ilmu yang sekerat....

aku terdorong untuk menulis setelah membaca artikel ustaz zaharuddin dalam laman webnya. yang berminat bolehlah mengunjugi di link yang saya follow. aku ini tidaklah bersekolah agama atau pun belajar agama secara mendalam melainkan subjek agama islam di sekolah menengah rancangan khas. bak kata orang tidak begitu arif dalam bab hukum. tapi disebabkan aku suka membaca buku agama dan kawan2 aku berkata aku ni alim n masih taw jaga perlakuan. kelakar la pula dengan gelaran rakan2. kadang2 mengarut jugak kerana aku masih manusia biasa. aku sering ditanyakan dengan pelbagai persoalan agama. terutamanya bagi yang takut nak bertanya kepada ustaz atau ustazah. maklumlah aku nie banyak mulut dan agak lantang dengan orang yang malas sembahyang di asrama. memahami kewajipan solat, bukan sekadar mengetahui.

pelbagai soalan pernah ditujukan kepada aku.....seperti :
1. kalau tertinggal solat asar pastu nak qada balik masa maghrib kena dahulukan yang mana?
2.betul2 ke haram couple?
3.persoalan menutup aurat dan sebagainya.....

aku biasanya mengutarakan pendapat aku berdasarkan buku yang pernah dibaca. itu pun buku yang telah ditapis. jika tidak aku bertanya pada ustazah di sekolah. aku agak takut juga nak cakap sebarang hukum, takut tersalah. tetapi aku tidak mahu terlalu taksub dalam mengutarakan sebarang hukum. kerana hukum boleh berubah. aku juga selalu katakan jangan terlalu berpegang pada kata2 aku kerana aku tidak arif, ini sekadar yang aku tahu dan yakin. jika berjumpa dengan pendapat dari ulama mukhtabar berpeganglah dengan pendapat tersebut.

meskipun begitu aku belajar 2 perkara penting hasil pembacaan aku.
1.niat- dalam melakukan apa2 kerana Allah. jangan pula kerana menunjuk-nunjuk.
2.cara pelaksanaan- pastikan niat yang baik dilakukan dengan cara yang betul dan halal.
apa2 pun diri ini sentiasa memperbaiki ilmu di dada.

*perjalanan hidup ini kian sukar. bukan aku mengeluh cuma diharap secebis kekuatan mengharunginya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nak komen? nak sentap? nak maki? nak puji?
aku tak kisah pon....
theee XD