~selamat subuh semua!!! hahaha. ok sekali lagi. anda semua dalam segmen sentap mak nyah. kikiki. opsss. sudah mengarut disitu. itu intro yang tah pape. abaikan. tadi ak skaipe lagi. dengan totttttt....hahaha. rahsia. ekekeke. kawan tapi jauh. tapi dekat di hati. hoho. kalau dekat buat ape nak skaipe kan. sebab dye jauh la skaipe bagai. kekekeke. cakap pasal....entry aku yg lepas. alaaa...entry yng menunjukkan aku neh seorang yg rebellious. yep i am. mmg aku ne rebel sikit. satu side of my self yang aku cuba kawal. tapi x nak la sorokkan. 

Judging people....
~ aku selalu ingatkan diri. pandang orag dengan pandangan rahmat. bak kata hilal asyraf...(semagat aku gi godek2 wall beliau untuk dapatkan balik status ini)....huahua

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.

credit : Hilal Asyraf

~very inspiring. rite?.  aku selalu ingatkan diri. aku siapa nak judging orang. aku manusia biasa yang selalu berdosa. bukan tugas manusia nak men"syurga" dan me"neraka"kan orang lain. but when people judging us. how we should react?? bak kata kawal aku "orang judge, kite cool, just think who we are in His eyes". there sumething aku dpt belajar. bukan "just be myself, not hypocrite". tapi betulkan "be what Allah want"

Ukhwah...
~aku belajar term baru. hehehe. kita selalu denga "ukhuwah fillah" which mean bersahabat keran Allah. kwn ak ade bulatan gembira. itu dulu. sekarang dia dah keluar. aku faham kenapa dia begitu. dan aku x salahkan 100% dia kenapa dia keluar. dia tahu apa dia buat. tapi bila dia dah keluar. kebanyakan ahli bulatan gembira itu pandang sleck. dia agak kecewa. hanya beberapa sahaja yg still dengan dia. somehow terkeluar ayat baru " ukhuwah fil usrah". sila faham ayat tu sendiri. huahua. jadi aku berazam, aku x kan treat org mcm tu...hehehe.

Kesalahan...
~somehow bila aku baca balik entry aku tu. aku pun rasa agak kasar. tapi ak x kan padam entry tu. because it show a part of my self. it show how i'm thinking. aku tanya dia apa pendapat dia. tp dia cakap "i'm not the rite person to tell about you. sebab aku bukan 24 jam dok ngan ko. so aku x leh nak ckp lebih". yep true, dah lama aku x jumpa dia. lepas SPM. lepas aku n dia jadi fasilitator kat skola. then x jumpe dah. kalau lah dia dok ngan aku 24 jam. konfem tepuk dahi smpi kaler biru. hahaha. manusia biasa lah kan. org lain mengumpat kita nmpk. tapi bila kita mengumpat org kita ckp nak buat peringatn. helooo. tanya balik niat tu. nak mengumpat atau "peringatan". then, dia bagilah pendapat dia yang panjang lebar....alhamdulillah...ada pengisian....

Kain yg namanya tudung....
~dia tanya aku. nape pakai tudung labuh. erkkkk. terkesima. haha. then aku pon cite lah. bla2. tapi dia cakap. "ko kene igt jugak,tanggungjawab yg dtg sekali ngan tudung tu". ok sentap. yep, apa dia cakap betul. itu jadi masalah buat aku. masalah ke?? aigoooo. dari dulu aku terfikir. i love wearing this style. secure. tapi bila fikir perangai aku x seberapa neh.  buat niat aku terbantut.pakai je la tudung biasa.

Sejarah....
 then satu hari ni, nak beli barang, ternmpk tudung labuh. terus beli x bnyk fikir. masuk keter terus tukar tudung. da la mase tu pakai baju kurung kaler itam bunga kuning. tudung yg baru beli tuh kaler hijau. x ke pelik. hahaha. tp aku kisah ape. then aku buat muka keras je jalan. yep, seronok. then aku decide. teruskan je la. mane tahu perangai akan berubahkan. mmg manusia sifatnya 'inside outside'. tapi manusia juga akan berubah melalui 'outside inside'. dan sekarang aku masih memcuba. melunakkan lidah, memperbaiki akhlak. bukan semata2 aku pakai tudung labuh but to please Allah.

Full pakej muslimah...
~satu lagi topik yg dibincangkan. org pandnag org yg tubuh labuh macam full pakej muslimah. baik, lemah lembut, sopan...bla2...bla2... aku juga dipnadnag begitu. hakikatnya, aku juga manusia. pakaian yg aku pakai hanya melambangkan secebis diri aku.dan seringkali org expect kita lebih. iya, tanggungjwab yg digalas itu berat, lebih2 lagi pakai tudung labuh. jgn jadi fitnah terhadap agama. kerana org2 yg mcm aku, ada juga tercalar islam itu. sedangkan bukan salah tudung itu tapi salah pemakainya. ingatlah "org yang pakai tudung labuh itu bukan bermakna dia baik tetapi dia cuba untuk menjadi lebih baik"....macam aku =="

Buku...
~sape leh kasi buku Love In Headscarf tok aku?? hehehe


~somehow bila kita terlalu bnyk baca buku barat, pandagan barat, ideologi barat. sebabnya nak siapkan assigment. otak rasa terbeban. sebab kita tahu, menda itu salah. bertentangan dgn nilai yang kita pegang. nak seimbangkan balik. kita nak la cari buku yang islamik. yang sebati dengan jiwa islam kita kan. kena seimbangkan piramid. bacaan kita. x salah baca buku pasal barat tapi kena seimbangkan. kadang2 aku jeles dgn budak agama. dapat baca buku2 agama yg mententeramkan. tapi alhamdulillah juga, aku blaja sains sosial. aku tahu jugak hakikat dunia sebenar. setiap bidang ada hikmahnya kan.

p/s:siap2 nak gi kelas...nak gi muzium islam sarawak...yehaaaa!!! eksaited lebeh neh :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD