Langkau ke kandungan utama

cerita seorang gadis biasa....

 gadis itu seorang manusia biasa. hanya manusia biasa yang ingin menjadi manusia yang luar biasa di sisi penciptanya. dia dengan dunianya. kadang2 dia seorang. jalan yang di pilihnya terlalau berliku. kadang dia pun lelah. mahu rasa berputus asa. di pujuk hati kembali. menjadi luar biasa memang sukar. kerana dia yakin akan kebaikan yang terselindung di hijab mata.

dia pergi ke surau. jalanya laju. dah lambat. azan maghrib sudah berkumadang. semakin laju. masuk ke surau muslimah. hanya dia seorang saja. cepat di ambil wuduk. masih lagi makmum. seusai salam di akhir duduk. liar mata mecari. tiada apa2. hanya pandanagn kosong dia seorang. mengeluh sebentar. di capai Al-Quran milik surau. gara2 mahu cepat dia terlupa membawa naskahnya sendiri. di baca surah As-Sajadah. sebentar dia menagis. tangisan yang senyap. hanya airmata yang jatuh. basah helaian naskah. monolog dia seorang "jalan aku pilih ini terlalu sukar, kuatkan aku melalui jalan ini berseorangan".

malam esoknya dia pergi juga. begitu juga. masih dia seorang. mahu saja dia carik rakan seperjuangan di jalan berliku ini. tapi tiada jodohnya. dia kuatkan hati melalui jalan ini seoarang. yang ada hanya ada muslimat di ruagan mereka. dan gadis itu berseorangan di ruangan nya sendiri. di capai buku yang di bawa sendiri. di baca di hadam.

di surau itu dia mahu mencari ilmu. mahu menyertai usrah kerana dia tahu dia bukan gadis yang baik. dia tahu dia lemah. dengan ilmu dia menjadi kuat. dia lihat sekelompok muslimah berkumpul. tekun mendegar mutiar kata naqibah. dia pergi. cuba mencari ruang di dalam sesak. dia juga mendengar. sebentar dia ke tandas, rakanya memanggil dia ke kumpulan lain. dia terpinga-pinga. di situ dia mendegar juga tetapi mindanya serabut. kenapakah?? mahu saja gadis iu menangis lagi.

malam seterusnya dia pergi lagi. masih dia berseorangan. mahu saja di ajak rakanya.  tetapi dia tahu jika di paksa melakukan sesuatu pasti tidak akan ikhlas. dia sngt berharap rakannya akan membantu dia dalam lapangan ini. kali ini dia ada misi penting. ada perjumpaan ahli surau. di situ dia cuba mencari rakan. tetapi serasa seperti ada jurang. berbeza seperti yang lain. dia pujuk hati itu hanya mainan hati saja.dia tahu dia hanya gadis biasa. tidak di harap jawatan dalam organisasi itu. tetapi dia berharap ada tempat untuknya di rumah Allah itu. dia tahu tempat utuknya ada. tetapi kekuatan itu perlu dia suburkan.


dan malam seterusnya akan berlalau. menghrapkan kuatnya gadis itu melalui jalan itu. dia sering menagis. kerana dia seorang di jalan itu. mengharpkan semagtnya tidak pudar. biarpun dia seorang tetapi dia tahu dia bukan seorang.....

Ulasan

Catat Ulasan

Leave Your Comment