senyumlah....:)




agak jarang aku menulis sejak kebelakangan ini. sibok n penat dok jahit ari2. ble kejang kaki ney. hihihi. arini blaja buat manik kat lengan. sebelah lengan kene cas rm20 klu kat maran. klu kat bandar??? lagi la mahal. jenuh buat nak siapkan satu lengan je. pastu kene lantik jadi ajk pusat menjahit kat maran. tetiber2 je. org pown senyum2 je la. org da cadang name kite. klu ble x nok pown jadi ajk. sbb adaer org len lagi terer jahit kat situ.tapi da amanah 2 datang tiber2. aku fikir aku x mintak tapi amanah da datang. pasti ada sesuatu Allah nak suruh aku belajar. kalau aku tawar diri tu citer len plak. amanah itu perkra paling besar kat dunia ney.




aku nak bercerita pasal senyum ney. aku mmg suka senyum dalam kata lain sengeh....hihihi. masa smpi kat maran pagi2 nk gi kelas. aku pown lalu kat kedai yang jual surat khabar. mak cik yang jaga kedai tu pown senyum kat aku. aku pown senyum balik. tetiber je aku tergerak hati nok tgk2 majalah kat situ. belek2 jumpelah, surat khabar iluvislam. harga rm2. agak mahal tapi berbaloi bagi aku. sesuai untuk baca para remaja sekarang. lihat bertapa kuat nya kuasa senyuman itu.




aku pun berjalan dan masa pun berjalan. masa bukan berjalan tapi berlari. sebab pantas sangat. aku pon memulakan langkah untuk pulang. sepanjang melihat alam bandar maran. bunyi paluan gendang orang cina kedengaran dari jauh. aku agak mesti orang cina x abis lagi smbut tahun baru cina. semakin berjalan, bunyi makin jelas. rupa2 nya ada upacara kat kedai makan cina di salah sebuah kedai makan milik orang cina. ada la 2 ekor naga sedang menari. orang ramai pon banyak tertarik untuk melihat. aku tersenyum sendirian. bertuahnya aku tinggal di Malaysia ini. sungguh aman. bak kata pm ke 5 kita, SATU MALYSIA. aku tersengih sesorang ada la van milo dan nescefe kat tepi jalan. dapat la satu cawan kecik milo. rezeki aku. aku pon cakap terima kasih smbil aku senyum kat abng tu. dye senyum balik dan cakap "assalamualikum, senyum je. senang aty org tgk". aku tak taw la apa niat dye. tapi aku cuba bersangka baik. kalau kita sentiasa bersangka baik, Insya Allah perkara baik akan datang pada kita.



aku pon nenunggu bas macam biasa. bosan sangat. nasib ada bawak buku.ada la budak pompuan sekolah maran 1 tggu bas sma ngan aku. aku senyum dye pown senyum. lame diam. aku pun mula bertanya. berboraklah kami. baru aku tahu kehidupan sesorang pelajar yang tidak tinggal di asrama. sukarnya. lagi penat duduk berulang dari tinggal di asrama. slama nie aku asyik mengeluh dengan ostel aku tetapi ada orang yang lebih sukar dari aku. itulah manusia, tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.


datanglah bas Bee Huat yang ari2 aku naik. abang tu aku x pernah tahu pon nama dye. tapi yang aku tahu. tiap2 ari aku senyum kat dye sbb antar aku balik. walaupun aku bayar tambang. mungkin sbb aku slalu naik bas dye, dye da taw aku turun kat mana. x yah tekan loceng da. itulah baiknya kalau kita sentiasa baik dengan orang. kadang2 aku rimas jugak dgn dye. tapi aku cuba positifkan diri. biasalah laki. asalkan kita jangan overdose melayan laki sudah.


Rasulullah sentiasa menyarankan kta untuk bersedekah walaupun dengan senyuman. hebat kuasa senyuman itu. tanpa berkata, hanya senyuman yang ikhlas sudah cukup menimbulkan aura positif untuk kita dan orang lain. tetapi awas, senyuman itu banyak maknanya. berhati2 lah dalam memberi senyuman. jagalah maruah diri tidak kiralah muslim atau muslimah.
*"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim " (Al-Anbiyak,87)

1 ulasan:

  1. salam angah..alah is le..hehe..insya-allah..harap2 berjalan baik..ehm buatle pantun tu..hehe..Kalau N bagi idea nanti tak sesuai palk..hehe..kot ter moden apntunyer..hakhak

    BalasPadam

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD