fitrah manusia...


usai solat zohor....2 muka kalamNya dibaca...hanya di bilik....tidak di masjid...kesibukan...alasankan itu??? ana bertanya....soalan yg diajukan kepada penasihat ana...tatkala kerana idea dan jawapan yang diberi kadang kala aku rasakan wajar....penasihat yg jauh di mata tetapi nasihatnya sentiasa dalam hati ini....katanya "yang penting niat tapi niat tak menghalalkan cara".....masih bermain dalam kotak pemikiran ini....


facebook di buka sekali lagi.....

ditag oleh kawan seperjuangan dalam notenya...."mengertilah wahai adam"....dibacanya sepintas lalu.....tapi dibaca lagi....luahan oleh wanita bernama Hawa kepada lelaki bernama Adam....secra umum....situasinya sama seperti ana....mengalami masa sukar sebagai remaja dan muslimah....berperang antara cinta dan matlamat hidup.....


sayang itu fitrah.....

ana tidak mahu menyalahkan jejaka itu...kerana ana tahu rasa syang itu fitrah...luahan darinya buatkan air mata ini mengalir....kerana apa??? cinta manusia itu menakutkan.....terasa dugaan dunia....di beritahu pada rakan...mereka gelak...sebab rasa ana macam budak2 kerana perkara sekecil itu boleh menagis....masa itu doa ana hanya satu...."Ya Allah, hamba Mu ini takut kehilangan cinta Mu"......cinta manusia boleh buat ana hayut.....apatah lagi ana yang lemah iman ini......tapi rasa was2 takut dipermainkan atau hanya ujian dari rakan tetap ada......biasalah kenakalan budak laki.....bak kata kawan ana " saje nak testing.."....


kenapa ana???

pernah ana bertanya....kenapa ana ada dalam list??? dia hanya gelak...menarik kah ana??? ana pernah suka bermakeup tebal.....muke cam plastik je.....tapi itu dulu....perangai pun x senonoh....agak mengade2.....kalau siapa kenal ana mesti cakap " ko ni x senonoh la, x ley jadik menantu".....persepsi lelaki itu berbeza.....


menolak....

masa itu sukar...menolaknya dan menjaga hatinya....manusia apatah lagi berbeza jantina...ana kenal betul dengan sikap jejaka itu...pendiam juga....tapi....hati siapa yang tahu...menolak takut terasa...keputusan dibuat dengan doa dan air mata...ana perlu kuat....matlamat hidup ana....ana tahu...kadangkala sikapnya buat ana rasa serabut...tapi bila berurusan denga manusia...itulah risikonya.....sekarang ana harap dia tahu prinsip hidup ana....ada juga rakan yang nak "adjust" tapi ana kataka terus terang.....fahamilah prinsip hidup ana......


memberi harapan kah ana???

jejaka itu rakan sekelas...seperjuangan semasa di sekolah....keakraban antara rakan sekelas mmg menyenagkan hati ana.....termasuklah jejaka itu....ana tak mahu persahabatan yg ana bataskan ini terputus kerana fitrah itu....komunikasi ana dan dia seperti biasa......ditegur rakan "kau da tahu dia suka kat ko, nape gi layan lagi. ko macam beri dye harapan"....perlukah ana berdiam diri dan memutuskan komunikasi antaranya???...perlukah?....ana tak rasa itu keputusan yang bijak kerana.....fikirlah secara matang.....itu seperti budak2....



*Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta,benihkan cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu,
*Jika sahabatku jatuh hati izinkanlah dia meyentuh hati orang yang hatinya tertaut padaMu agar sahabtku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah.
*Jika sahabtku rindu, rindukan dia pada seseorang yang rindukan syahidMu.
*Jika dia rindu, jagalah rindu dia agar dia tidak lalai dari merindui SyurgaMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD