Langkau ke kandungan utama

wanita.....dapur atau kerja....????


persoalan ini timbul apabila kau sedang buat manik di kelas menjahit. smbil2 tangan berkerja. mulut pun berkerjalah. wanita itu penuh dengan sifat keibuan. cumanya cara seseorang itu berbeza. amt sedih apabila si ibu merosakkan anak sendiri. sedangkan anak itu amanah Allah. anak itu pembawa rezeki. anak itu penyeri kehidupan.



dalam kami berborak, cikgu memasak aku yang aku panggil cik ma memberi kan pendapat. "awak tu jannah, belajar tinggi2, senang nanti nak hidup, orang tak boleh nak tipu kita" itu pendapatnya. aku bersetuju kerana nabi pernah berpesan supaya tuntutlah ilmu sampai ke negeri china. " tapi kalau orang perempuan macam kita ni. tak payahlah kerja besar2. nanti payah dah berkeluarga" aku terdiam. agak kurang bersetuju. "perempuan ni kerjalah besar mana, duduknya kat dapur juga" lagi la aku anggap kolot. aku senyap dulu, tak nak buat kesimpulan awal. dengar dulu. cik ma lebih hidup lama dari aku. dia lagi tahu asam garam hidup ni.



"betul tu cik ma, orang setuju sngat" kak najwa pula bersuara. akak yang banyak mengajar aku selok belok dunia jahitan. hish, macam ni aku tiada peluang untuk bela diri. "perempuan ni kalau nak belajar boleh sangat, lagi tinggi lagi bagus. sebab laki tak boleh pandang rendah. tapi kalau dah berkeluarga lain cerita. kerja tetap kerja tetapi keluarga tetap keutamaan yang pertama" yang tu aku baru bersetuju. masa berlalu, banyak yang kami bincangkan. pemikran aku semakin terbuka. menyedari tanggungjawab seorang wanita dalam sebuah keluarga. insya Allah aku juga bakal melaluinya nanti.


aku dapat menyimpulkan beberapa perkara.....
1.pentingnya ilmu kerana tidak mudah ditipu dan orang orang tidak memandang rendah.
2.wanita itu lebih baik menjadi pendidik pada anak2 di rumah, tetapi jika keadaan memerlukan si ibu bekerja kebijaksanaan itu perlu.
3.pahala seorang ibu menjaga suaminya dan anak-anak sama seperti jihad
4.pentingnya air tangan seorang ibu dalam masakan keluarga.
5.besar tanggungjawab seorang ibu dalam melahirkan generasi yang lebih bersahsiah dunia dan akhirat...
*banyak lagi yang ingin kau kongsikan tetapi masa tidak mengizinkan :)

Ulasan