Langkau ke kandungan utama

Transfomer versi aku...





~sangat gigih ye aku. dah siapkan tempahan felt. tinggal lagi satu. waaaaa!!!! rase nak putus urat nadi. ik ini hiperbola. sekejap lg nak subuh. kalau aku letak kepala kat bantal. sekejap je dah offline. baik aku kekalkan online supaya aku boleh solat subuh. kang aku ne jenis x reti2 nak bangun kalau dah x tido. baik tahan mata sajaha ye je. 

~owh ya, tadi aku skaipe ngan cha. alaaaaa, cha tu. macam korang kenal kan. ok macam biasa. aku membebel dan membebal dan membebel. opssss. terbebal pulak. hikhik. back to topic. aku kalau ngan cha neh boleh kira satu kepala. satu kepala kalau time nak makan pastu abes makan dok cuci2 mata. kalau org solat jumaat suka makan megi kat starbak kmph. spesis2 manusia yg kalau nak buat nakal tu bolehhhh sangt lah.

Aku dan Dia di zaman batu...
~Aku.....merupakan seorang penolong ketua kelas yg sngt berwibawa. kehkeh. ini x tipu ok. aku suka jalan2. suka main2. x suka sngt stadi. suka tido lam kuliah. selalu kena pegang jawatan yg maha bnyk. ok...bnyk la sngt. ehhhhh!! jadi penolong bnyk kot keje. aku suka cakap. aku spesis mesra alam, mesra pengguna dan pelbagai lagi kad mesra. hikhik. aku ketegori manusia yg boleh lah kata kanak2 ribena.

~Dia......seorang budak yang suka stadi smpi muntah. siyes muntah betul2. bukan muntah main2 ok. x suka jalan2. asik2 blaja. result kemain lagi kau. x suka bergaul. x suka bersosial. x suka jalan2. x suka pegang jawatan langsung. x reti nak bermesra alam apatah lagi nak kad mesra petronas. huahua. boleh dalam ketegori budak-skema-dan-tak-reti-bersosial. asal aku datang kacau je stadi, aku dtang je stadi. bile aku blah x stadi pulak kan....(yg ini aku reka)....kehkeh

Zaman konon rasa dah besar masuk universiti...
~Aku.....ttansformasi yang maha hebat sedang berlaku. jadi semakin pasif. satu peningkatan ye. x nak pegang satu jawatan even ketua nak siapkan assigment. mmg kepasifan semakin menebal. dah x reti nak mesra2 alam atau buat muka manis. da x suka jalan2. lagi memerap kat bilik lagi bagus. yep...semakin negatif. 

~Dia...amboiii kemainn kau nyahhh. sibuk memanjang. asal aku tepon sibok. asal nak skaipe keje. asal aku nak masg outstation. macam yb cherating pulakkk dah. sibuk saje. slalu jalan2 konon2 nak lepaskan tensen. hahaha. ckp je la kau yang jeles kan jannah.

Transformer....
~bertukarrrr!!! macm cite katun pulak ye dak. somehow bila aku toleh belakang. aku tgk balik siapa aku yang dulu. lain. aku bukan aku yang sekarang. perasaan satu malam bila duduk di tangga kmph buat hidup dan cara aku berfikir lain. masalah yang tengaku hadapi pada masa itu yang membuatkan aku jadi begini. aku terlalu melindungi diri sendiri. sebab x nak sakit macam dulu, aku ubah diri tanpa sedar. sebab aku x nak rasa kesakitan itu lagi. walaupun aku sedar, ini bukan cara nak hadapi. that things change my whole life perception....

~tapi cha buat aku sedar, even aku dah x macam dulu. suka bersosial. suka handle event or what so ever. aku belajar menda baru. aku da start berbisnes. sesuatu yg aku x jangka aku akan cuba. aku x suka bisnes tapi sebab minat aku menjahit. semua bertukar. yeap...i'm trying to get the real me....make me realise...

V

V

V

 V

Identiti...
~ bila cakap pasal aku. aku ada banyk identiti. bukan maksud dye aku neh saiko. kejao gila kejap normal. bukan!!. bak kata lecture antropologi paling comel kat dunia "when you have different identities doesn't mean your are insane but it's about how you behave at certain situation". yup again setuju. bagaimana awak bersikap jika dalam kelas?? mesti jadik budak berjuruhhhh, skema, serious kan. kalau awak dalam kalagan kawan2?? mesti awak nak gelak2. kalau awak pergi konsert?? mstilah nak nyanyi2 kan. kalau awak jadi seorang "gila' semasa di konsert adakah bermaksud awak seorang yang jahat??? bila awak berperangai baik semasa di sekolah adakah bermakna awak baik???

The Real Me...
~aku x nafikan. sejak aku beljar sains sosial. cara kau berfikir lain. cara aku pandang sesuatu perkara pun lain. tapi alhamdulilah, aku masih ada support group. aku masih ada panduan untuk berfikir. meskipun agak serabai aku dengn segala isme barat. aku bukan perempuan yang senyap. aku juga bukan jenis terima dan telan. aku bukan jenis fanatik melulu. aku lebih suka berfikir cara aku. biarpun ada yang suap aku untuk aku jadi begini dan begitu. tapi aku masih lagi aku. aku yg memilih. untuk jadi siapa aku. aku sngt x suka bila org cakap..."perempuan mesti camni...bla2...bla2" ..... "laki mesti camni...bla2...bla2"....tipikal

Different me...
~kalau tengok fb, twitter, tumblr, blog aku. masih lagi ditapis. sebab aku juga sedar apa yg aku tulis, share, twet, blog akan dipertanggunjawabkan. friend n follower yang berbagai jenis dan ragam. aku mesti hati2. hanya di skaipe saja aku agak 'jahat'. kerana disitu hanya ada kwn2 aku yg rapat. it like my personal area. walaupun x personal sngt. disitu ada kawan yang memahami siapa aku. di sebalik labuhnya tudung aku. disebalik senyapnya aku di kalayak ramai. disebalik kepatuhan aku pada badan tertentu. disebalik tangisan aku. meraka itu yg mengerti aku. aku rasa bebas nak lontarkan apa yang aku rasa. sebab aku tahu. aku ada meraka2 yg memahami aku untuk betulkan aku. aku juga ada kelemahan. krana aku pendosa. yang selalu berdosa. yang tak terlepas dari dosa.





~aku dah penat puaskan hati org. jadi aku hanya puaskan Dia. dan aku x kisah org cakap aku apa. kerana aku dah lali. layan jap video panas!!!!





Ulasan