dunia blogger.....




tergaman aku...sebak di dada...menonton abph.....persembahan nazrey, munif dan rabbani.....dedikasi khas buat Allahyarham Ustaz Asri....betul2 menggongcang tangkai jantungku....tidak tahu mengapa...mengalir airmata aku...kehilangan seseorang yang betul2 aku sanjungi.....teringat aku pada mula menerima berita ini.....tidak percaya...kembali ke rumah....melihat sendiri sendiri berita....iya....beliau telah pergi Rahmatullah...ketika itu aku sedar....kematian itu perkara yg paling dekat dengan manusia....

*sekadar cetusan rasa aku....



aku baru dalam dunia blog ini.....suka lalu lalang di blog orang lain....pelbagai ragam....cara penyampaian...maksud yg ingin disampaikan....aku suka follow beberapa buah blog yg aku kira menarik untuk dibaca...dari aspek agama, politik, ilmuan dan sekadar blog suka2...suka untuk aku kongsikan beberapa blog yg aku kenali....


blog kepunyaan sepupu aku....insan yg mula2 mendedahkan aku pada dunia baru ini...penulisan berdasarkan pengalaman hidup seharian...diekstrakkan lalu diambil pengajaran....ditulis kembali untuk renungan bersama....insan yang begitu positif mengenai hidup...banyak berkongsi ilmu dengan ku....bertapa aku menghargai dorongan yang diberikannya kepada aku dalam menempuh hidup yang serba mencabar ini....


blog kepunyaan abg fasi di UMP....mengenalinya ketika program sekolah....datang sebagai fasi....first impression org terhadapnya mmg terok sngat.....masa berlalu...pelbagai perkara kami bualkan...persepsi berubah...berhubung di ooVoo....ternyata pemikrannya tidak seperti penampilannya....gaya penulisan yang agak kasar bahasanya.....mungkin kerana lelaki....lebih banyk mengutarakan persoalan drp pendapat sndri....memaksa otak kita berfikir untuk mencari jawapan yang selari dengan ajaran ISLAM....aku suka cara pembawaannya kerana sesuai untuk golongan muda yang keras hatinya....


blog kepunyaan seorang akak yang aku temui dalam salah satu siri hidup ku....kehidupannya yang biasa sahaja....tetapi ada sesuatu yang luar biasa untuk dikongsikan....cara penulisan yang santai...lebih kepada penceritaan hidup....pendapat peribadinya dalam sesetengah isu....aku membandingkan pelbagai reaksi manusia yang merujuk kepada sesuatu isu....membantu aku mengenali fitrah manusia.....tetapi aku suka kepada keperibadiannya....tempat berkongsi....


blog kepunyaan abg fasi UIA....juga mengenalinya semasa program sekolah... seribu satu kami kongsikan...perwatakan yang berbeza dari Manuskrip vita...tetapi membawa mesej yang sama....Islam...blog yang memaparkan bukti yang kukuh dalam mengutarakan sebarang pendapat....aku suka...sesuai bagi sesiapa yang ingin memantapkan ilmu agama....mendapat lebih kefahaman...penulisan yang lebih berhemah.....

Itulah cebisan antara blog yg aku kunjungi.....apa2 pun kita perlu berhati2 dengan dunia blog ini....tidak semua perkara dalam dunia blog itu betul...yang penting kefahamn mengenai sesuatu perkara....mengapa begitu dan mengapa begini....


*aku kerap menangis kebelakangan ini...mengharapkan secebis kekuatan untuk berubah...tetapi aku gagal....bantulah aku....Ya Allah.....




senyumlah....:)




agak jarang aku menulis sejak kebelakangan ini. sibok n penat dok jahit ari2. ble kejang kaki ney. hihihi. arini blaja buat manik kat lengan. sebelah lengan kene cas rm20 klu kat maran. klu kat bandar??? lagi la mahal. jenuh buat nak siapkan satu lengan je. pastu kene lantik jadi ajk pusat menjahit kat maran. tetiber2 je. org pown senyum2 je la. org da cadang name kite. klu ble x nok pown jadi ajk. sbb adaer org len lagi terer jahit kat situ.tapi da amanah 2 datang tiber2. aku fikir aku x mintak tapi amanah da datang. pasti ada sesuatu Allah nak suruh aku belajar. kalau aku tawar diri tu citer len plak. amanah itu perkra paling besar kat dunia ney.




aku nak bercerita pasal senyum ney. aku mmg suka senyum dalam kata lain sengeh....hihihi. masa smpi kat maran pagi2 nk gi kelas. aku pown lalu kat kedai yang jual surat khabar. mak cik yang jaga kedai tu pown senyum kat aku. aku pown senyum balik. tetiber je aku tergerak hati nok tgk2 majalah kat situ. belek2 jumpelah, surat khabar iluvislam. harga rm2. agak mahal tapi berbaloi bagi aku. sesuai untuk baca para remaja sekarang. lihat bertapa kuat nya kuasa senyuman itu.




aku pun berjalan dan masa pun berjalan. masa bukan berjalan tapi berlari. sebab pantas sangat. aku pon memulakan langkah untuk pulang. sepanjang melihat alam bandar maran. bunyi paluan gendang orang cina kedengaran dari jauh. aku agak mesti orang cina x abis lagi smbut tahun baru cina. semakin berjalan, bunyi makin jelas. rupa2 nya ada upacara kat kedai makan cina di salah sebuah kedai makan milik orang cina. ada la 2 ekor naga sedang menari. orang ramai pon banyak tertarik untuk melihat. aku tersenyum sendirian. bertuahnya aku tinggal di Malaysia ini. sungguh aman. bak kata pm ke 5 kita, SATU MALYSIA. aku tersengih sesorang ada la van milo dan nescefe kat tepi jalan. dapat la satu cawan kecik milo. rezeki aku. aku pon cakap terima kasih smbil aku senyum kat abng tu. dye senyum balik dan cakap "assalamualikum, senyum je. senang aty org tgk". aku tak taw la apa niat dye. tapi aku cuba bersangka baik. kalau kita sentiasa bersangka baik, Insya Allah perkara baik akan datang pada kita.



aku pon nenunggu bas macam biasa. bosan sangat. nasib ada bawak buku.ada la budak pompuan sekolah maran 1 tggu bas sma ngan aku. aku senyum dye pown senyum. lame diam. aku pun mula bertanya. berboraklah kami. baru aku tahu kehidupan sesorang pelajar yang tidak tinggal di asrama. sukarnya. lagi penat duduk berulang dari tinggal di asrama. slama nie aku asyik mengeluh dengan ostel aku tetapi ada orang yang lebih sukar dari aku. itulah manusia, tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.


datanglah bas Bee Huat yang ari2 aku naik. abang tu aku x pernah tahu pon nama dye. tapi yang aku tahu. tiap2 ari aku senyum kat dye sbb antar aku balik. walaupun aku bayar tambang. mungkin sbb aku slalu naik bas dye, dye da taw aku turun kat mana. x yah tekan loceng da. itulah baiknya kalau kita sentiasa baik dengan orang. kadang2 aku rimas jugak dgn dye. tapi aku cuba positifkan diri. biasalah laki. asalkan kita jangan overdose melayan laki sudah.


Rasulullah sentiasa menyarankan kta untuk bersedekah walaupun dengan senyuman. hebat kuasa senyuman itu. tanpa berkata, hanya senyuman yang ikhlas sudah cukup menimbulkan aura positif untuk kita dan orang lain. tetapi awas, senyuman itu banyak maknanya. berhati2 lah dalam memberi senyuman. jagalah maruah diri tidak kiralah muslim atau muslimah.
*"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim " (Al-Anbiyak,87)

kawan.....friends.....:)







hidup aku sangat berwarna-warni. kadang2 warna suram dan kadangkala warna ceria. aku suke warna merah tapi x bermakna aku suke marah2. klu bebel tu betul la. huhuhu. aku menulis kerana rindu. rindu yang teramat sangat. ble dok sesorang mule ar nak nagis. sebok ngat wase. susah senag banyak kmi bersama. kawan aku panggil aku ummi, jannah, kuat tido, ustazah n banyak la lagi. chipsmore pon ade. aku pown da lupe.

aku nok citer pasal nadia....

dye lo kwn yg paling thn ngan perangai aku. terok mane pown aku mecop ngan dye. kami akan tetap bek smule. kwn2 yg len sume bosan tahap giler sbb slalu ngat gado. kalau seminggu x gado mmg tipu ar. kawan aku dari form 1. byk yg aku kongsikan bersama. satu yang aku suke pasal minah ney. mulut dye. mmg lepas sket. tp ape yang dyr cakap mmg betol. klu nok tegor aku wat salah mmg x berlapik. alas pown x dok tp mmg tu realitinyer. aku cyung ngat minah sowang ney :P

dis story about sofia....

aku panggil dye penasihat. nape? sbb dye bnyk beri pandangan dalam hidup. sngat positif pemikiran nyer. klu aku ader probs bnyk aku tanyer dye. ble kate cam kaunter pertanyaan la. huhuhu :O sowey sof. dye banyak bantu aku. mengubah aku menjadi insan yang lebih baik dalam dan luar. tidak menyesal dengan hidup ini. aku banyak bercakap dengannya berkisar islam. nmpk garang. biasalah biro prep. sangat tegas dalam bab couple. ske sgat ambush org dating. tu aku ske ngat...huhuhu. to sofia, you are the best muslimah :)

nih pasal minah alia...

dia seorang wanita yang sangat tabah. seribu satu masalah yang dihadapi nya. kadang2 aku terfikir. tabahkah aku ditempatnya. sering kali doaku terucap untuknya. kerap aku melihat air matanya gugur. mengharapkan kekuatan. kami panggil dye minah senyum, sebab dye suka sangat senyum. tapi hati siapa yang tahu. aku sangat mengharapkan dia menjadi seteguh karang. macam novel form 5 plak :). Alia, doaku sentiasa bersamamu.

citer ney plak pasal atikah,

budak ney mmg cun. putih melepak cam mayat. mmg kadang2 kiteorg panggil dye mayat pon. sowey ar tikah :O suara dye kecik jew. manje. huhuhu. keluarganya sempurna. tidak banyak yang aku nak cakap pasal minah ney sbb dye mmg baik. keluarganya tersangat baik dengan aku. yang paling aku ingat masa tgh spm. sume blek umah dye. sebijik cam ostel umah dye. siap kene undi lagi sape nok tido kat bilik abang dye. enam orang masa tu. sian mak dye kene layan kiter org. ble nok balik ayah dye bagi duit raye. gembira sangat. ayah dye cakap belajat rajin2. Atikah, hidup ini begitu sempurna apabila senyuman di bibir :)


ney plak pasal nenek fizah...

aku panggil dye nenek sbb kuat bebel sme je ngan aku tp x ske dibebel. hidupnya sebagai seorang puteri di dalam keluarga. yang lain sume putera. emaknya sngat islamik. dye pernah pinjamkan aku buku bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat". pengisian sama je ngan bku fardhu ain kat skola agama tapi cara persembahan yang sangat menarik. tu yang membezakan dengan buku fardhu ain yang agak bosan. mmg sekejap je abis buku tu. makaseh mak fizah :) sumenya indah dan badai melanda. tak ramai yang tahu. aku yang dipercayainya. bertapa dia menghargai erti persahabtan kami. minah nye kuat jelez. kadang tu kronik gler. aku tahu dye cuba untuk menerima hidup ini seadanya. Fizah, cinta itu indah jika disirami keredhaan Allah O.o

mak cik fatin story plak...

dye sangat ganas. cube ar mane2 laki nak pijak pale dye. mmg bdk tu kene balik hentam ngan minah ney. yg ney ckp betul la. tahap bebelan dye lagi trok dari aku n nenek fizah. permulaan hidupnya indah tetapi semuanya bertukar. mungkin itu yang mengubahnya menjadi wanita yang kental dan terlalu tegas pendirian. agak sukar menegurnya jika silap. keputusannya sukar dipengaruhi orang lain. keras aty giler minah ney. kalau dye rase bukan salah dye smpi mati dye x kan mintak maaf. tapi dye mmg berdikari orangnya. kalau wase nak bebel kat orang dye boleh dengor tapi tak de respon. Fatin, sekeras mana hati mu biarlah berlandaskan iman di hati.


ney pasal rosmaria...

aku kenal ros lagi awal dari yang lain. dari darjah satu smpi darjah tiga dan aku berpindah. tidak aku sangka hubungan ini kembali terjalin di sekolah menegah. orangnya sangat ayu. sopan sangat. aku ney tersangat la ganas orangnye. mulut pun kadang2 lepas. dye la yang banyak menegur aku supaya sopan sikit. ayat dye kat aku "ummi ney ayu la sket kabo nok jadi ustazah". tergelok aku. satu perkara yang aku suka bila bercakap dengan dye. pasal kawan lama kami. banyak cerita. smpai mati x abis citer. Ros, hidup ini penuh dengan keayuan :)


bnyk aku citer pasal member. pasal aku? hehehehe :P apa2 pun kawan ini yang banyak mewarnai hidup aku. aku sangat bersyukur dipertemukan kawan2 ini. rakan yang membantu aku dalam melengkapkan diri ke alam fana.sedih masa abis spm tu, nak berpisah. tp aku yakin. hubungan ini kerana Allah. bertapa aku menyayangi nya kamu semua :)


*Jika kamu x mampu menagis disebabkan dosa2 mu kerana tingginya ego dan bodohnya kamu. Tangisilah ketidak upayaab itu kerana air mata yang jatuh kerana Allah akan menjadi pemadam api neraka kelak....
















another bookzzz....:)





















ha....ini la buku aku baru habis baca...macam biasalah dipinjam di library maran....makseh akak library...:)

wanita teladan istri-istri, putri-putri dan sahabat wanita rasulullah saw...

buku ini ditulis dalam bahasa indonesia. tapi masih boleh di fahami oleh rakyat Malaysia lagi. buku yang menceritakan perihal isteri, anak dan rakan baginda. dalam banyak2 kisah saya ingat satu kisah mengenai hindun yang satu masa di zaman jahiliyah telah memamah jantung hamzah. tetapi meski sebesar mana dosa yang dilakukan Allah telah memberi hidayah padanya. banyak lagi kisah yang menarik. Rasulullah telah menunjukkan contoh suami, ayah dan sahabat yang begitu mulia pekertinya. Aisyah juga pernah protes terhadap baginda dan bacalah kisah selanjutnya. klu komen buku ney smpi esk x habis....huhuhu :)

muntakhab ahadith

ini satu lagi buku aku pinjam. tebal betol buku ini. tetapi kisah disebalik buku ini sangat menarik. aku mula pinjam buku ini pada tahun lepas. aku pinjam di bilik KKQ. macam biasalah masa di asrama aku hanya membaca sebelum tidur. dalam sebulan aku pinjam. aku terpaksa pulangkan balik sebab masa tu dah nak spm sngat2. kalau boleh nak habiskan takot x leh jumpe buku ni lagi. berat aty juga masa tu. terpaksa pulangkan. pastu aku pon meneruskan hidup macam biasa. masa mula2 pergi library maran sbb nak daftar jadi ahli aku pon terjumpa balik buku ni. rase macam nak menjerit je kat library tu. gembira sangat2. aku pun meminjam lebih kurang sebulan nak habiskan. akak library tu pon tanye ble nak abis. skng ney pon x abis lagi.

*" jika aku tidak ditunjuki oleh tuhanku nescaya aku termasuk dalam kaum yang sesat " (Al-An'am,ayat 77)




histeria....seram.... O.o


haaa....apa yang anda semua fikirkan bila membaca tajuk entri ni? mesti ingat ni sebuah cerita histeria. kalau x pun terbayang orang terpekik terlolong sebab kene histeria. aku menulis nie sebab semalam baru tengok cerita histeria tahun 2009. cerita lame dah berkurun tapi baru tengok....huhuhu.

teringat aku mase kecik2 dulu. punyalah penakut. nak gi tandas pon kene teman. abg apih ske ajak ak tgk citer anto ju on. punyelah jahat sakat aku. mmg ak ingat lagi anto jepun tu merangkak turun tangge. muke anto jepun biasalah putih melepak, mata marah, rambut panjang.
bila dah masuk asrama lagilah banyak kes macam nie. dengar live punye suara orang terjerit pon ada. mula2 tu seram gak. tapi aku buat cool je. ssb kata ustazah. lagi kite takut lagi bende tu suka kacau. tapi kejadian pada tahun terakhir di asrama mmg mengubah perspsi aku.
bila da nak spm nie, aty pon tergeraklah nak bagon qiamullail. mula2 ajak kawan. dye stuju. lame dye pon da malas. aku pon wat la sesorang. sume tanye tak takut ke. aku senyum je. aku cakap da biasa. bila bagon aku kuar bilik teros tengok langit. ustazah ckp tengok kebesaran Allah. kadang2 aku senyum sesorang bila fikirkan bertapa bertuahnya aku :) Alhamdulillah, sepanjang aku bangun sesorang tiada yang mengganggu. just, kadang2 klakar bile dengor roomate ngigau. hahaha :) mcm2 citer..:O
bila nak trial spm. kes histeria jadi lagi. da la dorm aku yang kene. aku la satu2 nye senior kat situ. mase tu da x penakot ngat. bile pekse aku penat ngat sbb malam x todo. tambah lagi kes budak sawan. sbb stress ngan citer histeria. orang pun ingat kene rasuk padahal penyakit sains. pengetua pun panggil la ustaz. buat pendinding.
lama jadi kes camni. dorm aku paling femes mase tu. aku yang penat. ada masa aku menagis masa sembahyang sebab kuat ujian nie. kadang2 x daya. adalah satu ari nie budak dorm sebeleh kene histeria. sume panggil aku sbb kuat semangat....konon. tangan aku berdarah sket sbb nak tahan budak tu. abis sume tu dalam kul 3. esok exam lg. malam esok plak aku plak kene kaco.
aku jadi paranoid jap. tapi aku ckp. bende tu x leh nak apa2 kan kita. so, kenapa nak takut. sume yang berlaku sebab ketentuan Allah. lame2 tu aku jadi tak takut dah. tak taw la nape plak. tapi sebab aku dah yakin kot. skrang tgk citer hantu nie jadi feveret lak.....huhuhu. tgk citer citer hantu kat tv3 pon dah maju. dulu hantu x nmpak muke. skang hantu siap ada mata tapi mata hitam kecik ngat....huhuhu.
*mata boleh menagis, hati boleh bersedih tetapi jangan mengeluarkan kata yang mengundang murka Nya ( kata2 Rasulullah ketika anaknya Ibrahim meninggal dunia )