Duhai mata yg sedang menangis..... Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yg menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yg tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat inikau masih mampu menangis. Aduh! Sungguh hairan kumelihat orang yg merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya, ”Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ :109) ”Apabila di bacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam:58) Duhai mata yang sedang menangis... Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang beguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatk