Langkau ke kandungan utama

sahabat dan tasik...


~aku x tahu lah aku neh manusia ke ape. malam je payah nak tido. bila dah cerah langit baru mengantuk. penat lawan rasa mengantuk tetiap pagi sebab nak pegi kuliah. hrmmmm....*ayatputusasa*

Ceritanya...

~makan tengah hari di Student Pavilion. nama pon canggeh bagai dah kan. tempatnya cantik. aku suka. nmpk tasik. angin yang damai. rasa nak makan hari2 kat situ. tapi jauh. pegi lapa. balik pon lapa. jadi hujung mggu je melepak kat situ. makan dengan sahabat seorang. usai makan beli wafer. aku beli coklat dan dia kaya. melepak kat tepi tasik smbil mengacau ikan2....

Ikan pon bijak...
~tatkala duduk kat tepi tasik. rutin untuk cubit sedikit2 wafer. baling kepada ikan. seronok bila tenggok ikan makan. datang dekat2. ikan besar2. besar lengan pulak tu. kalau masak cukup serumah tau. tatkala sahabat dengan idea gila. mengambil payung untuk tangkap ikan. gila kan. aku gelakk je lah. bukak je payung ikan hilang. bijakkk ye. aku cuba mengumpan dengan sedikit wafer. x datang juga. tutup payung. muncul pulak ikan2 tu kan. bukak payung.ikan hilang. umpan dengan wafer. x datang jugak. tutup payung. datangg!!!!. mampu gelak macam orang gila.....

Masa dan dewasa...
~aku duduk. menjulurkan kaki.melihat tasik. water tower. bas universiti yang lalu lalang. kolej2 kediaman. semacam x percaya. aku dah di universiti. smapi di sini sudah. terkenang zaman tadika, sekolah, matrik. jauh perjalanan. pengalaman yang dikutip. membentuk apa yang aku percaya sekarang. di bumi sarawak. jauh sangat dari pahang....hrmmm....jauh sangatt...

Percaya dan patah hati...
~shabat tanya.." jannah, apa yang ko akan buat bila patah hati dengan manusia?". aku pandang ikan. kalau patah hati dengan ikan macam mana?? makan je la ikan tu. tapi dengan manusia?? aku katakan 

"setiap kali aku beri kepercayaan atau rasa sayang kepada seseorang, aku akan letakkan sekali yang aku akan kecewa dengan seseorang itu. sebab orang itu adalah manusia juga. aku akan sayang dan sanjung seseorang itu seadanya. tatkala jika meraka buat silap. InsyaAllah, x kan patah hati yang keterlauan. manusia biasa nak x nak akan buat silap jua. mereka manusia biasa yang selalu belajar dari kesilapan. mereka juga berhak untuk peluang kedua."

~aku ceritakan juga mimpi yang membentuk aku percaya sebegini. sungguhh. hanya kerana mimpi ini yang membentuk aku. satu mimpi yang mengajar aku mengenai sayang dan cinta manusia.

Untuk atau Bersama...
~aku kagum dengan sahabat. dia sangat berdikari. mungkin dia sulung. dia rasa patut menjadi contoh buat adik2 nya. dan mungkin kerana sulung nya dia dia agak panas baran. tatkala berkerja dia mahukan yang terbaik. semuanya harus ikut jadual. mengguris juga kadang kala. aku cuba fahami dia.

aku : kau lebih suka "BERKERJA UNTUK RAKYAT" atau "BEKERJA BERSAMA RAKYAT"?
dia : mestilah bersama.
aku ; kenapa??
dia : kalau untuk macam kerja sensorag je. beban kerja atas bahu seorang saja. kalau bersama bekerja beramai2. x lah beban. idea lebih bnyk.
aku : kalau kerja bersama kena perlukan apa??
dia : kerjasama, x marah2, memahami dan sebagainya lah.
aku : dah tu kau rasa nak pilih yang mana?
dia : ok finelah....aku try ubahlah...hehehe...
aku :pandai pon...tu pasal masuk u kan...muehehehe ^^,

~tatkala dengan shabat ini aku guna pendekatan lain. aku tahu. tiada guna aku bertekak dengan dia. keras orangnya. aku jawab soalan dengan soalan. terasa dingin angin tasik. melambai tudung. damainya. kalau lah boleh rasa begini hari2 kan...

Kualiti atau Kuantiti...
~ dalam sunyi nya tasik. melihat beberapa orang cuba memancing ikan hanya dengan tali pancing dan umpan. macam tiada hasil. ikan di tasik universiti sudah pandai aku fikir. geli hati juga bila fikir. tiba2 terkeluar ayat...

"bagi orang islam kita tidak takut akan kematian. sebab kita percaya adanya alam yang lain yang lebih menguntungkan. yang lbih indah dari dunia. tetapi ada juga yang takut mati kerana mereka tahu. amalan mereka x banyak. mereka tahu bekalan mereka x cukup bnyk untuk membawa mereka ke syurga. ada juga yang lebih cintakan dunia. sebab itu mereka takut. tapi sebagai manusia kita perlu usaha mengumpul bekalan. bukan hanya sekadar bnyknya kuantiti amalan yang dibuat. tapi kualiti itu yang dilihat Allah. biarlah kita mati dalam keadaan mencuba mencari untuk redha-Nya dari langsung putus asa mecari redha-Nya"

~sahabat mengiyakan. aku terdiam. serasa aku kerdil....

Puas atau Keperluan...
~tatkala bosan. aku meminta handset nya. baru lagi. terkejut aku. serasa aku dia ada hendset satu lagi. aku tnaya mana pergi. dia cakap nak bagi adik sebab berjaya dalam debat. dia dah janji. ok lah. aku belek2 handsetnya. cntik. jenis lipat. aku tengok handset sendiri. jenis lama. dah bercalar2. berapa kali mati lemas aku tataw. nasib idop balik. kalau jatuh berderai tuh dah tiap2 hari. sejak akhir2 neh buat masalah. org tepon x denga. alarm x bunyik. tapi kadang2 je bermaslah. terdetik nak beli juga. ibu pernah tnya aku nak handset baru ke? aku tnya bajet ibu. ibu cakap 200. aku cakap x payah lah. aku bukan nak minta lebih. tapi bagi aku kalau nak beli baru, baik beli yang bagus terus. dan aku masih pakai yang sama. sebab aku nak kan sesuatu yang lebih besar. DSLR. itu matlamat aku.


tumpang tanya : korang kalau rasa nak deman korang teros makan ubat atau tggu antibodi bertindak dulu, kalau x jalan baru makan ubat. korang wat yang mane?

Ulasan