kawan.....friends.....:)







hidup aku sangat berwarna-warni. kadang2 warna suram dan kadangkala warna ceria. aku suke warna merah tapi x bermakna aku suke marah2. klu bebel tu betul la. huhuhu. aku menulis kerana rindu. rindu yang teramat sangat. ble dok sesorang mule ar nak nagis. sebok ngat wase. susah senag banyak kmi bersama. kawan aku panggil aku ummi, jannah, kuat tido, ustazah n banyak la lagi. chipsmore pon ade. aku pown da lupe.

aku nok citer pasal nadia....

dye lo kwn yg paling thn ngan perangai aku. terok mane pown aku mecop ngan dye. kami akan tetap bek smule. kwn2 yg len sume bosan tahap giler sbb slalu ngat gado. kalau seminggu x gado mmg tipu ar. kawan aku dari form 1. byk yg aku kongsikan bersama. satu yang aku suke pasal minah ney. mulut dye. mmg lepas sket. tp ape yang dyr cakap mmg betol. klu nok tegor aku wat salah mmg x berlapik. alas pown x dok tp mmg tu realitinyer. aku cyung ngat minah sowang ney :P

dis story about sofia....

aku panggil dye penasihat. nape? sbb dye bnyk beri pandangan dalam hidup. sngat positif pemikiran nyer. klu aku ader probs bnyk aku tanyer dye. ble kate cam kaunter pertanyaan la. huhuhu :O sowey sof. dye banyak bantu aku. mengubah aku menjadi insan yang lebih baik dalam dan luar. tidak menyesal dengan hidup ini. aku banyak bercakap dengannya berkisar islam. nmpk garang. biasalah biro prep. sangat tegas dalam bab couple. ske sgat ambush org dating. tu aku ske ngat...huhuhu. to sofia, you are the best muslimah :)

nih pasal minah alia...

dia seorang wanita yang sangat tabah. seribu satu masalah yang dihadapi nya. kadang2 aku terfikir. tabahkah aku ditempatnya. sering kali doaku terucap untuknya. kerap aku melihat air matanya gugur. mengharapkan kekuatan. kami panggil dye minah senyum, sebab dye suka sangat senyum. tapi hati siapa yang tahu. aku sangat mengharapkan dia menjadi seteguh karang. macam novel form 5 plak :). Alia, doaku sentiasa bersamamu.

citer ney plak pasal atikah,

budak ney mmg cun. putih melepak cam mayat. mmg kadang2 kiteorg panggil dye mayat pon. sowey ar tikah :O suara dye kecik jew. manje. huhuhu. keluarganya sempurna. tidak banyak yang aku nak cakap pasal minah ney sbb dye mmg baik. keluarganya tersangat baik dengan aku. yang paling aku ingat masa tgh spm. sume blek umah dye. sebijik cam ostel umah dye. siap kene undi lagi sape nok tido kat bilik abang dye. enam orang masa tu. sian mak dye kene layan kiter org. ble nok balik ayah dye bagi duit raye. gembira sangat. ayah dye cakap belajat rajin2. Atikah, hidup ini begitu sempurna apabila senyuman di bibir :)


ney plak pasal nenek fizah...

aku panggil dye nenek sbb kuat bebel sme je ngan aku tp x ske dibebel. hidupnya sebagai seorang puteri di dalam keluarga. yang lain sume putera. emaknya sngat islamik. dye pernah pinjamkan aku buku bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat". pengisian sama je ngan bku fardhu ain kat skola agama tapi cara persembahan yang sangat menarik. tu yang membezakan dengan buku fardhu ain yang agak bosan. mmg sekejap je abis buku tu. makaseh mak fizah :) sumenya indah dan badai melanda. tak ramai yang tahu. aku yang dipercayainya. bertapa dia menghargai erti persahabtan kami. minah nye kuat jelez. kadang tu kronik gler. aku tahu dye cuba untuk menerima hidup ini seadanya. Fizah, cinta itu indah jika disirami keredhaan Allah O.o

mak cik fatin story plak...

dye sangat ganas. cube ar mane2 laki nak pijak pale dye. mmg bdk tu kene balik hentam ngan minah ney. yg ney ckp betul la. tahap bebelan dye lagi trok dari aku n nenek fizah. permulaan hidupnya indah tetapi semuanya bertukar. mungkin itu yang mengubahnya menjadi wanita yang kental dan terlalu tegas pendirian. agak sukar menegurnya jika silap. keputusannya sukar dipengaruhi orang lain. keras aty giler minah ney. kalau dye rase bukan salah dye smpi mati dye x kan mintak maaf. tapi dye mmg berdikari orangnya. kalau wase nak bebel kat orang dye boleh dengor tapi tak de respon. Fatin, sekeras mana hati mu biarlah berlandaskan iman di hati.


ney pasal rosmaria...

aku kenal ros lagi awal dari yang lain. dari darjah satu smpi darjah tiga dan aku berpindah. tidak aku sangka hubungan ini kembali terjalin di sekolah menegah. orangnya sangat ayu. sopan sangat. aku ney tersangat la ganas orangnye. mulut pun kadang2 lepas. dye la yang banyak menegur aku supaya sopan sikit. ayat dye kat aku "ummi ney ayu la sket kabo nok jadi ustazah". tergelok aku. satu perkara yang aku suka bila bercakap dengan dye. pasal kawan lama kami. banyak cerita. smpai mati x abis citer. Ros, hidup ini penuh dengan keayuan :)


bnyk aku citer pasal member. pasal aku? hehehehe :P apa2 pun kawan ini yang banyak mewarnai hidup aku. aku sangat bersyukur dipertemukan kawan2 ini. rakan yang membantu aku dalam melengkapkan diri ke alam fana.sedih masa abis spm tu, nak berpisah. tp aku yakin. hubungan ini kerana Allah. bertapa aku menyayangi nya kamu semua :)


*Jika kamu x mampu menagis disebabkan dosa2 mu kerana tingginya ego dan bodohnya kamu. Tangisilah ketidak upayaab itu kerana air mata yang jatuh kerana Allah akan menjadi pemadam api neraka kelak....
















1 ulasan:

  1. untungkan dapat kawan yang bmembuat kita berfikir baikdanburuk..moga2 ukhwah fillah diredhai Allah

    BalasPadam

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD