Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

4A, 3B, 3C....

ha.....itulah keputusan spm aku....macam mana nak cakap ye. ok, pagi2 lagi aku ke hospital kuantan. adik aku yang baru menjalani pembedahan jantung pada tahun lepas ada temujanji di klinik pedriatik. jadi, aku dan ayahku perlu kesana dahulu. melihat suasana di hospital. jenuh aku menunggu jadi aku membawa buku untuk dibaca. tajuknya " Quranic Law of Attraction " "Benda yang sama tertarik pada satu sama lain, Saudara peroleh apa yang saudara fikirkan, Pemikiran saudara menentukan pengalaman saudara" ( Hukum Tarikan) buku yang mengetengahkan kehebatan minda sedar dan separa sedar. jika kita berfikiran positif maka yang positif akan muncul dan begitulah sebaliknya. aku melihat jam. pukul 10.30 pagi. baru pemeriksaan berlaku dan memakan masa sehingga 11.15 pagi. lebih kurang begitulah. pada masa yang sama aku menetapkan dalam pemikiran aku. aku redha dengan segala keputusan spm aku.ya aku meletakkan semuanya pada takdir yang Allah telah tentukan setelah

debaran spm.....

lama tidak menyinggah di blog kawan. ini lah masanya. erm....hari ini, hari selasa. lagi dua hari dapat keputusan spm. semua ucap selamat berjaya, jangan "nervouse", doa banyak2 dan sebagainya. mencurah2 sms, emel dan sindiran diterima. wahai kalian semua, terima kasih kerana ingatan kalian pada saya :) aku agak "nervous" juga sekarang ini tetapi tak mahu dilayan sangat. cuba positifkan diri. tetapi sebenarnya aku rasa sangt sedih..kenapa? aku juga tak tahu. seringkali aku begini. mengingati Allah menjadikan aku tenang. mungkin jiwa aku kosong mengharapkan kasih-syang dan kekuatan dalam hidup ini dari Allah.... aku menyingkap memori semalam. semasa UPSR : ~pada malamnya aku buat biasa saja, sedikit pertelingkahan aku dengan insan istimewa itu. seuntai ayat yang terkeluar dari bibirnya menjadi kenyataan. itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada insan istimewa itu yang perlu kita hormati tiga kali ganda daripada si ayah. biasalah jiwa muda aku sewaktu itu....Alha

wanita.....dapur atau kerja....????

persoalan ini timbul apabila kau sedang buat manik di kelas menjahit. smbil2 tangan berkerja. mulut pun berkerjalah. wanita itu penuh dengan sifat keibuan. cumanya cara seseorang itu berbeza. amt sedih apabila si ibu merosakkan anak sendiri. sedangkan anak itu amanah Allah. anak itu pembawa rezeki. anak itu penyeri kehidupan. dalam kami berborak, cikgu memasak aku yang aku panggil cik ma memberi kan pendapat. "awak tu jannah, belajar tinggi2, senang nanti nak hidup, orang tak boleh nak tipu kita" itu pendapatnya. aku bersetuju kerana nabi pernah berpesan supaya tuntutlah ilmu sampai ke negeri china. " tapi kalau orang perempuan macam kita ni. tak payahlah kerja besar2. nanti payah dah berkeluarga" aku terdiam. agak kurang bersetuju. "perempuan ni kerjalah besar mana, duduknya kat dapur juga" lagi la aku anggap kolot. aku senyap dulu, tak nak buat kesimpulan awal. dengar dulu. cik ma lebih hidup lama dari aku. dia lagi tahu asam garam hidup ni. "betul