Qalbun Salim




~ dah lama aku x blogging kan. macam la penting sangt bloging aku kan. skill nak tahan mata petang2. dugaan weh petang yg ujan neh. oppa tanye asal x mengarut kat blog. jawapan nya sibuk. konon alasan. there something nak tulis. tapi tahan diri. kang terkeluar tah pape. tapi yang neh aku nak citer. dah berapa lama aku peram. maap lah ayat yang santai gila tahap gaban. kalau masuk exam kantoi gila sepoloh kali kena repeat.

*petang td x jd nak tulis aku bia je laptop neh...smbung pulak malam*

~ini dah cerita malam. aku nak buat pengakuan. aku nak mintak ampun kat BRC sebab x mampu nak gi open day. aku terpaksa belot sebab gi Cempaka. ngehngeh. dah sape suh Sucie buat aktiviti yg aku suke. kan da terpaksa belot. disebabkan bunyi2 yg buat aku stress. aku lari. siyes aku stress ngan bunyi2 itu. aku x suka lah. dah la sbelah je. bunyi yang terhasil sngt jelas ye. balik dari Cempaka okey sikit aku rasa. jiwa nie kosong nak makanan lah. asik isi perot. mane x besar. yang jiwa x isi plak. apekahhh??

Qalbun salim...
~entah kenapa lah aku nak buat tajuk entry ini begini kan. maksudnya hati yang tenang. macam nama madrasah lam cite 7 petala cinta buta pulak. opsss. sebab dari petang tadi aku cuba menulis sesuatu. tapi macam stuck. lekat. jam otak. x lepas. ade sesuatu nak tulis. tapi aku cuba tahan dari tulis perkara yang x pekdah. kak ude suh tulis pasal bulatan gembira ke, islam ke, tazkirah ke baru dapat pahala. hemmm, nak cakap aku bnyk ilmu agama nak share x de la sngt. tapi kalau apa yg berlaku lam idop ak, aku cuba terjemahkan ke arah yang baik. mungkin boleh kan...

Tali atau rope...
~entah kenapa ayat ini selalu aku fikir2....

situasi di sungai deras. di depan mata-- manusia lemas.
kau boleh hulur segala jenis kayu dan pelampung.
kalau tidak disambut kembali--
bermakna dia memilih mati.
dia memang tak mahu ditolong.

kita takkan mampu selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan.

bagilah alasan apa.
tak mahu kawan kita makin hanyut bergelumang dosa.
tak sanggup kekasih berterus dengan dadahnya.
tak kudrat pandang ayah mabuk setiap masa.
tak ingin lihat saudara tetap tak beragama.

kau seret dia balik,
kau bilas dengan 77 air kolah masjid,
kau jemur dia di puncak bukit--

selagi dia tak mahu dibantu;
dia TETAP tak mahu dibantu.

pertolongan--
wahai sekalian manusia--
datang dari DIRI kita sendiri.

maka berhenti jadi pahlawan.
orang--
kalau tak mahu ditolong--
akan melawan.

kredit : kak fynn jamal

~ianya. aku setuju sngt dengan kata2 ini. pertolongan untuk berubah datangya dari Allah dan diri kita sendiri. kalau  mmg dah bnyk alasan. kita sendiri x boleh nak tolong. orang itu memilih kan. orang dah beria nak suh kau pakai tudung tapi alasan nya.

kalau pakai tudung buat jahat, baik x payah

kalau pakai tudung tapi x  ikhlas baik x payah

kalau pakai tudung sebab mak ayah paksa baik x payah

kalau pakai tudung tapi nak pakai lawa2 buat apa

amboiii....
~bnyk betul ye kalau2 kan. tapi kan kalau mmg Allah dah bagi ruang untuk kita berubah. Allah dah kasi kawan2 yang baik untuk support anda. Mak ayah pun doakan anda. tapi kalau anda mmg memilih jalan lain. apekahh??? tapi jangan sampai kita jadi org seperti di bawah ini. nauzubillah....

dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang karena bencinya (Al-Isra : 46)

Tahukah anda...
~ada juga orang yang dalam proses memikir. proses ini adalah dimana ya seseorang itu nak berubah ya saudara saudari. hikhik. apekah ayat berita neh. tatkala hati nak berubah. mencari2 masa sesuai untuk berubah. mencari kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. tatkala itu pelbagai perkara muncul. apakah persepsi orang nanti. bagaimana cara untuk berubah. mampukah aku untuk bertahan di jalan ini. berjuta2 tanggapan muncul.

Qalbun yang lemah...
~tetibe nak campo arab n bm an. hehehe. yeppp, aku pernah rasa. minta dikuatkan hati. mengharap ada yang mendorong. dan kawan adalah harapan untuk aku sentiasa diingatkan. sebab aku baru bertatih. aku masih lemah. berdiri dengan kaki yang terketar2. mengharap ada yang menghulur tongkat aku terus berjalan. dan akhirnya aku cukup gagah untuk berjalan sendiri. tatkala aku sudah mampu berlari. aku sentiasa seiringan dengan rakan yang membantu aku satu ketika dulu.

Qalbun yang kacau..
~kawan2 selalu tnya. kenapa aku selalau menagis. dah macam hobi tahu. smpi naik muak kawan2 tgk. tapi there are certain people know why my hobby is crying. mereka2 itulah yang memapah aku satu ketika dulu. yang meminjamkan bahu mereka untuk aku menangis. yang selalu tahu galaunya hati aku. aku pujuk hati. menangislah tapi jangan putus harapan. sebab aku memang manusia berdosa.

Qalbun yang gagah...
~buat sahabat yang kuat. bantulah mereka ini. aku pernah merasa. yang aku harap dorongan. bukan ejekan, makian, hilaian hatta mahupun diperlekeh. sebab itu aku x suka memaksa seseorang untuk berubah drastik. iyaaa, hijrah itu payah. menjanjikan selautan airmata. aku merasa itu. tetapi bantu mereka merasai manis nya iman seperti kalian rasai. jadikan diri anda sebaik2 contoh buat mereka. kerana mereka belajar dari mata dan fikir. bukan dengar dan telan saja. bantulah mereka yang dalam proses memikir ini. ajarlah mereka dalam diam. dengan akhlak kamu itu.

aku akui, aku bukan sebaik2 contoh. tatkala aku selalu melihat sekeliling aku. mereka lebih baik dari. sungguh aku cemburu. kenapa aku x jadi seperti mereka. kenapa??. dan aku akui juga, tatkala kadang kala aku tersasar. sekali lagi rakan. bantulah aku. sedar kan lah aku. iyaaa, aku kasar. bahasa aku kadang kala juga mengguris. sekali lagi, sedarkan lah aku. sebaik2 balasan buat rakan hanya Allah saja mampu balas.


p/s: semakin mengarut di twitter....post pon mende x penting =="

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Tu lah, lama tak nampak...semoga sihat2 je lah ye.

    BalasPadam
  2. Salam.. nice entry jannah.. =) take care. i love u <3

    BalasPadam

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD