CONTEST: RAYA MERDEKA oleh LL


~haku tade lah berhajat nak upadte entry mlm neh...erkkk...pagi ye sbnrye...tapei kan ade seorang telah.....

V

V

V

V


~dengan sepantas siput raye aku telah menaip, menaip dan terus menjahit...erkkk MENAIP la...jom join reramai!!!!

sila tembak laju2 pada sasaran di atas...!!!

Dapat Topup Raye!!!


no1: topup RM 10 + special gift
                                                           no2: topup RM 5 + special gift
no3: Special gift.

topup cel/maxis/dg.....saya pakai celcom ok!!

Kekdah join.....

1. follow LL =) *wajib...
p/s: baru 2 ari lepas folo asenye...muhahaha



2.puasa 6 *sunat 
p/s: tnggu pose abis lu...huahua



3.buat 1 entry bertajuk
 "CONTEST: RAYA MERDEKA oleh LL"
-copy banner kat ats dan link pd entry LL ni
 
p/s: x caye ce try klik banner kat ats tuh...huahua



-ucapan raya dan merdeka anda (akan di bace, so xpyh pnjg2 sgt. )
p/s: wahai sekalian umat kawanku, reders ku, silent or not, heaters ku, lovers ku dan semuanya. short snd simple from me. kemaafan bukan sahaja semasa hari raya, merdeka bukan hanya  bebas penjajah di tampuk pemerintahan, semua bermula dari seketul darah yang letaknya di dada di beri nama hati. hati yang ikhlas sentiasa memaafkan. hati yang merdeka seniasa mengawal nafsu dan akal bukan dikawal oleh nafsu. Luv uolls fren bcoz of Allah...^,^


-tag rakan2 anda. *wajib utk tag sorg, die mesti taw.
p/s : erkk?? meh aku tag manusia dua org neh...akoo pae dan juga  Nadia Cyiee...tah nape ngigau aku tag manusia neh...huahua :)



5. tggl kan link di ruangan komen.





p/s: doakan tenet nekh laju supaya aku ley komen...harharhar....

~maap lah aku memang suka menjawab sikit ye LL...=,="



Travelog Ramadan

again n again. bila saat terakhir sebelum nak masuk universiti. mmg di bantai habis2an nak berblog segala kan. hehehe. Ramadhan smpi ke penghujung. aku?? aku tahu sendiri...huahua...

Cerita Hikayat Aku....
~sebelum ni aku ada ckp nak buku travelog ramadhan kan. siyess aku teringin smpi tulis kat blog. keciwa mase tuh sebab carik almost sume kedai. aku x jumpe. try beli online, tapi tahu pulakkan aku nak beli online. bank in segala kan. sekali kau penulis buku tersebut iaitu En. Syahrul Nizam komen blog aku. eksaited doploh empat saat tgk beliau komen....^,^


rase nak terbang doploh empat saat...hehe

~skodeng punya skodeng. rupanya beliau lecture kat UNIMAS. owh tidak!! eksaited boleh jumpa beliau. sebab saya akan blaja kat sane nanty. hehehe. tape En. Syahrul nanti ada kesempatan teringin nak jumpa...hehehe :). meskipun dah bnyk buku beliau tulis tapi ini first buku beliau saya baca. tape2 esok2 kita carik buku beliau yang lain pulak...


nampak x beliau adalah lecture kat UNIMAS...!!

~aku jumpa buku ne kat Norfa Bookstore kat kuantan. ak tanya lah pasal buku neh kat akak kedai tuh. then, dia cakap dah abis. luluh keciwa jantung ku. tiba2 kawan akak tuh cakap ade satu lagi. tibe sengih sampi telinga. dia amik stock last kat blakang. hahaha. nasib aku kaver nak melompat2 kan. huahuahua. aka kedai tu cakap "buku last ne memang tggu adik datang amik". gelak sekejap ak denga. aku percaya setiap kali aku beli buku aku cakap " Ya Allah, apa aku baca itulah aku. kau tunjukkanlah buku yang baik agar aku menjadi hambaMu yang baik". begitu juga kalau aku nak pinjam buku. doa ku agar tidak tersalah membaca buku...


gamba yg gelap sikit...ambik ngan webcam je....
~aku balik dari bandar dengan ude. kalau naik bas tuh adelah lam 1 jam 30 minit. dah nama bas. kejap2 berenti kan. eksaited punya pasal aku dok membaca dalam bas tuh. dah aku terbiasa membaca biarpon dalam kereta. mula2 agak pening tetapi bila da jadi tabiat. membaca kat mana2 pon x kisahkan. aku jenis membaca laju. bayangkan buku Trilogi Aku Terima Nikahnya yang tebal tuh boleh habiskan dalam seminggu. memang buku ini nipis tapi isinya padat. aku boleh habiskan setengah buku. tu pon aku baca slow2. nak digestkan satu persatu la kan. smpai rumah aku siap2 sume. mlm tuh jugak aku khatamkan buku tu. tersngt best smpi tido lambat....haha

Konklusi...
~buku neh jugak buat aku nages (erkkk...hobi ko kan nages). makes me thing a lot. uolss patot bace. nak aku cerita lebih2 kang jadi lain kan. hahaha. aku petik sedikit ayat dari buku ini...

"Jika saya dapat ber-Facebook sejam sehari, ini bermakna saya dapat membaca 2 juzuk al-Quran setiap hari dengan mudah. Setiap juz memerlukan 30 minit"
(Bab 18: Puasa Facebook, ms : 56)


"Blog List Lepak Bersama Muz"

~kala malam kian singkat. memaksa mata untuk celik semntara sahur, aku meyibok kan diri dengan al kesah blog. teringin nak kasi support pada blogger kegemaran aku. jom join reramai...


sila beraye ke rumah muz

~bila ku belek2 syarat permohonan segmen ini, tadeklah ketat sngat. tapi kan nak wat entry sal ape? ok la meh aku membebel. (sila amik kapas letak kat telinge kalau x tahan ok).

~first of all,blog neh sngt membantu aku, kerana apa? kerana aku neh dah la bengap sikit tang IT segala gadjet2 komputer segala neh. boley la membantu aku neh. siyes aku akan terjah setiap entry beliau.

~second, blognya sngtlah mesra readers. lajo je pon loading biarponn tenet cam siput.  x macam blog aku. berat nak mati. loading pon berjam segala.

~third, beliau rajin komen entry saya. hehehe. x kesah pon sbrnya sape nak komen blog saya cam cikai neh. cik anon pon nacrik gado pon saya alu2kan. trimas muz....

p/s: tiada unsur bodek membodek ok lam entry ne.....semua ikhlas dari aty yang kelabu asap neh...ececyhhh....





kaunselor cinta tidak bertauliah..

selamat pagi pukul 2.17 semua!!! aku gagahkan diri untuk menulis. tape2 demi kawan. selagi aku tak tulis aku x sedap aty. mengingatkan aku pada...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”
 
Story the mory...
~kawan ak kasi msg bertaip berikut....

Salam jannah, nk mintak pndpt ko ley? patut ke ak patahkan simkad no sblom ak ke ****** nanti?? ak x taw la,ak xnk khidupan kat mtrik lg..siyes kt matrik selalu rindu bagai nk giler ke ex ak, tiap mase ingat dye.. simkad ni bnyk kenangan sngt..nk patahkan syng, tp lau x patahkan,everytime every second,berharap dye msg or kol.. ko an selalu komen status ak pasal hal nie..buntu..


~memula sekali. aku mintak maap. coz ak x reply msg ko. siyess aku kering kedit mase tuh. second aku mintak maap lagi coz lmbat jawab soklan ko. soklan neh memaksa neuron otak aku berkerja keras setelah pasif selama 5 bulan la kot. third aku mintak maap lagi coz kalau pendapat aku neh x kena ngan pendapat ko. aku sebgai kawan cuba bagi nasihat yang terbaik untuk kau...

Analogikan seperti ini...
~zaman serba canggih manggih neh telah mewujudkan FACEBOOK (ayat skema tuh weh). adelah segelintir manusia yang KETAGIH nak beronline segala (aku penah masok ketegori ne kot). pantang free nak je hadap mende tuh. x engat dunia dah. BAYANGKAN, tiba2 manusia yang ketagih itu terpaksa pergi ke tempat yang TIDAK BOLEH online. tadek internet connnection, komputer pon tarak guna dah. APAKAH yang bakal dibuat oleh manusia itu??

JENIS A...
~x ralat sngat pon. ade tenet online lah puas2. tadek tenet buatlah keja lain.

JENIS B...
~sanggup bergolok gadai supaya dapat online jugak. tumpang orang ke. berenang ke. buat muke tebal pinjam broadband orang ke. padahal nak online fb je. gosip2 tah pape je.

Persoalannya ialah....

NAK PATAH SIMKAD KE TIDAK???

KALAU PATAHKAN....
~kalo jenis A, x ralat pon patahkan simkad tuh. tak carik balik nye laki tuh. x mengharap pon laki tuh tepon or kol segala.

~kalo jenis B, biarlah patahkan simkad tuh. tetap jugak nak laki tuh kol ko kan?. mase tuh mule la nyesal sebab patahkan simkad tuh. mula lah memaksa otak ingat balik no laki tuh or memang dah apal no tuh.mule la selongkar balik segla mende kat umah tuh sebab nak carik no laki tuh balikkan.

KALAU TAK PATAHKAN...
~kalo jenis A, x ralat pon. simkad tuh ade bnyk no kawan lain kan. boleh msg kwn2 len. kalo patahkan sian kat member lame2 nak kontek aku balikkan...

~kalo jenis B, stil mengharap, mengharap dan mengharap!!!.  bilalah si laki tuh nak kol aku ar??

KONKLUSI....
~tanya sama hati la. kalau jenis A, anda meang dah lupakan dia. terima seadanya bahawa dia bukan jodoh anda. life must go on. memang sakit ditingglkan tetapi anda belajar bahwa setiap yang berlaku ada hikmahnya...

~kalau jenis B, anda memang berharap dia akan jadi milik anda semula. sayang itu masih ada. anda x mampu nak carik penganti selain dari dia. kalau dah hati begini, apa pon x boleh tolong. ajar hati anda dahulu. rasional bahawa dia bukan jodoh anda. lepaskan si dia pergi...

BUAT SAHABAT....
~semua bermula dari hati. jika anda masih mengharap kan si dia. buatlah apa saja. patahkan simkad ke. bakar gamba dia ke. block fb dye ke. anda akan tetap cari dia semula. memang perbuatan itu nampak membantu tapi jauh di sudut hati anda, anda mengharap dia kemabli pada anda. lama2 jadi dendam, kerana hakikatnya dia x akan kembali pada anda semula. terimalah bahawa dia bukan untuk anda. lapangkan hati untuk terima takdir. memang perit, tetapi keperitan itu yang mengajar erti manisnya hidup....

  "Janganlah kamu terlalu menyayangi sesuatu, boleh jadi kelak kamu akan membencinya. Dan janganlah kamu membenci sesuatu, kerana boleh jadi kelak kamu akan menyayanginya..."
Sayang seadanya, bencilah seadanya.


p/s: ak harap ko x patahkan simkad uh. sebab ak tanak msg ko ngan no maxis. mahal kot. ak pakai celcom je (tibe2 sabit ke sini)....hehehe

bila kawan itu kawan...

~mood melayang 2 3 4 ari. siyes aku asik nak melalak je. ape ke hal sememe ngat ko ne ar?? aku neh kan gila kuiz. nah aku amik skali lagi. hahahaha



V

V

V

V

Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.
You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah

Careers for you to try: Psychic, Peace Corps Volunteer, Counselor


~haku pi gatai letak kat facebok. siap tang si cha lg. hahah. boleh kul 3 pagi buat mende alah ne kan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

~aku ke nih?..hahaha~www.blogthings.com
Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life. You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships. The purpose of your life: showing love to other people Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah Careers for you to try: Psychic, Pe...
about an hour ago · 
 ·  ·  · 
    • Ana Jannah Wan Amisha..aku ke nih weiii!! cam nipo je kuiz neh..ahksss
      about an hour ago · 
    • Wan Amisha you tend to live a quiet??????FITNAH!!!!!!!!H
      AHHAAHAHA
      about an hour ago · 
    • Ana Jannah muhahahaha..engko ne an..ade mkn nyepak ak kang...tp an aku SETIA tu weiii...ekekeek :P
      about an hour ago · 
    • Wan Amisha hahaha...cool..1 dlm 100000000 je ade setia2 neh..hahaha..ko pnyayang??hmm..ley la kerek2..haha
      about an hour ago · 
    • Ana Jannah muhahaha...ko kutuk ak laju je kan..hahaha..spiritual=pio
      us?? calm=pendiam?? erkkk??? describekan kat aku weii...hahahha
      about an hour ago · 
    • Wan Amisha mmg kat lua ko mcm taufan tsunami badai melanda je org nye,tp the tru kaler is ko tenang..ko tenang dealing with prob..ko xde la bile prob timbul,ko wawawawawawawa mngamok nanges slruh gambang dengar kn..ko take action in finest way..spiritual?da trang ag bersuluh dgn lmpu handpon aku la ko ni passionate org nye..sbut sal blog,fb, mjhit,mmg ko pulun abeh2..pious is another way to look deep inside of u miss tudung labuh .solusi girl..hehehehe..(aku ke ni??)haha
      57 minutes ago · 
    • Ana Jannah gila panjang ko describe weh...tapikan aku ade bace satu ayat...sentap mak nak aku bace....
      ~niqabkan hati dan tingkah lakumu sebagaimana kau meniqabkan tubuhmu....
      p/s:ko phm x perasaan ak bila bace ayat neh???
      47 minutes ago · 
    • Wan Amisha phm2..manusia x sempurna..tp jgn kite jd kan quote ni sbgai pghlg kite utk brubah..walaupn x drastik tp slow2 pn kite muving 2 change jgk kn..consistency...pktaan wow sket istiqamah..ley pnye ko sahut cbrn jd cm ayt kt atas 2..take time je..ko yg corak hidup ko..n aku yakin ko gune dakwat yg berkualiti..bkn yg cikai tgkap muat je..(aku kah ini??)
      42 minutes ago · 
    • Ana Jannah wakakaka...yg ko dok ulang ayat same pehal??? ko lah tu...nak aku describe ko plak ke?? muhahahaha...perghh!! dah kuar istilah pengajian syariah dye tuh...ahsksss....neh lg satu sebab nape aku suke melalak...sebab dakwat aku gune x berkualliti...beli kat paso malm jek..apehal =,="
      33 minutes ago · 
    • Wan Amisha haha..dkwt ko bkualiti..tp corak 2 yg xpdn dgn dkwat 2..ptot ko ley lukes pelangi,cupcake,corak kain langsir ko 2,tp pe yg ko wat dgn dkwat 2?ko p lukes awan mendung,kilat,tsunami,disa
      ster..ko kna kretif..ni idop ko..try live your life like you're dying..u wont put your life in a vain even a single second..n im sure u want to walk away this life one day with smile rite?not with tears...
      27 minutes ago · 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

~thanks fren. ko memang cukup kenali aku......^,^



  • .....Frends is about trusting each other....

bila orang muda pergi masjid....

salam 17 ramadhan semua. hari ini aku rasa nak membebel puas2. siapa yang alegik ngan bebelan. sila keluarlah sekarang. hahaha. ok fine. aku memang spesis manusia begini ok!.

Part One....
~aku da la spesis x reti bagun awal. tibe ayah cakap pi mesjid. tolong org masak. aku dengan sepantas cicak bersiap. tah mane handsock aku. tudung nye. stokin lagi. tu la kalo pompuan nak kuar umah kan. smapi sane dah lambat. ok fne!! amik part potong memotong. tapi aku neh bengap jugak. yag x bawak pisau dari umah pesal. aku dok tgk2, aku sorang je kot org yang masih single (bajet hot lah aku neh). yg len sume tah mane pi org mude ar??

~aku dok kat situ smapi kol 4. gila penat. dok basuh periuk segala. bukan saiz smal weh, kire extra large dah. muke dah abes redho dah, stokin dah itam, handsock dah lencun dah (kire bajet aku rajen ar neh). panas nye mak oi. (apesal ko nak mengadu neh, ikhlas ke x buat keje). ok fine!!. yang buat keje pompuan aku, kak melati n mak hawa. yang lain?? tapi ustad2 kat mesjid uh bersemgat gila. dalam golongan 40an. kira kuat lagi. kaum tua?? taw bising je. ok part neh aku sengal. menu masakan berbuka ialah....

1. nasi telur...(festime aku jumpe nasik neh...sedap!!)
2.ayam masak merah...(ade air tangan kau tuh...konfem sedap)
3.daging masak kurma...(terbaikk ar ustad masak)
4.aca sayo...(pelik ak tgk sayo neh...festime gak tgk)
5.kuih buah segala lah...(sangat gigih aku memotong kau)

~balik umah aku teros membuta. petang ade khatam al-quran. pompuan x join ar mase neh. laki jek. mase len aku join ar. tahlil sekali. tapi aku x suke time neh mase org nak berselawat segala. mase tu la nak intebiu aku. macam tadek mase len je. aku neh jahat2 pon ade gak nak berselawat segala (riak ayat kau ne pesal?). again aku perhati, kaum muda sebaya aku tadek!!. yang ade macik2 n pakcik2 yg dah tua, ngan budak2 kecik. budak sekola mengah ade a 2 3 kerat tapi aku x gemo betol pesen bdk2 neh. tibe2 ak teringat cite kat tb9...
Tanyalah Ustaz...Yang tua dihormati yang muda disayangi...

Persolan demi persoalan muncul....

~Masjid x mesra remaja?
mungkin neh tanggapan aku. bila ku tgk semua kaum tua je. kaum nuda? nak salahkan masjid? x buat aktiviti yg menyeronokkan untuk remaja? seronok bukan bermaksud enjoy x tentu pasal. kemonlah. luaskan skop definisi enjoy ok. ak agak setuju. ak suke join mende3 neh pon sebab ada kak melati. selalu dorong aku. for those yg mmg takde member tp nak berubah?. seriously aku rasa tersisih mase mula2 join dulu, tapi berkat mulut aku yang mesra alam neh. aku selesa sekarang.

~kaum tua yg bekeng??
aku cakap bukan semua ok. sesetengah je. mungkin pemikiran org muda yang berbeza dengan org tua. tapi jagn kerana perbezaan itu sampi bergaduh. bila yang muda pegang jawatan mula cakap umo baru setahun jagung. umo melambangkan ketinggian ilmu seseorang?? kemon la. memang yg tua kena hormat. tapi bila dah pk gitu mmg memang kolot.

~jaga perangai boleh??
aku terkedu sngt!. bila ade "org terknal alim" kat mesjid uh gi amik air kosong. pastu komor2 then gi kat longkang selambe je ludah balik air uh. siap buat berulang kali. dye gi buat dari tingkap mesjid tu!. cuba pk sebentar la kan. dah komor2 uh maknenye air uh kotor. boley pulak pegi nak tmbak air uh dari tingkap mesjid. kalo kena org yg kat bawah? paling kurang pon turun la kejap. temapt wuduk pon bukan la joh pon kan. contoh yg baik??

~dok dendiam la kalo tanak buat...
kisah kaum muda neh. dah kalo tanak solat terwih tu boleh dok dendiam x? yang x solat pi wat grop pulak. gelak macam setan biarpon setan tadek bulan pose. men2 msg dengan sound efek. org dah pandang semacam buat muke bersalah satu saat je. pastu?? boleh x ko gi basuh pinggan kat belakng tu ke?? taw nak melantak je kan. yang laki boleh test power moto. sekali meletop moto aku kasi bunga kat kau. reti2 ar nak respek kat mesjid....

~berzikir dan berfikir...
aku perasan la kan. kalo kaum muda berzikir dye cam slow n jelas sikit sebutan. kalo org tua mak ih. laju je. pastu mule la sempot tarik nafas. bila mulut berzkir sertakan dengan hati. kalu dah sebut laju2 sempat ke otak fikir. aku tgk ade macik neh. time zikir konfem menagis. mulut x gerak mane pon. tapi air mata tu mesty ade. macik uh berzikir dan berfikir. memang aku sngatlah x suka bila zikir laju neh. kadang aku denga pon x brape nak jelas. taw la telinga aku neh bermaslah sikit.

nota kimia : mungkin pendapat aku neh macam bias sikit. tapi aku berfikir cara aku. bila aku fikirkan semula. baik mulakan dengan diri sendiri. kesah pasl org pasal ape. yang ditnya amalam kamu bukan amalan mereka. kalau kita beri contoh yang baik pastinya sekeliling akan menjadi baik. pasti akan berubah juga. akhir kata...




Contoh yang baik lebih bagus dari kata2 yg baik....



lagu neh buat aku menagis satu hari....T,T

jodoh, redha, mencari, tak perlu??

 She : salam...aku nak tanye ko neh..tapi ak nak ko jawab islamic way la..
Aku : wassalam...i'll try my best. ko wat aku curious gile ar. asal??
She : Tadi aku kawan msg aku. Adelah dye ckp sumething. Yng tu x penting la. yg aku nak tanye apa tanda2 seseorang itu jodoh kita menurut islam.
Aku : perghh!! gila panjang aku nak jwb wehh. aku tulis ka blog ar mlm neh. nak mikir jwb pon payoh wei...
She : ok2...ko tulis taw...

Pertama-tamanya...
~aku mintak maap sesangat sebab aku lambat tulis. aku mencari sumber. (ko engat aku men reka2 je mende camni) kepenatan yg x hilang2. menjahit je kot (engat menjahit tu senag??). sori kalau ini tidk menjawab. aku manusia biasa wei. tang mulut jahat je lebih. (aku sbnrya wondering, ada jugak org nak tanya aku bab2 agama dgn aku)...

Bila aku berpendapat....
~jodoh hak Allah. memang Dia dah tentukan siapa yang terbaik buat kita. tapi x yah ar buat muke redho je. doa2, usaha tadek kan. dan aku x menentang kapel itu sepenuhnya. semua bergantung pada niat dan cra melakukan amalan itu. jika betul dan baik maka Allah akan bagi ganjaran yg terbaik. bagi aku la kan. aku rasa selesa dengan sumeone itu. doa n istikarah. yang penting yakin dengan ketentuanNya adalah yg terbaik buat kita...

10 Petanda dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

credit to iluvislam

~aku harap ini membantu ko. kalo wat ayat aku cukup bulan aku meraban je lebih. hahaha. selmat sbar membaca...:)