliau dan peluk beliau. how much she inspires me in my whole life. beliau banyak bina nilai dalam hidup aku. memang aku tak pernah jumpa beliau, apatah lagi nak pergi program beliau tetapi kata-katanya terlalu banyak mendorong aku. setiap hari, wajibul ghunnah. aku akan dengar ceramah beliau yang aku download dari galeri ikim. bnayak lagi ceramah yang aku suka macam ustaz pahrol dan ustaz zahazan....



Reset Minda Pesakit
(klik untuk dengar)




Love Letter from Dr. Muhaya...

adakah kita nak label diri kita pesakit, kata lah kita ada 100 trilion sel, katalah mata sakit mungkin 2 million sel. adakah kerana kita sakit 2 mililion sel, sampai kita nak sedih, tak boleh bersyukur, sampai susah hati dan macam2

adakah kita nak fokus kepada badan yang sakit atau bersyukur bahagian badan yang tak sakit

If you have physical illness you can choose to heal or you can choose to suffer



TINGGG!!!!






Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


~ bila sambil berjalan kita fikir2 mahu juga boleh sebak depan orang ramaikan. tahannnn!!! tahannnnnn!!!. tak kan nak menagis depan orang ramai pula. kawal kecomelan anda ye....LOLssss :P

--------------------------------------------------------------------------

~ takkan hanya kerana aku kena berjalan jauh untuk ke kuliah setiap hari, aku perlu merungut seperti hanya aku seorang yang lalui perkara seperti ini. aku kira beruntung kerana masih dapat belajar...sedangkan ada yang lebih tidak bernasib baik dari aku....

~takkan kerana sakit kaki berjalan setiap hari aku perlu berputus asa. sedangkan ada orang lain yang lebih sakit dari aku....

~takkan hanya kerana aku kurang satu bahagian lain, aku lupa yang aku diberi peluang untuk bernyawa oleh DIA hari ini....

~takkan kerana duit yang kurang, aku perlu menagis seolah2 aku hilang segala2 nya. sedangkan aku masih ada DIA...

~takkan hanya kerana aku merasa lapar yang sekejap aku lupa rezeki yang Allah sudah beri selama 20 tahun aku hidup....

~takkan hanya kerana aku diuji sebentar hanya buat aku lupa nikmat yang sudah terlalu banyak DIA beri...

------------------------------------------------------------------------------

ALLAH!!!!

~ terlalu bnyak untuk aku hitung satu persatu. ok dah sebak.... beransur dulu lah :D




Dear Allah...Thanks for the endless LOVESS from you :)

Ulasan