pagi sabtu yang bisu....


~aku suka bila buka laptop keluar macam neh. kosong je. x bnyk mende. senang mata memandang. x serabut2.....wahhh!!! terasa senang je hidup.... ^^,



~ tapi hakikat sebenarnya begini, hidup manusia. tanggungjawab sebagai hambaNya, seorang anak, seorang pelajar. aku x boleh lari dari semua neh..... doakan aku tabah....walaupun aku agak srabut dengan nota melekatnya segala...tapi aku harus hadapi.....^^,




*nak clearkan semua barang kat dekstop dan hilangkan nota melekat sekejap boleh*.....bajet2 macam x de keje kan....



p/s: tadi x buat usrah sebab rumate balik, tapi buat tazkirah jumaat sebelum dia blik....same je kan usrah n tazkirah....ilmu....kehkeh...=)

satu malam satu usrah....


~saya kembali nak membebel!!!! huahua. ehem2. tuka2. aku dah kembli nak membebel!!! ade beza eyh saya dengan aku?? *soklan mintak penampa*

USRAH....
~aku x nak la citer ape mende usrah tu. yg aku nak citer neh pasal rumate aku. hehehe. kalau dye bace blog aku mesti dye buat muke "jaik". hahaha. rumate aku aku panggil "orang"...sila dengarkan dialong kami seharian...

aku : orag!!! orang da balik kuliah?? cepat nye orang...
dia : orang tadi ada kelas tapi tiba2 batal.orang balik la awal. orang ade kelas x??
aku : orang da abes kelas dah. orang dah makan???
dia : orang dah makan. kenyang dah....orang jeles kan??
aku : ha'ah, org jeles gile ngan orang....."muka jaik"....:P

~serius aku x lah berapa nak baik. macam orang biasa2 je. just aku follow usrah je. kalau follow usrah baik ke?? hehehe. bukan lah. ayat dye camni "dah tahu tahu x brape nak baik so join la usrah"....hehehe...

~aku x tahu kenapa rumate aku selalu dok mintak tetiap malam perkara neh "jannah!!! cepatlah usrah malam ne apa dye?"...erkkk??? terkesima aku...garu2 kepala...tarik2 rambut...hermmmm...bukak SOLUSI....x tahu nak cakap apa.....capai Al-Quran...belek2 penanda....okayyy!!! jumpa...


Jika kamu menolong agama Allah maka Allah akan menolong kamu dan meninggikan martabat kamu
(Muhammad, 7)

~ buatlah baik keran Allah pasti akan membalas yang baik. cuba mendefinasikan menolong agama. hurmmm. mencegah maksiat. membantu orang. sedekah. bnyakkkkkkkk lagi!!!!. hasilnya....pahala, syurga, keredhaanya, martabat yang terpuji...dan bnyakkkkkk lagii!!!!

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakn sesuatu yang tidak kamu lakukan?
(As-Saff, 2)

~ayat ini selalu buat aku sedih. tatkala aku takut juga nak cakap2 tapi amalanya kosong. takut2 apa yang terkeluar dari mulut x sama dengan zahir amalan. akhir2 nanti aku yang dipersoalkan. takut. saling mengingati sesama kawan.

Layannn!!!!
~jom tengok video neh!!! comel, bersemagat...... Allah selalu sayangkan umatnya :))

https://www.facebook.com/photo.php?v=350570264979121 


~esok nak buat tajuk usrah apa ehhh???

kaki novel, tangan novel, mata novel...semua novel kah??


~pagiiii semua!!! paksa mata pejam tanak. tensen jugak dengan insomnia neh. bila masuk kuliah nak pejam pulakk. fineee lah, meh aku nak cerita. novel2 aku baru baca. wuwuwuwwu~~~ sonok beb!!! ^^,

Denyut Kasih Medik.....



~novel di pinjam dari member. aku bace satu hari je. dalam 4 jam je. huahua. laju je aku bacakan. dalam erti kata lain. jalan cerita senang difahami. direct. x payah nak fikir bagai. baca dan aplikasikan. kisah seorang doktor pelatih yang berusaha menyebarkan dakwah dalam dunia perubatan. hanya buat kita berfikir sahaja. jika kita diberi dugaan sakit adakah mampu kita tunaikan solat, jaga aurat di hospital?? tepuk dada tanya iman.

Hero...


~yang novel neh tebal sikit. aku baca dalam dua hari jugak lah. sebab apa?? jalan cerita dia agak complicated sikit. bnyk twist2 sikit. kena berfikir. apa yang aku mampu katakan IMPRESSED!!. tersangat menarik. aku bnayk berimaginasi dalam novel ini. membayangkan sut HERO yang aku fikir macam IRON MAN. kota angsana di malaysia?? maksud aku cuaca. entah kena aku bayangkan luar negara. wahhh!! kalau ada kota angsana aku nak duduk awal2 kat situ. menara keimanan, takwa mall...ya allah seronoknya. semua berdasarkan islam. x de campur2. semacam eksaited pulak aku kan. muehehe. 

~dalam bnyk2 part aku snagt tersentuh dengan part Akuma di peluk Mr Umayer. siyesss aku menangis masa tuh. entah rasa besarnya nilai sebuah kemaafan. sedangkan Akuma yang aku fikir saikoo gila tersangat kejam. Mr Umayer mampu memberi sebuah kemaafan. Ya Allah, akhlak ini yang diajar Rasulullah. Siapalah aku??

Kutemu Cinta-Nya


~novel ini juga agak nipis. dalam 4 jam juga baca. ceritanya agak santai. menarik sngat. ending yang aku suka. pengalaman seorang lelaki yang mencari penawar untuk penyakitnya. membawanya bertemu guru silat, bomoh dan sebaginya. pemikiran orang melayu yang berkitan saka, badi dan sebaginya. akhirnya membawa lelaki tersebut mengenali cinta Allah. mengutarakan fikah perubatan yang santai. seronok. bila baca bukan sekadar baca. dapat ilmu juga. buat aku berfikir cerita2 hantu zaman asrama. aku percaya kewujudan mahkluk lain tetapi aku juga percaya semua berlaku atas kehendakNya. 


Novel cinta...
~secara jujur aku bukan kaki novel. bukan jenis baca novel dan kumpul novel. hanya satu novel cinta aku pernah baca. Carl Zafran dan Nurul Iman. itu sahaja. konon2 nak cuba membaca. tapi ternyata bukan jenis aku. langsung aku berhenti.  tapi sedar x, banyak novel yang ada semuanya pasal cinta. cinta dunia yang menipu. bahawa cinta dunia yang manis sahaja. aku bila bercakap pasal cinta aku lebih kepada rasinonal. BE ON EARTH!! sedar realiti dunia, bukan hanya manis sahaja. hakikat bercinta denga manusia kan ada pahit juga. cintai manusia kerana ingin memimpin tangan nya ke syurga bersama kita.

*pause*------> emosional sebentar bersama kit kat =,='

Buku...
~aku memilih dalam membaca. YOU ARE WHAT YOU READ. apa yang aku baca itulah aku. aku baca novel juga. aku baca novel thriller. Ramlie Awang Mursyid. hanya itu kot novel aku mampu terima. kadang kala aku baca juga bacaan yang berat. bacaan yang berat kadang kala sukar terima. tapi aku fikir sampi bila aku nak berada takuk lama dan mengatakan pada diri sendiri yang aku masih mentah untuh terima hakikat dunia yang mencabar. sungguh aku sukakan buku. kalau aku nak kawin boleh x aku nak minta hantaran 10 dulang hantaran dan semua dulang itu dalah buku?? hahaha. agak melampau ye.

Rindu...
~zaman sekola aku ada habit. aku selalu baca buku sebelum tidur. lampu bilik wajib tutup pukul 11 malam. tapi mata x nak tutup. hanya dengan lampu dari luar aku membaca. aku tidur dengan buku. tapi bukan buku teks. siyess buku tekss bosan. aku x bnyk beli buku. aku banyak pinjam buku darp library. muka neh yang tercegat kat library, muka neh jugak selalu kena denda lambat pulangkan buku. aku bawa habit smpi form 5. hasilnya aku bercermin mata. rasakann!!!. baca sngat dalam gelap. aku rindu time2 begitu. ada masa. masuk matrik dah hilang. dengan tidur lambat. keja melambak. stress memanjang. habit aku hilang. masuk u lagi hilang habit...aku rindu aku dulu yang selalu membaca =,="

Novel dan Ilmu...
~aku x menolak novel 100%. yang aku cari novel yang berilmu. bukan sekadar mainan perasaan indah cinta sahaja. aku sangat suka hasil novel Fatimah Syarha, Dr Farhan, Hilal Asraf, Ramlie Awang Mursyid. dalam membaca tetap ada ilmu. ilmu yang dibawa santai. dalam aku membaca aku nilai dahulu siapa penulisnya. manusia kalau nak tipu orang senag je. yang penting baca dengan akal dan iman. dan aku sangt x faham kenapa manusia perlu disamakan dengan beruk.....*mood x puas hati dengan antropologi* tahulah secara DNA 97% sama tapi akal tu sama x??

p/s:kalau nak bagi hadiah kat saya, x kira lah besday ke, kawin ke, atau sesaje ke...sila hadiahkan buku boley?? wakakaka...x salah kan meminta hadiahkan?? wakakaka =,="

sahabat dan tasik...


~aku x tahu lah aku neh manusia ke ape. malam je payah nak tido. bila dah cerah langit baru mengantuk. penat lawan rasa mengantuk tetiap pagi sebab nak pegi kuliah. hrmmmm....*ayatputusasa*

Ceritanya...

~makan tengah hari di Student Pavilion. nama pon canggeh bagai dah kan. tempatnya cantik. aku suka. nmpk tasik. angin yang damai. rasa nak makan hari2 kat situ. tapi jauh. pegi lapa. balik pon lapa. jadi hujung mggu je melepak kat situ. makan dengan sahabat seorang. usai makan beli wafer. aku beli coklat dan dia kaya. melepak kat tepi tasik smbil mengacau ikan2....

Ikan pon bijak...
~tatkala duduk kat tepi tasik. rutin untuk cubit sedikit2 wafer. baling kepada ikan. seronok bila tenggok ikan makan. datang dekat2. ikan besar2. besar lengan pulak tu. kalau masak cukup serumah tau. tatkala sahabat dengan idea gila. mengambil payung untuk tangkap ikan. gila kan. aku gelakk je lah. bukak je payung ikan hilang. bijakkk ye. aku cuba mengumpan dengan sedikit wafer. x datang juga. tutup payung. muncul pulak ikan2 tu kan. bukak payung.ikan hilang. umpan dengan wafer. x datang jugak. tutup payung. datangg!!!!. mampu gelak macam orang gila.....

Masa dan dewasa...
~aku duduk. menjulurkan kaki.melihat tasik. water tower. bas universiti yang lalu lalang. kolej2 kediaman. semacam x percaya. aku dah di universiti. smapi di sini sudah. terkenang zaman tadika, sekolah, matrik. jauh perjalanan. pengalaman yang dikutip. membentuk apa yang aku percaya sekarang. di bumi sarawak. jauh sangat dari pahang....hrmmm....jauh sangatt...

Percaya dan patah hati...
~shabat tanya.." jannah, apa yang ko akan buat bila patah hati dengan manusia?". aku pandang ikan. kalau patah hati dengan ikan macam mana?? makan je la ikan tu. tapi dengan manusia?? aku katakan 

"setiap kali aku beri kepercayaan atau rasa sayang kepada seseorang, aku akan letakkan sekali yang aku akan kecewa dengan seseorang itu. sebab orang itu adalah manusia juga. aku akan sayang dan sanjung seseorang itu seadanya. tatkala jika meraka buat silap. InsyaAllah, x kan patah hati yang keterlauan. manusia biasa nak x nak akan buat silap jua. mereka manusia biasa yang selalu belajar dari kesilapan. mereka juga berhak untuk peluang kedua."

~aku ceritakan juga mimpi yang membentuk aku percaya sebegini. sungguhh. hanya kerana mimpi ini yang membentuk aku. satu mimpi yang mengajar aku mengenai sayang dan cinta manusia.

Untuk atau Bersama...
~aku kagum dengan sahabat. dia sangat berdikari. mungkin dia sulung. dia rasa patut menjadi contoh buat adik2 nya. dan mungkin kerana sulung nya dia dia agak panas baran. tatkala berkerja dia mahukan yang terbaik. semuanya harus ikut jadual. mengguris juga kadang kala. aku cuba fahami dia.

aku : kau lebih suka "BERKERJA UNTUK RAKYAT" atau "BEKERJA BERSAMA RAKYAT"?
dia : mestilah bersama.
aku ; kenapa??
dia : kalau untuk macam kerja sensorag je. beban kerja atas bahu seorang saja. kalau bersama bekerja beramai2. x lah beban. idea lebih bnyk.
aku : kalau kerja bersama kena perlukan apa??
dia : kerjasama, x marah2, memahami dan sebagainya lah.
aku : dah tu kau rasa nak pilih yang mana?
dia : ok finelah....aku try ubahlah...hehehe...
aku :pandai pon...tu pasal masuk u kan...muehehehe ^^,

~tatkala dengan shabat ini aku guna pendekatan lain. aku tahu. tiada guna aku bertekak dengan dia. keras orangnya. aku jawab soalan dengan soalan. terasa dingin angin tasik. melambai tudung. damainya. kalau lah boleh rasa begini hari2 kan...

Kualiti atau Kuantiti...
~ dalam sunyi nya tasik. melihat beberapa orang cuba memancing ikan hanya dengan tali pancing dan umpan. macam tiada hasil. ikan di tasik universiti sudah pandai aku fikir. geli hati juga bila fikir. tiba2 terkeluar ayat...

"bagi orang islam kita tidak takut akan kematian. sebab kita percaya adanya alam yang lain yang lebih menguntungkan. yang lbih indah dari dunia. tetapi ada juga yang takut mati kerana mereka tahu. amalan mereka x banyak. mereka tahu bekalan mereka x cukup bnyk untuk membawa mereka ke syurga. ada juga yang lebih cintakan dunia. sebab itu mereka takut. tapi sebagai manusia kita perlu usaha mengumpul bekalan. bukan hanya sekadar bnyknya kuantiti amalan yang dibuat. tapi kualiti itu yang dilihat Allah. biarlah kita mati dalam keadaan mencuba mencari untuk redha-Nya dari langsung putus asa mecari redha-Nya"

~sahabat mengiyakan. aku terdiam. serasa aku kerdil....

Puas atau Keperluan...
~tatkala bosan. aku meminta handset nya. baru lagi. terkejut aku. serasa aku dia ada hendset satu lagi. aku tnaya mana pergi. dia cakap nak bagi adik sebab berjaya dalam debat. dia dah janji. ok lah. aku belek2 handsetnya. cntik. jenis lipat. aku tengok handset sendiri. jenis lama. dah bercalar2. berapa kali mati lemas aku tataw. nasib idop balik. kalau jatuh berderai tuh dah tiap2 hari. sejak akhir2 neh buat masalah. org tepon x denga. alarm x bunyik. tapi kadang2 je bermaslah. terdetik nak beli juga. ibu pernah tnya aku nak handset baru ke? aku tnya bajet ibu. ibu cakap 200. aku cakap x payah lah. aku bukan nak minta lebih. tapi bagi aku kalau nak beli baru, baik beli yang bagus terus. dan aku masih pakai yang sama. sebab aku nak kan sesuatu yang lebih besar. DSLR. itu matlamat aku.


tumpang tanya : korang kalau rasa nak deman korang teros makan ubat atau tggu antibodi bertindak dulu, kalau x jalan baru makan ubat. korang wat yang mane?

1st Giveaway Forever Young By Nazihah Hsn


tembak sasaran di atas laju2 :))


Nady Cyiee
Kemmy
Salwa Rica
Fyra


*dah fikir nak design adiah ape dah nehhh :))

sayangggg awakkk sangatttt!!!


~ oyeahhhh...dah lama x bebel. dengarkan ya tuan2 da puan2. kihkih. entah kenapa malam neh aku agak gusarr. ececeyhhh. rasa dari petang td lg pon =,="

I LOVE YOU!!

~taw  x maksud ayat diatas?? saya SAYANGKAN awak. saya CINTAKAN awak. saya  KASIHKAN awak. macam2 persepsi maksud ble translet ke melayu kan. kalau cakap kat berlainan jantina orng akan faham maksud dia saya CINTAKAN awak. bila cakap kat sesame sejenis orang faham saya SAYANGKAN awak. betul x? ambil majoriti la kan. semua akan faham begini kan.


There you're darling! I LOVE YOU!!

~ayat neh pernah diucapkan seorang lecture lelaki kepada seorang pelajar perempuan di dalam kelas. depan mata akuu lagi tu. tetttt!!! tetiba semua gelak. aku salah satu insan yang menggelak macam hantu. dan lecture itu pun buatlah kenyataan seperti ini :

"i'm so sorry. saya selalu akan terkeluar ayat seperti ini. bukan maksud dia saya cintakan awak. saya ada isteri kot. tapi saya nak menyatakan saya menghargai usaha awak. kerana awak sanggup mencuba. kalau kita tengok di malaysia ianya bermakna lain. tapi bila saya belajar oversea dulu. ayat ini selalu digunakan untuk menghargai orang lain"

~nampak?? lain kan budaya. bukan nak cakap " kenapa lah kau nak bandingkan2 budaya malaysia dengan budaya barat?? bangga dengan negara sendiri sudahlah". oyeahhh!! aku x suka guna orang guna ayat ini sebagai "hujah". nmpk x berfikir. memang ada bnyk budaya. belajar je la. tapi bukan semua kena pakai. kena aplikasi.  agama tu yang kena pakai. kena aplikasi. faham?

*pause* -----> aku dah merapu

~aku selalu guna I LOVE YOU. kalau nak buat versi merosakkan bahasa jadi begini I LEBIU. hahaha. dengan kawan2 aku selalu guna. terutama bila selepas berjaya membodek kawan. wakakaka. kejam juga aku kan. tapi dengan kawan pompuan je ok. dengan laki aku jadik batu. kerasss je. aku cakap dengan family aku juga begitu. even dengan adik lelaki aku. mampus lah nak geli dengan akak sendiri pon kan. aku sebut jugak. kalau nak ekstrem sikit siap tambah 'muahhhhhh...muahhhhhh...muahhhhh' kau. berani x aku?? wakaka :P

KENAPA??

~sebab aku percaya. nak menghargai orang bukan hanya dengan perbuatan saja. aku belanje ko makan. aku kasi ko adiah. aku doakan yang terbaik buat kau. memang itu cara nya. tapi cara yang berkesan dengan luahkannya. katakanya supaya orang boleh mendengar. mungkin bagi lelaki susah nak luahkan. kalau sesama lelaki mesti ngat GAY!!. tetapi kalau lelaki ,baik luahkan kat perempuan yg tersayang. tahukan pompuan suke emotional stuff what so ever....

AMARAN KEPADA LELAKI : hanya katakan perkataan begitu pada perempuan yang anda sayang dan halal ok!!. saya tanak dosa free sebab suh cakap kat awkesss anda...lols

*stop* -----> again dah nak merapu

~masalahnya, ada rakan yang tegur aku "jannah!! ko ok x neh?" yeahhh!!! opkosss lah aku ok. ape masalah derrr? "kenape ko suke cakap LEBIU kat orng ar?. ko LES eh?" demmmmyuuu!!! kenyataan yang org selalu salah sangka ingat aku les. tah ke berapa puluh kali dah org cakap begitu. ok finelah. aku mungkin patut belajar....


x semua orang boleh terima LEBIU

~ mungkin aku patut guna, TERIMA KASIH or dalam bahasa yang merosakkan MAKASEH. like that?? nampak formal sgat. bagi aku LEBIU lbih mesra alam sikit kot. lagi rapat. tapi hakikatnya, x semua orang boleh terima. dan ada juga sesetengah kes yg pompuan uh plak syokkk kat aku. ok seram!! x lawak ok. nmpk nya aku kena berusaha buang tebiat neh!!