Segmen : Andai Itu Yang Terbaik...

boleh join disini...sang penyair senja

genap aku bernafas di bumi nian,
suka aku tertawa di awan,
menangis aku dalam kesepian,
menongkah aku kelemasan

aku hanya insan kerdil,
hanya berjuang untuk seketul daging di dada,
hati yang tercalit sedikit iman,
dipanahi gelombang dugaaan.

menjerit perit aku meronta,
jeritan bisu dan kosong,
sepi angin lalu menghembus,
hanya aku dan diriku yang mengerti

dalam tangisku terhadap Mu,
mencari hikmah di sebalik luka,
melakar kembali lukisan iman,
dihimpunkan sejuta harapan

pasrah aku semai,
cinta padaMu aku bajai,
Andai itu yang terbaik buat hamba Mu,
Redhai lah ujian ini buat aku...


cebisan rasa
22 jun 2011
rumahku syurgaku
2.31 am

9 ulasan:

  1. dari kelukaan aku bangkit
    bersama benih-benih harapan
    yang bersiramkan belasNYA
    mencuba untuk membaja impian
    bersama siraman doa-doa
    agar tunas hati kembali berputik
    tumbuhkan rasa bersinarkan berkahNYA
    *terima kasih join awak,en3 yang sarat keredhaan,terima kasih sekali lagi ya :)*

    BalasPadam
  2. kem....terima kasih kerana mengundi saya...huahuahua :P

    BalasPadam
  3. penyair senja~ titipan rasa dari pengalam...
    terima kasih..:)

    BalasPadam
  4. wah... memang sangat mendalam kata2 dari puisi nih... hurm...

    BalasPadam
  5. salam sgah dr segmen Penyair Senja :)

    BalasPadam
  6. Singgah Dari Blog PenYair SeNYa

    BalasPadam
  7. terus bertabah ya... hati itu selalu kuat mahunya... :)

    BalasPadam
  8. permata biru~ nukilan rasa sendiri yang terdalam../huhuhu

    suaraheaRty~singgaj balik untuk anda..:)

    syaf~singgah kembali jua..:)

    ~Kisah hati~ hanya doa jadi penguat..:)

    BalasPadam

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD